hari ni, dah hampir 5k orang student msia dipindahkan dari mesir ke jeddah. kebetulannya inilah yg aku dok pk sebelum ni. daripada balik msia terus, baik transit di saudi atau jordan dulu atau mana2 negara yang berhampiran yang msia ada aset kat situ. pastu bagi yang dah membulat tekad nak balik msia, terpulanglah. bagi yang still inginkan cabaran kejar bus di tengah kota kaherah, silakan. rasanya yang study di al-azhar dalam pengajian agama, takder la risau sangat pasal tangguh pengajian. al-azhar agak fleksibel dalam bab ni. falsafah azhar ialah memberikan pendidikan agama kepada semua umat, sebagai agen dakwah, walaupun ada benda yang boleh dikritik dan ada kekurangannya. kalau bebudak medic tu maybe risau gak, kalau lama2 tangguh kot2 ditamatkan pengajian atau apa2. pastu lak yuran bebudak medic ni mahal, takla macam aku dulu yuran 2.50 setahun (dua ringgit lima puluh sen sahaja)lebih kurang duit kita jer nilanya masa tu. tu pun sebab dasar kerajaan mesir yang nak cukaikan kepada pelajar2 asing yang belajar di azhar. biasanya cukai ni dalam bentuk setem hasil (damghah). tiap2 surat menyurat ke pihak univ kena ada damghah seringgit. walaupun kertas yang korang guna nak tulis surat tu ada koyak skit2, atau tulisan comot sebab tulis sambil pinjam belakang kawan buat tempat menulis, atau tulis sambil berdiri tekup kat dinding, yang penting surat tu kena ada damghah. surat tu tetap dilayan walaupun kertasnya comot. tapi kalau takder damghah surat tu tak sah walaupun ikut gaya penulisan tesis UKM. then bebudak medic ini ada kontrak kerja, atau pinjaman/biasiswa dan sebagainya. so kalau diorang bimbang pasal pengajian mereka, memang patut pun. apa pun sabarlah dengan ujian yang menimpa. aku pun tak pernah terpk bom jangka sebegini akan meletup di kaherah.
bagi aku, kita mempunyai aset di saudi melalui tabung haji, ada asrama dan tempat transit. so aset itulah yang harus dimanfaatkan sepenuhnya di masa genting ini. harap2 janganlah nanti ada perasaan bias atau pilih kasih atau pilih bulu atau apa2 yang tak sepatutnya. dalam keadaan begini, gunakanlah aset dan harta kerajaan dengan sebaiknya. janganlah bila orang tu pelajar belanja sendiri, pelajar ini diketepikan kerana ia tidak melibatkan agensi MARA, KPM dan sebagainya. kalau bebudak tu dari aliran medic, diberi keutamaan untuk penempatan di jedah atau keutamaan untuk keluar dari mesir dahulu sedangkan kalau budak tu anak orang kampung yang belajar agama di azhar, dalam keadaan biaya sendiri, dia diletakkan di bahagian paling belakang. janganlah begitu. kecualilah memang aset yang ada di saudi, segala urusan keluar kontingensi dibiayai oleh MARA, JPA dan sebagainya, then pihak JPA or MARA minta dahulukan anak tajaannya, itu aku leh terima sebab melibatkan kepentingan mereka. tapi kalau bergerak atas dasar negara dan kenegaraan, atas dasar rakyat malaysia dan negara malaysia serta kerajaan malaysia, tolonglah dan bantulah mereka asalkan mereka rakyat malaysia(semunya dah memang rakyat malaysia). tak perlulah ditanya anta dari parti belah mana? kalau parti yang sama dengan aku dipersilakan. kalau parti tak sama dengan aku, tunggu dulu, sebab seat penuh atau anta peminat barcelona ker real madrid? kalau barcelona naik dulu, kalau real madrid tak boleh sebab madrid tu musuh tradisi barca. jangan jadi gitu....bila anda dan kita menolong melepaskan seseorang daripada kesusahan, nanti Allah akan tolong kita, lepaskan kita daripada segala kesusahan juga.
setakat ni, berdasarkan apa yang aku baca, demonstrasi (muzaharat) masih tak menunjukkan tanda2 nak surut. mubarak pun masih utuh di situ. cuma yg aku tak sedap hati bila US dah mula membincangkan pelan peralihan kuasa. logiknya US tader hak nak masuk campur hal ehwal mesir. tapi memandangkan mesir merupakan jiran israel, jiran yang mempunyai kemampuan untuk berperang dengan israel kerana keadaan geografi dan sempadan, rasa tak logik tu hilang. memamg apa2 saja yang berlaku di mesir akan dinilai dengan penuh perhatian dan teliti oleh US n Israel. segala kepentingan israel akan terkesan dengan muzaharat dan peralihan kuasa ini. pastinya mereka tak akan diam diri. berdasarkan keadaan semasa, rasa macam zaman mubarak dah nak berakhir tapi tak la. cuma aku tak sedap hati kalau2 tukar baju, sedangkan kurap di badan tak hilang rasa mcm takder guna. pastinya akan ada opurtunis yang cuba mengambil peluang ini.
kalau ikutkan sejarah, kali last israel vs mesir ialah dalam tahun 1973. kalau tak silap aku, beberapa tahun sebelumnya israel melalui kekuatan udaranya berjaya menakluk sinai dalam masa tak sampai 24 jam. masa tu tak silap aku dalam salah satu buku qardawi(banyak yang aku lupa), dia gambarkan suasana tu sebagai suasana yang berbeza dengan sebelumnya. kalau semasa sinai dok di bawah mesir melalui gamal abdul nasir, rakyat mesir agak lalai dan masjid2 tak penuh. tapi semasa pendudukan israel di sinai, masjid2 menjadi penuh, bila naik atas atap bangunan pada musim panas untuk tahajud (musim panas kalu solat dalam bilik jam 12 malam pun panas lagi) qardawi tgk rakyat mesir kebanyakannya dok qiyamullail. hampir setiap bumbung bangunan ada jer orang dok solat, berdoa pada ALLAH memohon keampunan dan meminta dikembalikan sinai yang hilang. agaknya begitulah suasana sekarang, mesir dalam keadaan bergolak.......arap2 gitulaa. ingat, musuh besar di sebelah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan