akhirnya husni mubarak mengundurkan diri. khabarnya pihak tentera telah memberi kata dua kepada beliau samada meletakkan jawatan atau akan berlaku rampasan kuasa. setakat yg aku baca dalam laporan akhbar utama, mubarak sekeluarga berangkat ke syam el-syeikh di semenanjung sinai. maybe lepas ni rasanya akan keluar negara. biasanya itulah yang berlaku kepada mana2 pemimpin yang diundurkan oleh rakyat dengan cara sebegitu. jarang kita dengar ada pemimpin yang selepas pengundurannya masih berada di dalam negara dan bersedia sebagai orang biasa berdepan dengan masyarakat, khasnya yang dijatuhkan dengan tekanan rakyat. yang pasti, at least mubarak tidak dimalukan dengan rampasan kuasa tentera
aku rasa tak sedap hati bila baca banyak kenyataan orang luar, yang takder kena mengena dengan mesir bercakap ttg peralihan kuasa di mesir. seolah2 merekalah yg berkuasa selama ni. seolah2 mubarak hanyalah boneka yang mengikut segala arahan dari luar. suruh tutup pintu ke paslestin(gaza), terus dituupnya. suruh buka suez, buka. seolah2nya gitu. tapi bila melihat kepada dasar luar US, negara2 barat kekadang terasa nak mengiyakan benda tu. tapi yg sebenarnya, aku pun tak tau. yang pastinya, aku nak tgk mesir pasca mubarak. kalaulah presidennya seorang yang kuat keagamaannya, rasanya tak lama. kalau lama pun, takleh duduk dgn tenang. akan ada sajer gangguan dari luar dan dalam. mana taknya, kalaulah mesir dipimpin oleh seorang ulama khasnya dari IM atau apa sajer, israel kat sebelah takleh dok diam..
khabarnya univ di mesir akan beroperasi seperti biasa 19 feb ni. tapi tak taula yer ke tak. bagi yg dah pulang msia, pastinya kena memikirkan semula bagaimana nak kembali ke mesir. bagi yang dok kat jeddah pun mesti tak senag duduk. nak kembali msia atau ke cairo. apa pun, buatlah pilihan yg terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan