Selasa, 20 Julai 2010

kisah lama....jemaah masjid kampung aku

....masjid kat kampung aku ni memang bermasalah sejak dulu lagi. sejak kecil aku biasa mendengar ayah bercakap pasal surat layang yang dihantar ke MAIK kononnya imam tu begitu begini. then orang2 di MAIK akan call ayah tanya benda yang ditulis tu betul ker tak. kira orang MAIK ni cermat gak la dalam membuat keputusan. diorang bertanya n merisik dulu sumber berita. lagipun surat layang ni bukannya leh pakai sangat. kadang2 orang di MAIK akan fotostat balik surat ni dan dikirim or diposkan untuk ayahku.

dalam ramai2 pengkritik tu, ada la 3 orang pengkritik tahap tegar. depa ni bila jer tak berkenan dengan imam, contohnya imam bersyarah pasal benda2 yang depa tak suka, akan sampai la surat layang kat MAIK. kadang2 yang ditegurnya pasal imam ni tajwid tak kena. kadang2 pasal imam ni selalu tinggal kawasan. kadang2 pasal solat cepat sangat. macam2.

suatu hari ayahku datang lewat untuk solat subuh berjemaah. kira jadi makmum masbuq. masa tu ayah solat di saf kedua. imam ni pulak sedang rukuk, then bangun untuk iktidal lalu tunduk untuk sujud. imam maybe terlupa untuk qunut subuh. namun belum sampai melepasi tahap rukuk, imam bangkit kembali dan terus membaca doa qunut. pada masa tu, 3 orang makmum yang biasanya menjadi pengkritik tegar kat masjid ni follow dengan agak laju. bila je imam patah balik untuk membaca qunut, seorang makmum tu dah sempat rapatkan lutut di atas lantai. korang tahu apa yang dia buat? lalu dalam keadaan lutut dirapatkan ke karpet masjid, dia tegakkan tubuh dia dan dia angkat tangan mengaminkan doa qunut..amin..amin..gitulah citer ayahku dulu.

yang 2 orang lagi aku tak ingat camana keadaan mereka, ada arwah ayah citer tapi aku dah tak ingat. yang pastinya apa yang berlaku mendedahkan betapa tak retinya mereka pasal solat. kalau tak reti n terus belajar, cuba bertanya orang rasanya takder sapa kisah.. kalau tak reti n buat cara tak reti juga rasanya takder sapa yang kisah. tapi kalau tak reti, dalam masa yang sama habis semua orang dikondemnya..tok imam tu baca fatihah tajwid tak ok...tok imam ni ngajar tak kena dengan sunnah nabi..tok imam tu baca quran makhrajnya tak jelas..tok imam ni PRnya tak bagus, tak peduli dengan jiran2 n jemaah kampung then bila berlaku benda2 gini, orang dah tak amik kira lagi. yang pasti pengajaran untuk aku, jangan suka sangat kondem orang. baik aku muhasabah diri sendiri dulu belum aku cakap apa2 pasal orang lain. harapnya2 gitula

bila aku balik cairo dulu, aku tanya arwah ayah, siapa 3 orang ahli jemaah tu. ayah tak cakap. dia hanya sebut seorang daripadanya dah meninggal. ada 2 orang lagi. aku tanya siapa yang 2 orang tu? juga ayah tak nak cakap. dia sebut, kalau aku cakap siapa memang kamu kenal orang tu. biarkanlah mereka. apa yang penting cerminkan diri kita dulu.

Tiada ulasan: