Duduk di antara 2 sujud
dalilnya berdasarkan hadis yang bermaksud (kemudian bangunlah hingga tetap keadaan dudukmu)
Syarat duduk di antara 2 sujud
1) tidak berniat selain niat ibadat. jika melakukan duduk dengan tujuan lain seperti takut dan sebagainya duduk di antara 2 sujud berkenaan tidak sah
2) tidak terlalu lama sehingga melebihi kadar bacaan tasyahhud
3) duduk tetap seketika sekurangnya sekadar sekali tasbih
Duduk cara iftirasy
dinamakan iftirasy kerana tapak kaki kiri menjadi seperti alas(firasy) dan diduduki sementara tapak kaki kanan ditegakkan di atas lantai, hujung jari mengadap kiblat kerana jari kaki dilipatkan. ada hadis bukhari ( apabila Nabi Muhammad SAW duduk di antara 2 rakaat, maka duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya)
Duduk cara iq'ak
duduk cara ini ditegah nabi. maksud duduk iq'ak ini ialah duduk dengan cara meletakkan kedua2 papan punggung di atas lantai dan menegakkan kaki semasa duduk di antara 2 sujud. ada hadis dari anas ra bahawa Rasulullah SAW berkata kepadany, apabila kamu mengangkat kepada daripada sujud, janganlah kamu iq'ak sebagaimana duduknya anjing. walau bagaimanapun duduk cara iq'ak mempunyai pelbagai tafsiran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan