Sabtu, 29 Mei 2010

dosa besar vs dosa kecil (2)

Abdullah bin Masud berkata: sebesar-besar doa ialah syirik, merasa aman daripada pembalasan tuhan dan tidak mempunyai harapan serta berputus asa daripada rahmat Allah SWT

Ali bin Talhah: dosa besar ialah segala dosa yang dicap oleh Allah SWT dengan seksaan api neraka, atau dengan laknat, atau dengan siksaan

al-dahhak berkata: dosa besar ialah dosa yang mendapat ancaman Allah SWT menerusi hukumanNYA di dunia dan azab di akirat

husain bin fadl: dosa besar ialah sesuatu dosa yang disebutkan dengan jelas di dalam al-Quran

sufyan al-sauriy: yang dimaksudkan dengan dosa besar ialah segala hubungan buruk di antara sesama hamba, sementara dosa kecil ialah di antara hamba dengan Allah SWT. menurut beliau lagi, ini kerana dosa di antara hamba dengan tuhannya mudah diselesaikan dengan taubat nasuha kepada Allah SWT atau meminta maaf atau dengan syafaat. sementara dosa sesama hamba Allah tidak akan terpadam sebelum hamba itu sendiri memberi kemaafan

berdasarkan keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa ada dosa besar dan ada pula dosa kecil. namun yang cantiknya menurut hamka, berpegang teguhlah dengan kata2 ibn Abbas ra: tidak ada dosa yang besar kalau disertai dengan bersegera memohon keampunan Allah SWT. dan tidak ada dosa kecil kalau dilakukan secara berterusan

orang yang biasa melakukan dosa besar, sikap dan cara hidupnya telah berubah. perubahan pada jiwa, tingkah lakunya menjadi ketara. kalau dia telah terlanjur berzina contohnya, matanya menjadi semakin liar melihat perempuan cantik. begitulah juga perempuan yang telah berzina, orang mukmin dapat firasat bahawa cahaya kesucian menjadi padam dari matanya. hilanglah segala perasaan malu yang ada padanya, yang sepatutnya menjadi perhiasan bagi seorang perempuan khasnya. jiwanya telah sakit. oleh itu, cuba-cubalah jauhkan diri daripada melakukan sebarang dosa, walaupun ianya terlalu sukar kerana kita tidak maksum. apabila kita tidak melakukan sebarang dosa besar, kita meminta ampun dan rahmat dariNYA semoga dosa2 kecil yang kita lakukan akan dipadamkan dan diampunkan olehNYA.

sempat aku bertanya beberapa orang sahabat tentang kenyataan bahawa seorang yang penzina tidak lagi merasa malu. hilanglah permata perhiasan bagi seorang anak adam. tentang perubahan sikapnya. kebanyakan sahabat2 yang aku lontarkan soalan ini bersetuju bahawa biasanya anak2 gadis yang telah hilang kesuciannya, menjadi seorang yang tidak lagi pemalu, matanya liar, pergaulannya tiada lagi sempadan, katanya2 atau gurauan lucahnya sudah menjadi adat kebiasaan. terasa benarnya bila hamka berkata demikian. namun harus diingat, walaupun apa yang mereka katakan ada kebenarnnya berdasarkan pengalaman mereka, namun janganlah ianya dijadikan suatu kaedah yang pasti sehingga melahirkan perasaan buruk sangka pada orang lain, khasnya di zaman fitnah ini. janganlah terlalu mudah menuduh yang bukan2, apa yang disebut oleh pengarang(hamka) hanyalah penerangan tentang keadaan orang yang biasa melakukan dosa besar. jiwanya dan sikapnya akan berubah akibat kebiasaan melakukan dosa.

* sebahagian daripada isi kuliah maghrib yang hamba sampaikan di sebuah surau di kuala krai. sebahagian besar isi berkenaan hamba petik daripada tafsir al-azhar

Tiada ulasan: