Khamis, 22 April 2010

tazkirah....facebook

Sekilas tentang facebook
Facebook merupakan rangkaian atau jaringan sosial yang diuruskan dan dimiliki oleh facebook inc. secara mudahnya ia bermula pada 2006 lagi. Melalui facebook, seseorang dapat berhubung dengan orang lain yang berada di sebelah sana dunia, bertukar gambar, chatting dan sebagainya. Kalau seseorang yang dah biasa dengan mirc, yahoo atau msn messenger, friendster dan sebagainya, ingin saya katakan bahawa facebook mempunyai kesemua cirri-ciri yang pernah ada pada semuanya itu. Tidak hairanlah kalau facebook menjadi suatu fenomena sekarang ini.

Facebok diasakan oleh mark zuckerberg, Eduardo saverin, dustin moskovitz dan chris Hughes. Pada mulanya mereka hanya berinteraksi sesame mereka, seterusnya rangkaian perhubungan diperluaskan di antara pelajar2 harvard, seterusnya menjangkau ke boston dan akhirnya ke seluruh dunia. Pada masa sekarang, FB mempunyai hampir 500 juta pengguna di seluruh dunia

Kebaikan dan keburukan facebook
FB membolehkan kita berhubung, berkenalan dan menyambung kembali silaturrahim yang terputus dengan kenalan lama. Ini selari dengan ajaran Islam. Firman Allah SWT

( Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).” [Surah al-Hujurat, ayat 13]

Rasulullah saw bersabda: “Mahukah aku khabarkan kepada kalian perkara yang lebih utama darjatnya berbanding puasa, solat dan sedekah?” Para sahabat menjawab: “Tentu (wahai Rasulullah).” Baginda melanjutkan: “Memperbaiki hubungan di antara dua orang, kerana sesungguhnya merosakkan hubungan di antara dua orang adalah penghakis agama (bagi orang yang sengaja merosakkannya).” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 2509]

Bagi sesebuah organisasi seperti sekolah, kolej, universiti, syarikat-syarikat, pejabat2 kerajaan dan sebagainya, mereka dapat menyampaikan sesuatu mesej atau hebahan dengan lebih cepat. Sepanjang tinjauan saya di alam maya, ada beberapa buah sekolah atau PPD yang mempunyai FB sendiri. Para pegawai seperti guru mendapat makluman awal tentang kursus, seminar dan program yang akan dijalankan lebih awal. Mereka tidak perlu lagi menunggu surat siaran yang agak lewat dan kadang2 ada yang tercicir.

Dari segi keburukannya pula, ia boleh menyebabkan ketagihan, leka dan lalai sehingga boleh menyebabkan seseorang meninggalkan kewajipan seperti solat. Selain solat, tanggungjawab dan kewajipan yang lain juga boleh terabai seperti tanggungjawab menuntut ilmu, amar makruf dan nahi munkar, tanngungjawab terhadap anak isteri dan sebagainya.

Ada dalam satu hadis nabi, kalau kita berkawan dengan seorang penjual minyak atar, paling koman bauan wangi minyak atar tu dapat gak kat kiter. Sebaliknya kalau kita kawan dengan seorang penempa besi(tukang besi), boleh jadi pakaian kita akan terbakar kerana tiupan api dari besi tu atau paling tidak pun bau busuk besi tu akan kena gak kat kite. So pengaruh kawan ni memainkan peranan penting untuk kita. Begitulah FB, kalau kita ambik kesempatan fenomena FB ni untuk bergaul dengan kekawan yang baik, jadi fan untuk ulama macam qaradawiy, MB kelantan ker, atau jadi fan untuk mana2 ustaz, banyak yang kita dapat info. Kalau takat jadi fan untuk seorang yang menjadi pemuja budaya hedonisme, menyintai kepuasan syahwat semata-mata rugilah kita. Oleh itu gunakanlah FB sebaik mungkin.

Bila kita asyik berFB, maybe kita akan rasa tidak perlu sangat berjumpa kekawan di alam reality. Kita jadi malas nak jumpa. Bagi kita, memadailah dengan berSMS, FB dan sebagainya. Sebenarnya kita kehilangan peluang untuk mendapat pahala mudah iaitu pahala berjabat tangan dan pahala memberi hadiah. Kebiasaannya apabila kita berjumpa sahabat di alam realiti, kita akan berjabat tangan dan membawa hadiah. Sebaliknya bila kita hanya ber online, hilanglah peluang untuk mendapat pahala mudah itu. Hadis nabi ada menyebut:
Berjabat tanganlah kerana ia akan menghilangkan kedengkian dan hendaklah saling memberi hadiah kerana ia menghilangkan kebakhilan.” [Muwattha’ Malik, no: 1685 dengan sanad hasan]

Isu-isu sekitar facebook
1 facebook produk yahudi
masalah ini tak timbul sebenarnya. Sesuatu produk buatan sesapa pun kita boleh guna. Kita boleh bermuamalat dengan non-muslim, berinteraksi dengan yahudi dan sebagainya selagi mana ia dalam bidang yang halal. Ada hadis menyebut bahawa Nabi Muhammad SAW pernah membeli makanan daripada yahudi dengan mencagarkan baju besinya. Cuma kalau ada FB yang muslim punyer suatu hari nanti n produknya kalau tak dapat chalegge facebook asli 100%, kalau boleh utamakan produk muslim.

2)FB menyumbang dana kepada Israel?
Setakat ni persoalan ni tak jelas. Kalau betul2 FB declare bahawa mereka memang menjadi sayap kanan Israel dalam mencari dana, atau memang mereka ada share, bahagian yang rasmi diberi kepada Israel, itu memang tak boleh. Tapi setakat ni takder penjelasan yang pasti dalam isu ni. Memang kita tak nafikan biasanya mana2 syarikat besar di dunia ni ada kaitan dengan yahudi dan Israel. Secara logiknya, mereka mungkin akan menyalurkan dana secara senyap2 kepada Israel. Tapi itu tidaklah menjadikan FB ni kita tak boleh guna

Saranan & cadangan
1)jagalah adab2 dan batas2 pergaulan di FB. Anggaplah apa yang kita tulis sama dengan apa yang kita cakap di depan masyarakat ramai. Jagalah maruah sahabat kita dengan tidak menghinanya, tidak mengumpat kepadanya dan sebagainya di FB khasnya di dalam group. Begitu juga dengan gambar2 yang tidak menutup aurat. Mungkin ada gambar2 sahabat kita pada 10 tahun dahulu di zaman memakai seluar pendek, sekarang dah berjubah berbaju melayu, kita sebarkan di FB, perbuatan ini boleh memalukannya
2)Jagalah privacy dan maklumat2 sulit kita di FB dan internet. Benda2 penting seperti nombor akaun bank, nombor kad kredit jangan sekali2 didedahkan di FB dan internet.

Kesimpulan

benda teknologi ini atas kita. kalau kita gunakannya untuk tujuan yang baik, dapat pahala. jika kita gunakannya untuk tujuan jahat, dapat dosa. kalau yang takder FB, n tak terpikir nak bukak akaun FB, tak kisah lah dan teruskan dengan cara hidup anda yang begitu. namun kalau anda ada akaun FB, jagalah adab2 dan batas2 Syarak


* artikel ni asalnya tazkirah yang disampaikan di dalam mesyuarat mingguan.
* http://hafizfirdaus.com/content/view/358/78/
* http://www.zaharuddin.net/content/view/901/32/
* http://www.abuanasmadani.com/?p=557
* http://abuumair1.wordpress.com/2010/03/04/facebook-photos-tagging-yang-mengundang-dosa/#more-2486

Tiada ulasan: