Rabu, 10 Februari 2010
santai bersama komik........detective conan
Masa aku ngaja KAFA kat putrajaya dulu, dalam sekitar tahun 2005, ada seorang budak tu(darjah 4 atau 5 rasanya) suka sangat baca detective conan. Memulanya aku tak kisah dia nak baca apa pun bacalah. Kalau ada masa kosong, dia baca buku tu. So ada sekali tu aku pinjam buku dier, sajer nak baca, sajer nak tengok apa ada dalam tu. Aku baca, lama2 rasa menarik gak especially pasal kumpulan jaket hitam tu. Aku ingatkan detective conan ni macam dragon ball, atau apa2 jer komik manga yang lain. Baru aku tau rupanya kisah ni ada unsur2 penyiasatan. So kalau ada masa aku tengok rancangan kartun detective conan kat dalam tv. Then, aku jumpa sebuah kedai di Bandar baru bangi yang ada sedia khidmat sewa buku n cd cerita. Kat situ la aku baca balik buk jit fatt(alam perwira) dari awal sampai habis. Buku ni aku cukup suka khasnya masa pertarungan di antara ifrit utama dengan maharaja zhou yang dibantu oleh daji, rahib esa, ketua suku kaum apa nama dah(lupa), pahlawan2 istana. Aku ingat sampai 4 or 5 keluaran khas pasal pertarungan tu. Ifrit utama kalah, dicacatkan dan diletakkan dalam satu sel penjara bersama ji kao. So roh ifrit utama masuk dalam tubuh ji kao. Then masa aku nak ke mesir dalam tahun 1997, siri tu dah nak berakhir tapi aku tak sempat habiskan. Aku berangkat ke kaherah. Bila jer aku jumpa siri alam perwira tu kat kedai tu, aku sewa jer nak habiskan keseluruhan siri alam perwira(rasanya dalam 200 naskhah) dalam 2 minggu. Aku juga jumpa siri pedang setiawan. Sempat la aku baca dari awal sehingga ke pertarungan aties jati, aties kuntum. Bila jer pedang setiawan dah nak masuk babak tanpa nama hilang tangan, then dia nak lawan abang angkat dier, then patutnya dia dah nak mati, tapi tak jadi mati kerana kononnya tugas dalam bidang pahlawan belum berakhir, aku dah rasa tawar hati nak baca pedang setiawan. Cerita dia dah mengarut sangat. Paling aku suka masa babak kemunculan semula tanpa nama selepas hamper 20 tahun mengasingkan diri daripada dunia kepahlawanan akibat kematian isterinya. satu lagi ialah hikayat wira penembak helang. Siri ni dah jadi drama dengan tajuk the legend of condor heroes. Suka tengok hikmat2 pertarungan, jalan cerita yang menarik dan paling penting dia ada ending, tak la macam pedang setiawan tu.
so kat kedai ni la aku sewa detective conan. Dari siri 1, masa shinichi kudo masih dewasa sehingga jadi kecil dan sehingga jilid ke 40 lebih rasanya, aku balik kuala krai. Namun sekarang aku masih beli buku ni, santai minda aku. Banyak gak info menarik aku perolehi daripada conan ni, antaranya pasal observation, analisa, deduktif dan sikit2 pasal forensic dan psikologi(dalam sesetengah siri la, bukan semua). Ada juga siri tu yang terlalu mudah diteka, biasa la hiburan. Tu pasal aku boleh bertahan dengan cerita ni. Memang bila orang tak tau, atau tak minat, mereka akan ketawa jer. Tapi disebalik cerita kanak2 tu, rasanya ada benda yang menarik walau pun dengan cara yang cukup simple.
Aku ni kannya apa, kecik2 dulu suka baca buku misteri macam nancy drew, dengan watak salma hadi, zarina dan mei lin. Hardy boys dengan faruk dan johar. Enid blyton dengan 5 penyiasat, Alfred Hitchcock dengan 3 penyiasat. siri Sherlock holmes pun aku minat tapi versi terjemah melayu la. Aku juga suka tengok citer X-files dengan fox mulder dan dana scully. Suka tengok filem jack the ripper, silence of the lambs, jackal, Italian job. Semua citer yang penyiasatan, perancangan, semua benda tu aku suka. Dulu laa. Skang ada citer CSI, kalau ada masa tgk la jugak, tapi really bila kita dah ada tugas lain. Komitmen dengan keluarga dan sebagainya, benda2 gitu dah kurang.
Bila aku pergi mesir tahun 1997 dulu, citer2 gitu takder dalam tv diorang. Pastu lak, komitmen dengan pengajian aku, maybe peringkat umur yang meningkat dan suasana mesir tu membentuk diri aku menjadi seorang yang tak kisah lagi pasal citer kat tv. Lama2 aku leh tinggalkan tgk tv dalam erti kata menonton tv tu sebagai mengisi masa lapang. Ada masa aku cuba isi masa aku dengan kitab2 dan akhbar kat sana. Takder la lagi nak tgk benda tu semua. Namun semuanya tu kekal dalam ingatan aku. Sebagai sebahagian daripada hobi aku…
Jumaat, 5 Februari 2010
sembelih harimau & berurut pakai minyak harimau
Aritu, masa aku balik dari sekolah amik anak aku dengan pengasuh. Aku dengar ada orang cakap pasal ada harimau. Bila aku bertanyakan orang kampong, ada yang cakap berita tu tak benar. Ada yang cakap, kalau berita tu benar sekalipun orang tak akan bising sekarang. Terus jer panggil member yang ada senapang, pergi buru, tembak n jual. Harganya ada la dalam RM40k. kalau report or cakap kat broker jer dah dapat 5 6 ribu sejuk2. khabarnya harimau tu dijual sebagai makanan eksotik untuk orang non muslim terutamanya. ada juga orang kampong yang cakap maybe harimau tu jenis harimau jadian, makhluk halus atau ilusi penoreh tu jer. Maklumlah kat laluan aku nak ke sek ni dikelilingi bukit, hutan dan dah nampak gunung kambing yang memisahkan sempadan kelantan terengganu. So apa2 buleh berlaku.
Tak kisahla pasal tu. Tapi yang menarik perhatian aku bila ada yang cakap harimau tu sampai RM40k. setahu aku yang jahil, salah satu daripada syarat2 sah jual beli ialah barangan itu hendaklah barangan yang diiktiraf syarak. Kalau barangan tu tak diiktiraf syarak sama ada kerana najis seperti arak (walau pun boleh jual dan buat duit), atau kerana tidak berfaedah seperti sebutir beras atau gandum, semuanya tu membawa kepada tak sah jual beli yang kita buat. Termasuklah jual beli yang melibatkan binatang buas seperti harimau, tak diiktiraf syarak. So apa jadinya dengan duit sampai 40k tu kalau benda tu tak diiktiraf syarak. Pastinya akan membawa kepada duit haram, tak berkat dan sebagainya.
Pernah ada orang Tanya aku, apa hukumnya menggunakan minyak harimau untuk berurut. Harimau tu ditembak, cedera dan sempat disembelih. Kat sini ada 2 masalah utama. Masalah 1 ialah guna minyak harimau untuk berurut. Masalah 2 ialah sembelih harimau. Teragak2 juga aku nak jawab soalan ni. Walau pun kekadang aku dah nampak jawapannya tapi aku minta tangguh. Bukan apa, bab hokum ni kena hati2. cermat skit. Nanti tersalah jawab kan panjang citer, aku bukannya mujtahid yang kalau tersalah masih dapat pahala. Aku ni naqal jer kalam ulama. Aku minta tangguh n sempat Tanya kekawan lain. Kesimpulannya masalah 2 tu, sembelih ni hanya untuk makan binatang yang selama ni memang dah halal dimakan. Bab binatang halal dimakan ni panjang citer lak. Apa pun secara mudahnya harimau ni bukannya jenis binatang yang boleh dimakan, digulai, buat sup, singgam ker apa. So kalau sembelih tu takder gunanya sebab benda tu memang kita tak halal makan. Contoh mudah Macam sembelih babi jer la, sembelihan tu takkan menghalalkan babi tu.
Masalah 1 tu pula, bila harimau tu takleh kita makan, bangkainya jadi najis. So nak wat minyak ker apa ke semua tu najis. Dalam masalah ni, timbul pula masalah berubat dengan najis. Ada hadis Nabi Muhammad SAW cakap bahawa Allah SWT tidak menjadikan ubat daripada najis. Ada juga kekawan aku yang jawab lembu pun orang tak wat minyak, apatah lagi harimau. He he he. Cuma ada jawapan dari beberapa orang sahabat yang agak menarik, mereka cakap boleh pakai minyak tu untuk berurut, tapi lepas jer berurut kena basuh sebab benda najis. Apa pun kalau boleh carila minyak lain dulu yang confirm halal. Aku pun heran gak, apa kelebihannya minyak harimau ni. Maybe sebab harimau ni binatang yang jadi raja rimba, so orang dok pk nak amik minyak buat berurut la kot. Tak tau laa. Tq buat sahabat2 yang tolong aku jawab soalan ari tu.
hamka..tafsir al-azhar
Minggu ni aku dok baca tafsir al-azhar karangan buya hamka. Aku dok baca juzuk ke 24 surah al-zumar. Really surah ni masa SMU dulu aku kena hafaz. sayangnya aku tak jaga dan tak pedulikannya. Sekarang aku pun bimbang pasal ayat-ayat al-quran yang aku hafal. Masa kat mesir aku kena hafal 8 juzuk(skema peperiksaan) skang ni banyak yang lupa. Apa pun aku sentiasa membacanya dan masih berusaha untuk gali balik apa yang terkambus. Kekadang aku dok hafal juzuk 10, juzuk 8 pula x ingat, kekadang aku dok perangat juzuk 6, juzuk 5 pula lupa. Camtulah. Memang al-quran ni cahaya dari Allah. Dia x akan duduk dalam dada orang yang byk maksiat macam aku ni. Apa pun, aku akan berusaha dan memohon padaNYA supaya dipermudahkan. Dalam tafsir yang aku baca, ada suatu cerita menarik tentang diri pengarang sendiri (hamka). Cerita ni dia sebut masa menafsirkan ayat ke 36 (kalau x silap)
Ada orang datang meminta doa daripada hamka, meminta diajarkan doa-doa untuk menangkis bahaya musuh. Bahaya syaitan sehinggalah musu-musuh yang lain. Namun kata hamka memanglah ada doa yang diajar oleh baginda Nabi Muhammad SAW kepada para sahabat namun doa itu tidak bererti kalau jiwa sendiri tidak tunduk terlebih dahulu kepada Allah SWT. Kalau jiwa telah bertaqwa kepada Allah SWT, sembahyangnya terjaga, ibadat dan semuanya telah dihayati, semua tu dah cukup walaupun kekadang doanya belum dihafal.
Pada suatu malam, inspektor polis yang selama ini memeriksa, menyoal jawab hamka dan memaksanya mengaku bersalah di atas tuduhan bersubahat, terlibat dengan gerakan menjatuhkan presiden sukarno masuk ke bilik soal jawab dengan membawa bungkusan. Sangkaan hamka di dalam bungkusan itu ialah tape recorder yang akan merakam segala pengakuan hamka. Inspektor berkenaan masuk dengan muka yang garang, bengis seperti biasa. Bila saja bertentang mata dengan hamka, kemarahan dan begarangan polis tersebut mulai reda. Inspektor tersebut hanya bertanyakan soal makan minum sepanjang dalam tahanan, ibadat sembahyang, sudah makan malamkah atau belum, kemudian inspektor tersebut menagmbil bungkusannya dan terus keluar.
Sejurus kemudian, seorang polis muda yang selama ini ditugaskan menjaga hamka dalam tahanan masuk. Setelah menoleh ke kiri dan kanan, polis muda tersebut bersalam dan memeluk hamka sambil menangis. Dia mengatakan bahawa bungkusan yang dibawa inspektor itu adalah alat seksaan. Biasanya kalau isnpektor tersebut masuk ke bilik soal jawab dengan alat tersebut, alat tersebut boleh membuatkan tahanan pengsan dan kalau kuat sangat, boleh mati.
Beberapa hari kemudiannya inspektor polis tersebut datang lagi berjumpa hamka selepas asar, dia tidak membawa apa2. dia bertanyakan soalan adakah buya hamka ada membaca apa-apa doa atau bacaan tertentu ketika hendak diperiksa atau ditanya. Hamka menjawab bahawa dia akan selalu berdoa kalau ada kesempatan. Waktu bangun tidur, waktu pagi, petang, ketika hendak tidur, hendak makan, semuanya beliau akan berdoa. Kemudian inspektor tersebut bertanya lagi, pada malam lepas ketika dia hendak menyoal hamka, apakah doa yang beliau baca. Lalu hamka menjawab beliau membaca doa ketika hendak tidur. Lalu inspektor tersebut meminta hamka menulis doa tersebut dan mengajarkan kepadanya. Oleh kerana inspketor tersebut tidak tahu arab dan jawi, hamka menulisnya dengan huruf a,b,c . setelah selesai menulis doa, inspektor tersebut ingin beredar lantas hamka bertanya apakah kamu solat 5 waktu. Jawab inspektor itu selama ini dia tidak bersolat. Kata hamka, doa ini adalah ajaran nabi Muhammad SAW, baginda sendiri membaca dan baginda tidak pernah meninggalkan solat walau pun baginda seorang nabi dan rasul. Doa ini tidak akan memberi kesan kalau saudara tidak bersolat terlebih dahulu. Inspektor itu berjanji dia akan belajar solat dan mengerjakannya secara istiqamah
Beberapa hari kemudian, datang pula inspektor lain meminta diajarkan doa-doa. Hamka tetap mengajar mereka berdoa sambil memesan bahawa semuanya itu tidak akan berhasil tanpa taqwa kepada Allah SWT, mengerjakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA.
Langgan:
Catatan (Atom)