Jumaat, 16 April 2010

syarat seorang penafsir al-Quran(mufassir)

syarat seorang penafsir al-Quran(mufassir)

1) iktikad yang benar lagi sahih. ini kerana akidah(iktikad) menjadi asas penting dan membentuk hala tuju bagi seorang penafsir al-Quran. jika seorang penafsir al_Quran mempunyai akidah yang tidak betul, pastinya penafsir berkenaan akan menafsirkan ayat-ayat al-Quran supaya sentiasa selari dan selaras dengan akidah yang dianutinya

2) bukan mengikut nafsu. tafsiran terhadap al-Quran tidak boleh dilakukan dengan mengikut hawa nafsu si penafsir al-Quran. jika al-Quran ditafsir mengikut hawa nafsu atau selera penafsir, pastinya penafsir berkenaan akan menafsirkan ayat-ayat yang boleh menegakkan fahaman/mazhab mereka seperti yang telah dilakukan oleh golongan muktazilah, Qadariyyah, Jabariyyah dan sebagainya. mereka juga boleh mengelirukan manusia khasnya orang awam dengan tafsiran mereka yang kelihatan lunak dan menarik

3) memulakan penafsiran dengan cara tafsiran ayat al-Quran dengan ayat al-Quran yang lain. ada sesetengah ayat al-Quran yang menyebut sesuatu perkara secara ringkas di sesebuah surah, namun menyebutnya kembali secara terperinci di surah yang lain. oleh itu ayat-ayat ini saling menafsirkan dan seorang penafsir hendaklah mendahulukan teknik atau kaedah menafsirkan sesebuah ayat dengan ayat yang lain.

4) menafsirkan al-Quran dengan sunnah Nabi Muhammad SAW. ini kerana sunnah merupakan syarah atau penerangan kepada al-Quran itu sendiri. di dalam al-Quran ada ayat yang menyebut bahawa sunnah merupakan penerang terhadap al-Quran

5) jika tidak didapati penerangan atau tafsiran sesuatu ayat daripada sunnah hendaklah merujuknya kepada kata-kata sahabat. sahabat merupakan orang yang sempat berjumpa dengan nabi Muhammad SAW dan beriman dengan baginda SAW. mereka merupakan orang yang paling tahu tentang al-Quran kerana al-Quran diturunkan pada masa hidup mereka selain tempoh atau faktor pendampingan mereka dengan Rasulullah SAW. mereka juga sempat menyaksikan atau menjadi saksi sebab diturunkan sesuatu ayat.

6) jika tidak didapati tafsiran sesuatu ayat daripada al-Quran atau sunnah, juga tidak didapati daripada kata-kata sahabat, hendaklah dirujuk kepada kata-kata tabiin(orang yang sempat berjumpa dengan sahabat). contoh2 tabiin ialah seperti Mujahid, Said bin Jabir(Jubair), ikrimah maula Ibn abbas, ata' bin abi rabah, hasan basri, masruq al-ajda', said al-Musayyib, al-rabi' bin anas, qatadah, al-Dahhak dan sebagainya

7) seseorang penafsir hendaklah mengetahui ilmu bahasa arab dan cabang2nya. al-Quran diturunkan dalam bahasa arab. justeru itu, pemahaman terhadap al-Quran tidak dapat diketahui kecuali seseorang penafsir itu mengetahui makna dan maksud setiap lafaz. kata Mujahid, tidak halal bagi seseorang yang mengaku beriman kepada Allah dan Hari akhirat bercakap dan berbicara tentang kitab Allah(al-Quran) jika dia tidak mengetahui bahasa arab. di antara ilmu bahasa arab yang wajib diketahui oleh penafsir al-Quran ialah ilmu nahu, soraf, balaghah merangkumi ilmu ma'ani, bayan, badi',ilmu isytiqaq dan sebagainya

8) mengetahui ilmu yang berkaitan dengan al-Quran seperti ilmu Qiraat, ilmu tauhid, ilmu usul tafsir, usul fiqh dan sebagainya

* Mannac al-Qattan, mabahith fi ulum al-Quran terbitan maktabat al-macarif li al-Nasyr wa al-Tauzic, Riyad, cetakan tahun 2000

Tiada ulasan: