Jumaat, 10 Disember 2010

Masalah Muqaranah Niat

MASALAH MUQARANAH NIAT.
Muqaranah maknanya penyertaan/pengiringan/combine. Apabila mulut kita menyebut perkataan ALLAHU AKBAR, hati kita menyebut/menyertakan di dalam hati sahaja aku solat……………………………………..Sebutan/lintasan hati itu dinamakan muqaranah

Dalam kitab musalli, pengarang menyebutkan bahawa muqaranah itu ada 3:
1) Muqaranah Kamaliyah (kamaliyah maknanya sempurna) mungkin kita boleh terjemahkan sebagai pengiringan niat yang sempurna. Muqaranah Kamaliyah terbahagi kepada 2 iaitu:

a: Muqaranah Kamaliyah Ijmaliyah.(ijmaliyah maknanya secara umum/pukul rata). Mungkin kita boleh terjemahkan sebagai pengiringan niat yang sempurna secara umum. Mengqasadkan solat, mentaarrudkan fardunya, mentacyinkan waktunya, imaman atau makmuman pada solat jumaat, qasran pada solat qasar maka diisytiharkan perkara itu di dalam hatinya. Maka dimuqaranahkan pada alif (ALLAHU AKBAR) lalu dikekalkan sehingga sempurna huruf ra’ pada ALLAHU AKBAR (lafaz ALLAHU AKBAR terdiri daripada 8 huruf, iaitu alif (huruf pertama), lam (huruf kedua), lam (3), ha’(4), alif (5), kaf (6), ba’(7) dan ra’(8). Jangan hilang daripada mengingat pada segala huruf itu. Inilah muqaranah yang dimuktamadkan oleh Syeikh Ibn Hajar di dalam Tuhfah dan Syeikh Ramli di dalam Nihayah dan yang lainnya. Muqaranah Kamaliyah Ijmaliyah wajib dikerjakan bagi orang yang berkuasa sekira-kira tidak membawa kepada waswas. Jika tidak mampu menghadirkan hati seperti yang demikian itu atau membawa kepada was-was maka tiada mengapa kita bersolat dengan membawa Muqaranah Urfiyyah seperti yang dipilih oleh Imam Ghazali dan Imam Nawawi dan lain2nya. Muqaranah Kamaliyah Ijmaliyah ini juga dinamakan sebagai Muqaranah Bastiyah sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh Nuruddin Al-Raniriy.

b: Muqaranah Kamaliyah Tafsiliyyah. (tafsiliyyah maknanya secara terperinci. Mungkin kita boleh terjemahkan sebagai pengiringan niat yang sempurna secara terperinci). Muqaranahkan niat pada takbiratul ihram itu. Iaitu zat solat. Diingatkan segala rukun solat daripada takbir hingga salamnya, taarrudnya dan taayyunnya. Maka disertakan pada alif (ALLAHU AKBAR) hingga sempurna huruf ra’. Maka muqaranah ini sangat jauh pada dapat kebanyakan manusia yang pengajian, apatah lagi orang awam kecuali orang yang berpaling hatinya daripada taklukan dunia dan segala isinya. Muqaranah ini telah dibantah oleh Imam Haramain kerana ia di luar kuasa manusia. Maksudnya semasa kita mengucapkan lafaz ALLAHU AKBAR, hati kita mengiringkan semua perkara yang patut ada dalam niat (qasad, taarrud, taayun) + hakikat solat yang terdiri daripada segala rukun (takbir, sujud, rukuk, tahiyat etc). masalahnya ada ker orang boleh buat camni?? Maybe ada, tapi kadang2 bila kita inginkan terlalu sempurna, kita akan jadi was-was sehingga 4, 5, 6 kali kita takbir namun tetap tak dapat bersolat kononnya niat tak masuk lagi. So kalau kita tak mampu nak muqaranahkan benda camni, memadailah dengan Muqaranah Urfiyyah

2) Muqaranah cUrfiyyah.
Menghadirkan niat tersebut di dalam takbirnya, jikalau hadir niat itu pada satu suku(bahagian) daripada takbir samada pada lafaz ALLAH atau AKBAR.

Contohnya apabila kita menyebut lafaz ALLAHU AKBAR, kita iringkan di dalam hati kita niat ( sahaja aku solat fardu zohor…..). Ketika kita baru sahaja sebut lafaz ALLAHU, tak sampai AKBAR lagi, hati kita dah pun selesai berniat semuanya. Maknanya niat kita lebih laju daripada mulut (lafaz) kita. Dengan kata lain, niat telah pun terlintas di dalam hati kita semasa kita baru jer sebut ALLAHU, tak sampai AKBAR lagi. Maka ini dinamakan muqaranah Urfiyyah.

3) Muqaranah Tauziciyyah
(Tauziciyyah maknanya menghamparkan atau membahagikan. Mungkin kita boleh terjemahkan sebagai pengiringan yang dibahagikan mengikut pecahan lafaz. Setiap lafaz yang disebut dengan lidah, diiringkan dengan hati sebahagian daripada niat yang terdiri daripada qasad, taarrud dan taayun). Iaitu mensukukan atau membahagikan akan suku niat pada suku takbir. Iaitu dimuqaranahkan qasad pada ALLAH dan taayyun pada AKBAR. Maka dinamakan Tauziciyyah kerana menghampirkan suku niat pada suku takbir. Muqaranah ini tiada memada ia pada niat dengan muafakat ulama padanya. Suku kat sini bukannya macam suku, luak, undang kat negeri sembilan. Suku ni maknanya membahagikan sebahagian niat pada sebahagian lafaz takbir. Muqaranah ini maksudnya begini, semasa kita menyebut lafaz ALLAHU AKBAR. Kita sebut ALLAHU (sebahagian daripada ALLAHU AKBAR), kita iringkan (muqaranah) di dalam hati kita bahagian qasad (sahaja aku solat). Kemudian bila lidah kita sebut AKBAR, hati kita iringkan taayyun(zohor/asar dan sebagainya). Maknanya bila kita sebut suatu suku (suatu bahagian) daripada lafaz ALLAHU AKBAR dengan lidah, maka hati kita mengiringkan suatu suku daripada takbir tersebut dengan suatu suku daripada perkara yang mesti kita hadirkan sewaktu niat iaitu qasad, taarud dan taayyun. Muqaranah jenis ini tiada memada, maksudnya tidak sah. Demikianlah pendapat ulama.

Kesimpulan
Muqaranah ni merupakan sesuatu perbahasan yang secara panjang lebar disebut dalam kitab2 fegh mazhab syafie. Saya tidak suka sangat nak memanjangkan kalam dalam bab muqaranah ni sebenarnya, bimbang kalau2 penerangan saya tak jelas, sehingga orang ramai boleh menjadi was-was. Benda ni dari segi terminologinya nampak sukar, tapi yang pentingnya niat sebahagian daripada rukun solat. Tempatnya di hati. Sementara waktu nak berniat ialah semasa mulut kita melafazkan takbiratul ihram.

* entri ini sebagai memenuhi permintaan daripada seorang pelawat dan sempat aku selitkan dalam kuliah maghrib. aku banyak merujuk kepada musalli, bughyah al-tullab, sabila al-muhtadin, fiqh 4 mazhab, fiqh adillah zuhaili, ceramah ustaz abdul basit sg durian dan cd musalli utaz haron din.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum....saya nak tanya, bila kita niat kita sebut sahaja aku, aper maksud sahaja aku 2? harap boleh tolong terangkan. terima kasih.

abu muhammad walid ilias berkata...

waalaikumussalam. SAHAJA AKU merupakan terjemahan daripada lafaz arab USALLI. maksudnya aku bersolat. so terjemahan lafaz USALLI ni membawa maksud aku bersolat. itu jer. tapi dalam bahasa melayu lama diterjemahkan sebagai SAHAJA AKU. SAHAJA AKU maknanya aku betul2 nak buat solat. ada juga kitab ditulis senghaja aku, maknanya sama je aku betul2 nak buat solat. semua ni merupakan terjemahan daripada lafaz USALLI dalam bahasa arab. harus diingat lafaz SAHAJA AKU, USALLI tu merupakana lafaz jer, untuk memudahkan kita berniat dalam hati. yang penting kita berniat untuk bersolat. niat tu yang rukunnya. lafaz tu sekadar membantu hati berniat.
ALLAHU AKLAM

Tanpa Nama berkata...

MOHON DIBICARAKAN...di dalam niat, kenapa ditinggalkan pembicaraan KERANA ALLAH TAALA

abu muhammad walid ilias berkata...

buat tanpa nama..............
pembicaraan kerana Allah Taala rasanya maybe tertinggal. hamba pun sudah lupa kerana entri ini untuk tahun 2010 lagi. tq
apa pon lillahi taala (kerana Allah Taala) rasanya sudah jelas sebab apa apa amalan solat kita semuanya memanglah dilakukan kerana Allah