TAZKIRAH
PANITIA AGAMA ISLAM SKLR 2010
TANDA-TANDA KEMATIAN YANG BAIK
Jika ada 20 tanda2 berikut, mati anda adalah mati yg baik (Husnul Khatimah)
1) Dapat mengucap kalimah tauhid (La ilaha illaLlah). Dalilnya hadis dari Muaz bin Jabal r.a (sesiapa yang akhir ucapannya ialah La ilaha illaLlah maka ia dapat masuk Syurga- Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim). Justeru itu, hendaklah kita mentalqin orang kesayangan kita ketika sakratul maut supaya dia sempat mengucap.
2) Mati hari jumaat. Dalilnya hadis riwayat Abdullah bin Amru bin al-Ash (Mana2 Muslim yang mati di siang hari Jumaat atau malam Jumaat, niscaya Allah selamatkankan dia dari fitnah kubur -HR Ahmad dan Termidzi). Walau bagaimanapun hal bukanlah bererti mati di hari selain jumaat tidak baik kerana baginda SAW sendiri wafat pada hari isnin.
3) Percikan peluh di dahi (Mati orang beriman itu dengan percikan peluh di dahinya -HR Ahmad, Termidzi, an-Nasa`iy, Ibn Majah, dan al-Hakim.)
4) Mati syahid di medan Jihad. (Barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (medan perang) adalah mati syahid. Barangsiapa yang mati pada jalan Allah, maka ia mati syahid-Muslim). Terbunuh (Mati syahid di medan perang jihad) mungkin susah buat kita umat Melayu, kecuali mereka yg berada di medan Palestin, Iraq
5) Mati di jalan Allah. Ada hadis yang menyebut bahawa (barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (medan perang) adalah mati syahid. Barangsiapa yang mati pada jalan Allah, dia mati syahid- Muslim). Contohnya wanita Muslimah yang mati di Jerman, dibunuh hanya kerana dia bertudung.
6) Mati kerana wabak taun. Pada zaman dahulu wabak yang dikenali hanya taun. Pada masa sekarang, terdapat banyak lagi wabak yang dikenali seperti selsema burung, SARS dan sebagainya. Sesiapa yang mati kerana dilanda wabak berkenaan, matinya termasuk dalam kesudahan yang baik
7) Mati kerana lemas (al-gharq) seperti mereka yang lemas kerana banjir, tsunami dan sebagainya
8) Mati kerana sakit zat al-janb (paru-paru). Zat al-Janb maksudnya sakit tumbuk rusuk atau sakit sesak nafas, orang zaman dulu namakan ia zat alJanb, sekarang dikenali dgn pneumonia atau sakit paru-paru berair. Maka mereka yg mati disebabkan oleh komplikasi paru-paru adalah mendapat husnul khatimah.
9) Mati kerana komplikasi perut. Mati kerana komplikasi perut ni banyak jenis melibatkan perut dan intestines (usus), yang paling biasa ialah appendix dan kanser usus. Jadi jika seseorang membawa maut kerana ada komplikasi perut dan usus, maka ia mendapat husnul khatimah, dapat syahid
10) Mati kerana kebakaran. Sering kita membaca akhbar orang Islam yg mati kerana kebakaran baik rumah atau kenderaan yang terlibat dgn kecelakaan jalanraya yg bertukar menjadi kebakaran. Mereka ini juga termasuk dalam mati yg baik. Berilah berita gembira kepada keluarganya.
11) Mati kerana ditimpa keruntuhan seperti ditimpa batu, tanah runtuh dan sebagainya
12) Perempuan yang mati disebabkan anak yang dikandungnya. Dengan penjagaan kesihatan dan polisi kerajaan, ditambah dengan kecanggihan teknlologi perubatan yang moden, jumlah kematian akibat kelahiran agak menurun di negara kita sekarang. Namun jika ada mana-mana ibu yang meninggal kerana bersalin, dia mendapat syahid.
13) Mati kerana batuk kering. (dan mati kerana batuk kering adalah syahid- tabraniy)
14) Mati kerana menjaga harta. (Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya dia mati syahid- Muslim)
15) Mati kerana mempertahankan agama. Dari Said bin Zaid (Barangsiapa yg mati kerana mempertahankan agamanya, maka dia syahid- Termizi).
16) Mati kerana mempertahankan diri dan keluarga. (barangsiapa yang mati kerana mempertahankan darahnya (nyawanya) dia syahid, juga yang mati kerana mempertahankan nyawa ahli keluarganya- tarmizi). Perompak memecah masuk dan selepas melakukan rompakan, mereka hendak memperkosa anak dan isterinya, maka ketika itu dia melawan, lalu dibunuh, maka itu adalah tanda mati syahid atau mati baik.
17) Mati ketika berkawal, menjaga sempadan dan bertugas. Hal ini khusus utk tentera dan mujahidin. (Berkawal sentri sehari semalam lebih baik daripada berpuasa sebulan dan mendirikan malamnya. Sekiranya ia mati, mengalir kpdnya pahala amalan yg telah dikerjakannya, berterusan rezki kepadanya dan aman dari fitan (azab kubur-Muslim)
18) Mati ketika sedang mengerjakan amal soleh. Dari Hudzaifah r.a, Nabi bersabda (Barangsiapa mengucap syahadah dgn ikhlas, lalu mati, dia masuk syurga. Sesiapa yg berpuasa sehari dgn ikhlas, lalu mati, dia masuk syurga. Sesiapa bersedeqah dgn satu sedeqah dgn ikhlas lalu dia mati ketika itu, dia masuk syurga- Ahmad). Seseorang yang meninggal ketika sedang mengerjakan amal soleh, maka dia mati dengan petanda yang baik
19) Meninggal di kota Madinah. Ibnu Umar r.a berkata bahawa Nabi SAW bersabda (barangsiapa yang mampou mati di Madinah, hendaklah dia mati di situ kerana sesungguhnya aku akan memberi syafaat terhadap sesiapa yang mati di situ- Ahmad, Termizi, Ibn Majah, Ibn Hibban)
20) Mati dibunuh oleh pemerintah yang zalim. Dari Jabir r.a (penghulu syuhada’ ialah Hamzah abdul Muttalib dan lelaki yang berdiri kepada penguasa yang zalim, maka dia menyeru dan menegah penguasa tersebut lalu dia dibunuh- al-Hakim)
MAKLUMAN
1) 20 perkara ini merupakan tanda-tanda mati yang baik, yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadis yang pelbagai. Timbul persoalan, apakah seorang yang kufur dan syirik juga mendapat syahid hanya kerana mati pada hari jumaat? Atau hanya kerana mati lemas? Sedangkan kufur dan syirik merupakan sebesar-besar dosa. Tanda-tanda ini diibaratkan seperti keuntungan yang berlipat ganda dan menggiurkan namun bagaimana kita inginkan keuntungan berkenaan jika kita tidak berniaga dan tidak mempunyai modal asas. Apa yang penting, kita hendaklah terlebih dahulu menyediakan tapak dengan mengerjakan solat, puasa, zakat dan perintah Allah yang lain serta meninggalkan larangaNYA. Kemudian sama-samalah kita berdoa semoga kita semua mendapat mati dalam keadaan yang baik.
2) para ulama telah membahagikan syahid kepada syahid besar dan kecil. Syahid besar (ada juga menyebutnya sebagai syahid dunia akhirat) ialah mereka yang mati di dalam peperangan menegakkan agama Allah. Mereka tidak perlu dimandi dan dikapankan. Sementara syahid kecil (disebut juga sebagai syahid akhirat) merujuk kepada mereka yang mati dalam keadaan husnul khatimah selain daripada kes mati dalam perang. Contohnya seperti mati kerana sakit perut, mati kebakaran, mati lemas, wanita yang mati bersalin dan sebagainya
RUJUKAN
http://al-fikrah.net
http://elmargi.blogspot.com
http://ceria.my/ummah
http://goodtomov.wordpress.com
http://www.al-bakriah.com.my
Khamis, 21 Oktober 2010
Rabu, 13 Oktober 2010
pengertian taharah, solat dan puasa
BAHAGIAN I
PENGERTIAN TAHARAH
1.1 Pengertian Taharah Pada Bahasa
Taharah pada bahasa ialah bersih dan bebas daripada segala kekotoran samada di dalam bentuk nyata seperti najis, kencing atau bentuk maknawi seperti perkara-perkara yang mengaibkan atau sifat-sifat keji.
Taharah dengan air bersih bermaksud bersih daripada kotor manakala taharah daripada hasad bermaksud bebas daripadanya
1.2 Pengertian Taharah Pada Mazhab Syafie
Taharah pada perbuatan yang mengharuskan solat atau seumpamanya seperti berwuduk kepada sesiapa yang belum berwuduk, mandi kepada sesiapa yang diwajidkan mandi dan menghilangkan najis daripada pakaian, badan dan juga tempat
Dari segi Syarak, taharah ialah bersih daripada najis sama ada najis haqiqiy, iaitu khabath (kekotoran) atau najis hukmiy, iaitu hadas. Khabath ialah sesuatu yang kotor menurut Syarak. Manakala hadas pula ialah sesuatu sifat Syarak yang ada pada anggota badan dan ia menghapuskan taharah.
Berdasarkan keterangan di atas ulama mazhab Syafie berpendapat bahawa taharah pada Syarak ada 2 makna:
Makna pertama: melakukan sesuatu perbuatan yang mengharuskan solat, iaitu berwuduk, mandi janabah, tayammum dan menghilangkan najis, atau melakukan sesuatu perbuatan yang sama rupa dan maknanya dengan wuduk dan mandi janabah seperti tayammum mandi-mandi sunat dan memperbaharui wuduk. Berdasarkan makna pertama ini, seseorang yang membasuh muka dan anggota-anggota wuduk dengan niat berwuduk adalah dinamakan taharah. Begitu juga orang-orang yang bertayammum, mandi sunat dan memperbaharui wuduk, kesemua perbuatan ini dinamakan taharah. Justeru itu, tidak semestinya taharah tadi hanya untuk mengharuskan solat sahaja kerana solat itu harus dikerjakan dengan sebab wuduk yang pertama dan tanpa mandi sunat.
Makna kedua: Taharah ialah megangkat hadas besar dan hadas kecil, atau menghilangkan najis, atau melakukan perbuatan yang sama pada makna dan rupanya, seperti tayammum, mandi-mandi sunat dan memperbaharui wuduk. Pengertian ini jelas menunjukkan bahawa taharah itu merupakan sifat maknawi, iaitu sifat yang tidak dapat dilihat oleh mata, di mana perbuatan ini mesti dilakukan oleh setiap orang yang suci tubuh badannya daripada kekotoran maknawi, iaitu hadas besar dan hadas kecil. Hadas besar terangkat dengan sebab mandi junub, sementara hadas kecil pula terangkat dengan sebab berwuduk. Kedua-dua hadas ini terangkat disebabkan perbuatan orang yang melakukannya. Inilah yang dimaksudkan dalam mazhab Syafie taharah pada Syarak.
1.3 Pengertian Taharah Pada Mazhab Hanafi
Taharah dari segi Syarak bermaksud bersih daripada hadas (hadas besar dan hadas kecil) atau kekotoran. Bersih di sini bermaksud apa yang boleh dihilangkan oleh seseorang seperti air najis yang menitik jatuh ke atas kaki lalu dia menghilangkannya dengan cara membasuhnya. Dengan kata lain, bersih daripada benda-benda yang kotor yang disuruh oleh Syarak membersihkannya. Sementara yang dimaksudkan dengan perkataan hadas ialah sifat Syarak yang berada samada di seluruh tubuh badan atau sebahagian anggota tertentu yang menghilangkan sifat suci. Contohnya hadas kecil yang menafikan adanya wuduk dan hadas besar yang mewajibkan mandi.
Ulama Hanafiyyah menegaskan bahawa hadas ialah suatu sifat Syarak yang ada pada sebahagian anggota, atau pada semua badan di mana hadas itu menyebabkan hilangnya sifat taharah. Justeru itu, di dalam mazhab ini hadas dinamakan najasah hukmiyyah iaitu pada hukumnya adalah dikatakan najis.
Najis merupakan perkara yang berlawanan dengan sifat bersih. Justeru itu, najis merupakan suatu ibarat yang mengandungi 2 makna iaitu hadas dan kotor (khabath). Dari segi bahasa perkataan najis mengandungi makna nyata (hissiy) yang boleh ditanggap oleh pancaindera seperti air kencing, tahi, muntah dan sebagainya
Daripada takrif ini, jelas menunjukkan bahawa taharah terbahagi kepada dua jenis, iaitu taharah hadas (menyucikan hadas) dan taharah khabath (menyuci kekotoran).
Menyuci hadas adalah khusus pada badan, manakala menyuci kekotoran adalah merangkumi badan, pakaian dan tempat. Menyuci hadas terbahagi kepada tiga, iaitu hadas besar dengan cara mandi, menyuci hadas kecil dengan cara wuduk dan suci gantian kepada kedua-duanya, apabila tidak dapat dilakukan kerana keuzuran, dan penyucian ketiga adalah melalui tayammum. Menyuci kekotoran (khabath) pula adalah dengan 3 cara iaitu basuh, sapu dan merenjis. Oleh itu, jelaslah bahawa taharah adalah merangkumi wuduk, mandi, menghilangkan najis, tayammum dan perkara yang berkaitan dengannya.
1.4 Pengertian Taharah Pada Mazhab Hanbali
Ulama dari mazhab Hanbali mengatakan taharah ialah mengangkat hadas dan barang yang pada makna hadas serta menghilangkan najis atau mengangkat hukum tersebut
Maksud mengangkat hadas ialah menghilangkan sifat yang menjadi penghalang kepada sah solat dan seumpamanya. Ini kerana hadas merupakan suatu ibarat daripada sifat hukmiyyah yang ada pada seluruh badan atau sebahagian anggota badan. Justeru itu, suci dan bersih daripada hadas itu adalah bermakna terangkat sifat hukmiyyah tadi.
Maksud barang yang pada makna hadas ialah apa yang dikira termasuk dalam makna mengangkat hadas. Dengan kata lain mengangkat hadas orang yang tidak berhadas. Contohnya seperti memandikan mayat, memperbaharui wuduk dan mandi bagi orang yang telah pun suci. Perbuatan sebegini (contohnya memperbaharui wuduk) tidaklah mengangkat hadas kerana orang yang memperbaharui wuduk telah pun suci dan tidak perlu kepada mengangkat hadas. Begitu juga perbuatan memandikan mayat tadi, mayat sebenarnya tidak berhadas kerana perbuatan memandikan mayat adalah amr tacabbudiy (perbuatan ibadat semata-mata)
Maksud perkataan menghilangkan najis ialah menghilangkan najis dengan cara dilakukan oleh pembuat seperti perbuatan Encik Ahmad membasuh selipar yang terkena tahi unta. Perbuatan Encik Ahmad itu dikira taharah kerana dia menghilangkan tahi unta di seliparnya dengan cara membasuh. Selain itu ia juga bermaksud suci dengan sendirinya seperti arak yang berubah menjadi cuka. Keadaan arak yang telah berubah menjadi cuka itu tdak dilakukan secara langsung oleh sesiapa pun.
Sementara maksud mengangkat hukum adalah bermakna mengangkatkan hukum hadas dan barang yang pada makna hadas, atau mengangkatkan hukum najis. Mengangkatkan hukum tersebut adalah dengan tanah, seperti tayammum dari hadas dan khabath. Maka dengan sebab tayammum itu terangkatlah hukum hadas dan hukum khabath, iaitu perkara yang menegahkan seseorang mengerjakan solat.
1.5 Pengertian Taharah Pada Mazhab Maliki
Taharah adalah satu sifat hukmiyyah yang pada hukumnya mewajibkan seseorang yang bertaharah tadi mengerjakan solat, di mana taharah itu menjadi syarat ke atas seseorang yang suci daripada hadas besar dan hadas kecil, suci pakaian yang dipakai dan suci tempat solat untuk mengerjakan solat. Dengan kata lain, taharah merupakan sifat yang mengharuskan seseorang itu bersolat dengan pakaian yang dipakainya, di tempat yang padanya dia bersolat. Keadaan taharah merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu suci daripada hadas besar dan hadas kecil.
Dalam masalah ini, mengikut pendapat mazhab Maliki, taharah (bersih atau suci) adalah perkara yang maknawi (perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata) bukan perkara yang hissiy (perkara yang dapat dilihat oleh mata). Dengan pegertian ini, dalam mazhab Maliki taharah itu adalah perkataan yang berlawanan kepada 2 perkara iaitu najis dan hadas. Najis merupakan sifat hukmiyyah yang mewajibkan seseorang yang bernajis ditegah daripada mengerjakan solat dengan pakaian yang bernajis atau di tempat yang bernajis. Sementara hadas pula suatu sifat hukmiyyah yang mewajibkan seseorang yang berhadas ditegah daripada mengerjakan solat.
1.6 Kesimpulan
Secara keseluruhannya imam-imam mazhab yang 4 telah bersepakat bahawa:
1) taharah adalah sifat ictibariyyah, iaitu sifat yang diambil kira yang ditentukan oleh Syarak sebagai syarat sah solat dan selainnya
2) Imam-imam mazhab yang empat telah mensyaratkan sah solat seseorang itu bahawa tubuh badan, tempat, pakaian mereka mestilah bersih dan suci.
3) Mereka juga sepakat mengatakan bahawa taharah di sisi Syarak itu ada 2, iaitu suci daripada hadas dan suci daripada khabath (kekotran yang zahir). Suci daripada hadas ialah keadaan seseorang suci daripada hadas besar seperti haid, janabah dan sebagainya. Suci daripada hadas kecil ialah keadaan seseorang yang sedang berwuduk. Suci daripada hadas ialah tertentu pada tubuh badan sahaja. Sementara suci daripada khabath iaitu keadaan seseorang yang suci daripada benda-benda yang kotor pada Syarak seperti tahi, kencing, darah dan sebagainya. Suci daripada khabath adalah tertentu pada tubuh badan, pakaian dan tempat.
BAHAGIAN II
PENGERTIAN SOLAT
2.1 Pengertian Solat Dari Segi Bahasa
Perkataan solat dalam bahasa Arab bererti doa iaitu memohon kebaikan. Firman Allah SWT yang bermaksud:…..dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka . Sebab ia dinamakan solat kerana ia mengandungi doa yang merupakan unsur yang banyak di dalamnya. Hal ini kerana menggunakan nama juzuk untuk maksud keseluruhannya. Selain itu, solat mengandungi dua perkara penting. Yang pertama ialah tawajjuh (usaha menghadapkan diri kepada Allah SWT) dan yang kedua ialah doa (seruan memohon hajat dan keampunan kepada Allah SWT).
2.2 Pengertian Solat Di Sisi Mazhab Syafie Dan Hanafi
Dalam istilah ahli fiqh perkataan solat bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang tertentu, dan ia bermula dengan takbir dan disudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Pengertian ini merangkumi semua jenis solat yang dimulai dengan takbiratulihram dan yang berakhir dengan salam. Oleh itu, sujud tilawah tidak dinamakan solat kerana ia tidak dimulai dengan takbir dan tidak disudahi dengan salam. Ini merupakan pendapat Hanafiyyah dan Syafiiyyah.
2.3 Pengertian Solat Di Sisi Mazhab Maliki Dan Hanbali.
Para ulama dari mazhab maliki dan hanbali memberi pengertian solat sebagai perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah, mempunyai takbiratulihram, salam atau pun sujud sahaja. Perkataan perbuatan di dalam pengertian di atas mengandungi 3 bahagian iaitu perbuatan atau pergerakan zahir yang melibatkan anggota tubuh badan seperti sujud dan rukuk, perbuatan lidah seperti membaca al-fatihah dan tasbih serta perbuatan hati seperti khusyuk dan menundukkan diri hanya kepada Allah.
Secara keseluruhannya perbezaan pendapat di dalam pengertian solat ini bukanlah suatu perkara yang besar. Apa yang menjadi perbezaan ialah ulama Syafiiyah dan Hanafiyyah tidak menjadikan sujud tilawah itu sebagai solat. Sementara ulama Malikiyyah dan Hanabilah memasukkan perbuatan sujud tilawah itu di dalam pengertian solat
2.4 Pandangan Ulama Lain Tentang Roh Solat
Ahli makrifat telah mentakrifkan roh (jiwa) solat dengan takrif yang menggambarkan hakikat solat. Mereka mentakrifkan solat sebagai berharap kepada Allah SWT dengan sepenuh jiwa, dengan penuh khusyuk di hadapanNya dan ikhlas kepadaNya serta hadir hati dalam berzikir, berdoa dan memuji.Ringkasnya, roh solat ialah berhadap kepada Allah SWT dengan khusyuk, ikhlas, hadir hati, sama ada dalam berzikir, berdoa mahupun dalam memuji. Inilah roh atau jiwa solat yang sebenar. Untuk mewujudkan hal itu, maka solat disyariatkan. Dengan ini jelaslah bahawa solat tidak sekali-kali disyariatkan kerana rupa, sebaliknya solat disyariatkan kerana hakikat jiwanya (rohnya). Oleh kerana itulah, rupa solat berubah-ubah, lain nabi, lain pula rupanya, sedangkan roh (jiwanya) tetap tidak berubah. Takrif yang melengkapo rupa dan hakikat solat ialah menghadapkan hati (jiwa) hanya kepada Allah SWT, suatu perbuatan menghadap yang mendatangkan perasaan takut, menumbuhkan rasa kebesaranNya dan mengagungkan kekuasaanNya dengan penuh khusyuk dan ikhlas di dalam beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.
2.5 Pandangan Syeikh Daud Al-Fattaniy Tentang Rupa Solat Zahir Batin
Di dalam kitabnya yang masyhur, syeikh daud al-fattaniy mengatakan bahawa solat mempunyai rupa zahir dan rupa batin. Rupa zahir ialah segala perbuatan yang kita nampak apabila seseorang itu menunaikan solat seperti berdiri tegak, rukuk, sujud, duduk di antara 2 sujud, membaca al-fatihah dan sebagainya. Sementara rupa batin bagi solat ialah khusyuk, perasaan merendah diri kepada Allah ketika solat, ikhlas dan hadir hati, memahami makna setiap bacaan dan sebagainya. Mengikut tinjauan penulis, pendapat ini berkemungkinan diambil daripada pendapat Imam al-Ghazali. Ini kerana bahagian awal kita musalli yang membicarakan falsafah solat karangan syeikh daud banyak menukilkan pendapat Imam Ghazali.
BAHAGIAN III
Pengertian Puasa
Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT menceritakan keadaan Maryam di dalam al-Quran yang bermaksud:…sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) al-Rahman… . Justeru itu apabila seseorang itu menahan dirinya daripada bercakap, makan, mahupun kedua-duanya sekali (menahan diri daripada makan dan bercakap), maka dia dikatakan berpuasa dari sudut bahasa
Dari segi istilah Syarak puasa ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa .
Takrif ini merupakan takrif puasa di sisi Syafiiyah dan Malikiyyah. Sementara al-Jaziriy di dalam kitabnya menyebut bahawa puasa ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya sehari suntuk, bermula dari terbit fajar sadiq sehingga matahari terbenam dengan dengan syarat-syarat tertentu. Takrif ini dipersetujui oleh ulama Hanafiyyah dan Hanabilah. Perbezaan di antara 2 takrif ini ialah ulama mazhab Syafie dan Maliki memasukkan perkataan dengan niat puasa ke dalam takrif. Ini kerana niat bukanlah merupakan rukun puasa di sisi mazhab hanafi dan hanbali. Justeru itu, niat tidak dimasukkan ke dalam takrif puasa. bagi mereka, niat merupakan syarat yang mesti ada. Sesiapa yang tidak berniat dengan cara tertentu, maka puasanya tidak sah.
BIBLIOGRAFI
al-Fattaniy, Daud Abdullah, Munyat al-Musalli, tiada tempat cetakan & tiada tahun.
Al-Jaziriy, Abdul Rahman. T.thn.. Kitab al-Fiqh cAla al-Mazahib al-Arbacah. Beirut. Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
Ali Syarbaji, Mustafa al-Bugha, Mustafa al-Khin. 2007. Manhaj Fiqh al-Syafi’I. Negeri Sembilan. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
Muhammad Bakr Ismail. 1997. al-Fiqh al-Wadih Min al-Kitab Wa al-Sunnah cAla al-Madhahib al-Arbacah. Kaherah. Dar al-Manar
Said Ibrahim. 1997. Fiqh Mazhab Syafie Dan Pendapat Imam Mazhab Dalam Fiqh Islam Hanafi Maliki Syafie Hanbali. Kuala Lumpur. Dar al-Makrifat.
http://www.al-azim.com/masjid/seminar/ramadhan1427/1.pdf (28 Ogos 2010)
http://www.ahmadrushdi.com/2009/08/puasa-takrif-pensyariatan-dan-rahsia/ (28 Ogos 2010)
http://www.al-kauthar.lot3398.com/bimbingan-fardhu-ain/bab-11-takrif-solat/takrif-solat.html (28 Ogos 2010)
http://elmargi.blogspot.com/2010/06/kuliah-maghribmusalli.html (27 Ogos 2010)
http://mengenali-diri.blogspot.com/2009/03/roh-jiwa-solat.html (27 Ogos 2010)
http://perkongsianmaklumat.blogspot.com2009/02/pertama-pengertian-dan-kepentingan.html ( 27 Ogos 2010)
* entri ini merupakan assigment seorang ustazah yang sambung blaja, aku tolong buat jer

Sabtu, 9 Oktober 2010
kuliah maghrib.....syarat sah solat (masuk waktu)
Syarat sah sembahyang
1)mengetahui masuk waktu dengan yakin atau dengan zan. Zan maknanya sangkaan yang lebih menyebelahi atau memberati kepada kebenaran. Oleh itu, jika seseorang solat dalam keadaan tidak masuk waktu, atau tidak yakin bahawa waktu telah masuk walaupun keyakinan pada tahap zan, maka solatnya tidak sah walaupun dia telah solat secara kebetulannya di dalam waktu. Contohnya seorang lelaki yang pergi menorah getah di bukit. Dia terlupa membawa jam tangan atau hp atau sebarang alat yang menunjukkan waktu. Kemudian dia solat zohor di bukit. Selesai solat dia terus pulang ke rumah dan setibanya di kawasan perkampungan dia singgah minum kopi di kedai kopi yang terletak paling hujung di tepi bukit yang menjadi laluan ke kebunnya. Bila jer sampai dia Tanya sekarang dah pukul berapa? Tokey kedai kopi jawab sekarang dah pukul 3 petang. Lalu si penoreh getah berkenaan dapat mengagak bahawa waktu dia bersolat tadi ialah jam 2.30 petang kerana secara kebiasaannya jarak berjalan kaki dari kawasan kebun getahnya ke kedai kopi berhampiran ialah 30 minit. Soalnya apakah solatnya tadi sah? Jawabnya tidak sah. Solat lelaki tadi tidak sah kerana dia bersolat dalam keadaan tidak yakin waktu zohor telah masuk walau pun waktu pada masa tu telah pun 230 petang. Tetapi kalau pada masa dia menoreh dia telah nampak bayang2 dan tanda2 lain meunjukkan bahawa waktu zohor telah masuk, lalu dia telah yakin walaupun keyakinannya pada tahap zan maka solatnya tadi sah.
* petikan daripada munyatul musalli

Rabu, 6 Oktober 2010
SBDJ tamar jalis.......dalam kenangan
dengan namaNYA Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
first time aku kenal dengan tamar jalis, dalam tahun 1992. masa tu aku nak ke sarawak bersama keluarga ke rumah abang aku yang kedua yang jadi cikgu kat sana. belum tu, kami sekeluarga singgah di rumah abangku yang sulung di KL. aku terjumpa sebuah buku kecil, dalam 200 mukasurah bertajuk ibu santau, ditulis oleh tamar jalis. aku ingat lagi tentang watak damba, mahyudin, manusia harimau dan sebagainya. sejak saat itu, aku kenal, baca dan minat cerita tamar jalis. aku cari buku2 tamar jalis dengan kawan2 aku, aku baca dan khatamkan. kemudiannya, aku kenal lak dengan tok awang ngah dengan perubatan cara tidurnya. bagi aku kalau bab buku2 hantu atau jin setan ni, hanya tamar jalis dan tok awang ngah jer yang aku berminat nak baca. kalau yang lain tu agak kureng skitt.
tengah2 aku surfing tenet baru ni, aku terjumpa web tamarjalis.blogspot.com...kat situ banyak cerita2 lama yang pernah aku baca dulu, ada gak yang aku tak sempat nak baca or habiskan dulu, dapatla aku baca dan habiskan. rasa seronok, dan pastinya kenangan bersama tamar jalis semasa zaman remajaku dulu sempat aku rewind balik.
bila aku baca sekarang, dalam keadaan umurku dah masuk awal 30an, aku melihat cerita tu dari sudut lain. kalau dulu aku sekadar menghayati citernya secara bersahaja. kadang2 aku tanya gak pasal petua2 yang ada kat dalam tu pada orang2 tua. tak pun aku bercerita balik di depan kekawan aku pasal tamar jalis (datuk) lawan dengan jin. sekarang aku melihat tamar jalis dan datuknya dari sudut lain. maybe kerana faktor umurku dah semakin meningkat, aku melihat dan menghayati cerita tu untuk aku amik iktibar daripada cerita tu khasnya pada ibadat dan kehidupan datuk yang cukup bersederhana, suka tolong orang, rajin membaca quran, kurang tidur kerana beramal dan sebagainya. kalau nak banding dengan aku ni yang konon2nya ada lisans syariah islam rasanya jauh sangat aku dengan watak datuk tu.
dalam citer tu, datuk rajin baca quran. kekadang2 spjg malam dia baca quran. aku ni nak habiskan satu muka surat quran setiap lepas solat tak menjadi. datuk tu asyik bangun malam dan mendirikan malam dengan solat, aku ni ntahapapapapapaentah. datuk tu suka tolong orang, ikhlas lak tu, tak nak amik balasan dan ganjaran. aku ni entahapaapapapapapaentahla. kekadang bila aku baca citer tu, pasal datuk dan tamar jalis lawan makhluk Allah yang jahat, yang berdamping dengan setan dan sebagainya, aku rasa agak bermotivasi nak buat apa yang datuk buat dari segi baca quran, rajin solat malam, ikhlas tolong orang dan sebagainya. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.- Riwayat Muslim
aku sedar bahawa apa yang kita blajar selama ni, kalau tak disertakan dengan amal ibadat yang ikhlas kerana Allah SWT, semuanya tak berguna walaupun aku ada lisans, majister hatta dukturah (belum lg) sekali pun. semoga aku tergolong dalam kalangan orang2 yang sentiasa mendapat hidayah dan kerahmatan dariNYA

Langgan:
Catatan (Atom)