Jumaat, 16 April 2010
dialog guru dan murid
Seorang guru bertanya kepada anak muridnya yang telah lama berguru dengannya:
Sejak bila engkau bersama aku?
Jawab anak muridnya :sejak 30 tahun lalu
GURU : apakah yang engkau dapat belajar daripadaku sepanjang tempoh 30 tahun itu?
MURID : ada 8 masalah
GURU (terkejut): terbuanglah sahaja umurku bersamamu. Engkau tidak dapat apa2 kecuali 8 masalah sahaja
MURID : wahai guruku, aku tidak pelajari yang lain dan aku tidak ingin berdusta
GURU : terangkanlah masalah yang 8 itu supaya aku dapat dengarinya.
MURID : aku memandang kepada makhluk ini, maka aku melihat masing2 mempunyai kekasih dan ingin bersama dengan kekasihnya hingga ke kubur. Namun apabila sampai ke kubur, berpisahlah dia dengan kekasihnya yang amat disayangi itu. Justeru itu, aku mengambil perbuatan baik menjadi kekasihku. Maka apabila kau masuk ke kubur, kekasihku akan masuk bersama denganku
GURU : benar sekali wahai hatim. Yang kedua pula bagaimana?
MURID : aku perhatikan firman Allah Taala:
Dan ada pun orang yang takut di hadapan kebesaran tuhanNYA dan menahan jiwanya dari keinginan yang rendah(hawa nafsu), maka sesungguhnya taman syurga tempat kediamannya.(al-Nazicat ayat 40-41)
Maka yakinlah aku bahawa firman Allah Taala itu benar. Lalu aku perjuangkan diriku menolak hawa nafsu itu, sehingga tetaplah aku dalam ketaatan kepada Allah Taala.
Yang ke-3, aku memandang kepada makhluk ini, maka aku melihat bahawa setiap orang ada padanya benda, dia cukup menghargai, menyayangi dan menjaga benda itu. Kemudian aku memerhatikan firman Allah Taala
Apa yang di sisi kamu itu hilang tetapi apa yang di sisi Allah itu kekal(al-Nahl 96)
Maka tiap kali jatuh ke tanganku sesuatu yang berharga dan bernilai, aku hadapkan dia kepada Allah, semoga kekal ia terpelihara di sisiNYA.
Yang ke-4, aku memandang kepada makhluk ini, maka aku melihat masing2 kembali kepada harta, kebangsawanan, kemuliaan dan keturunan. Lalu aku memandang kepada semua itu, namun nampaknya tidak ada apa2. kemudian aku perhatikan firman Allah Taala
Sesungguhnya yang paling mulia dari kamu di sisi Allah ialah yang paling kuat taqwanya (al-Hujurat 13)
Maka berbuat taqwalah aku, sehingga aku menjadi orang mulia di sisi Allah
Yang ke-5, aku memandang kepada makhluk ini, mereka tusuk-menusuk di antara satu sama ain, saling mengutuk. Asal ini semuanya ialah dengki. Kemudian aku perhatikan firman Allah Taala:
Kamilah yang membahagikan penghidupan di antara mereka dalam kehidupan di dunia ini (al-Zukhruf 32)
Maka aku tinggalkan dengki itu. Aku jauhkan diriku daripada orang ramai. Aku tahu bahawa pembahagian rezeki itu adalah dari sisi Allah Taala. Maka aku tinggalkan permusuhan orang ramai kepadaku
Yang ke-6, aku memandang kepada makhluk ini, berbuat kederhakaan satu sama lain, berperang satu sama lain. Maka kembalilah aku kepada firman Allah Taala:
Sesungguhnya syaotan itu musuh kamu. Sebab itu perlakukanlah dia sebagai musuh (fatir ayat 6)
Maka aku pandang syaitan itu satu2nya musuhku dan aku berhati dan berwaspada kepadanya dengan sungguh2, kerana Allah taala mengaku bahawa syaitan itu musuhku. Dan aku tinggalkan permusuhan makhluk dengan lainnya.
Yang ke-7, aku memandang kepada makhluk ini, maka aku melihat masing2 mencari sepotong daripada dunia ini. Lalu ia menghinakan diri padanya dan ia masuk pada yang tidak halal daripadanya. Kemudian aku perhatikan firman Allah taala:
Dan tidak adalah dari yang merangkak di bumi ini melainkan rezekinya dijamin oleh Allah SWT (Hud ayat 6)
Maka tahulah aku bahawa aku ini salah satu dari yang merangkak2, yang rezekinya dijamin oleh Allah SWT. Oleh itu aku kerjakan apa yang menjadi hak Allah ataasku dan aku tinggalkan apa yang menjadi hakku pada sisinya.
Yang ke-8, aku memandang pada makhluk ini, maka aku lihat masing2 mereka bersandar kepada makhluk. Yang ini kepada bendanya, yang itu kepada perniagaannya, yang itu kepada perusahaannya dan yang itu lagi kepada kesihatan badannya. Masing2 makhluk itu bersandar kepada makhluk sepertinya. Lalu aku kembali kepada firman Allah SWT:
Dan barangsiapa menyandarkan dirinya kepada Allah SWT, maka Allah mencukupkan keperluanya (al-Talaq ayat 3)
Maka aku menyandarkan diriku kepada Allah SWT, dan Allah mencukupkan keperluanku
GURU : wahai muridku! Kiranya Allah memberikan taufik kepadamu! Aku telah memperhatikan segala ilmu pengetahuan taurat, injil, zabur dan al-Quran, maka aku peroleh bahawa segala macam kebajikan dan keigamaan berkisar di atas 8 masalah tersebut. Sesiapa yang memakainya bererti dia telah memakai 4 kitab tersebut
* al-Ghazali, Ihya’ ulum al-din, kelebihan ilmu, bab keenam tentang bahaya ilmu pengetahuan, penjelasan tanda2 ulama akhirat dan ulama jahat.
* guru tersebut ialah Syaqiq al-Balakhi dan anak muridnya ialah Hatim al-Asom. Demikianlah pembacaanku daripada Ihya’
* picture di atas di ambil dari laman http://skkgb.wordpress.com/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan