Sabtu, 29 Mei 2010

dosa besar vs dosa kecil (1)

ulama telah membahaskan masalah dosa besar dan dosa kecil dengan panjang lebar. kata ibnu abbas, segala dosa penderhakaan kepada Allah adalah dosa besar. imam al-haramain, al-baqilaniy dan al-asfarainiy juga berpendapat sedemikian. tegas mereka, semua jenis penderhakaan kepada Allah merupakan dosa besar.

ada hadis riwayat bukhari dan muslim yang menyebut dosa besar kepada tujuh perkara yang membinasakan(al-sabul mubiqat) iaitu syrik, membunuh suatu jiwa(termasuklah bunuh diri sendiri), sihir, riba, makan harta anak yatim, meninggalkan medan perang ketika peperangan berkecamuk, menuduh perempuan mukminat(termasuklah lelaki muslim) berzina.
ada lagi hadis2 lain yang menyebut derhaka kepada kedua ibu bapa, menjadi saksi palsu dan sebagainya. yang pasti, kalau dicampurkan bilangan dosa besar yang disebut dalam hadis bukhari dan muslim dengan hadis ini, jumlahnya melebihih 7 perkara.

Ibnu Abbas dan ulama yang lain mengatakan bahawa dosa besar bukanlah hanya 7 perkara. bahkan kata beliau 70 perkara. dalam riwayat lain pula, 700 perkara.

di dalam al-Quran, ada disebut perkataan kabair(dosa2 besar) dan sayyiat(kesalahan2 kecil). contohnya kita terlihat seorang perempuan yang cantik, lalu hati kita terpesona dengan kecantikannya. perasaan terpesona ini belum lagi menjadi dosa. tetapi bila kita mula perhatikan perempuan berkenaan dari segi bentuk tubuhnya diringi dengan syahwat, perbuatan kita berkenaan sudah termasuk dalam bab sayyiat(dosa atau kesalahan kecil). kemudian kita berusaha untuk menghubunginya lalu berzina, maka itu adalah dosa besar. ada orang membuat analogi ini dengan cara lain. bila kita terlihat seorang perempuan muda yang cantik contohnya, kemudian kita alihkan pandangan kita. terdetik dalam hati kita, siapa dia ni? maybe anak jiran kita. maybe anak kawan sekampung kita lalu kita lihat sekali lagi untuk dapatkan kepastian. bila kita tengok, conform bukan perempuan yang kita kenal lalu kita jatuhkan pandangan kita. pada masa ini tidak ada dosa lagi. kemudian bila kita lihat untuk kali seterusnya dengan syahwat, dengan memerhatikan bentuk tubuhnya, lenggang jalannya kemudian kita letakan markah tingggg! 9.0..tingggggg!8.5..tingggggg!9.8 macamlah markah dalam sukan gimnastik tu, itu sudah menjadi dosa.

ada hadis riwayat bukhari dan muslim:
dosa-dosa besar ialah menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa, membunuh diri dan sumpah palsu

ada lagi hadis lain riwayat Bukhari dan muslim
nabi Muhammad SAW bersabda: "sukakah kamu aku jelaskan kepada kamu yang sebesar-besar dosa di antara segala yang besar?"(baginda bertanya sampai 3 kali). mereka menjawab: "tentu sahaja wahai Rasulullah!" lalu Rasulullah bersabda: "iaitu syirik kepada Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa". ketika berbicara rasulullah sedang berbaring, lalu beliau duduk dan meneruskan pembicaraan beliau. "ketahuilah, dan kata-kata dusta". perkataan itu baginda mengulanginya beberapa kali, sehingga kami yang mendengar ingin beliau berhenti



* tafsir al-azhar, hamka, semasa membicarakan ayat al-nisa' 29-31.
* artikel ini merupakan pembacaan aku tentang tafsir al-azhar dan sempat aku selitkan semasa bermuzakarah kitab munyat musalli bersama ahli jemaah di surau (kuliah maghrib)

Tiada ulasan: