dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
setakat ni, dah ramai student msia yang berada di jeddah. ada yang dah pulang dengan selamat. ada sebilangan kecil yang khabarnya tak nak pulang atas faktor rusuhan/demonstrasi dah semakin reda. terpulanglah. buatlah pilihan yang terbaik. really apa yang berlaku merupakan ujian daripadaNYA. sabarlah. pastinya ada jalan penyelesaiannya selepas ini.
mubarak masih berkuasa. khabarnya US pernah hantar wakilnya ke mesir, meminta supaya demokrasi dan proses peralihan kuasa berlaku secara baik. tak tau la. jangan salin baju dah la.
bila digelintar kat dalam tenet, macam2 orang tulis. ada yang menulis tak sepatutnya plajar msia balik. kalau ada peluang dan tidak membahayakan keadaan, seharusnya pelajar msia menyelinap masuk dalam mereka yang sama2 berdemonstrasi. ada juga yang tulis mereka yang pulang bagaikan mereka yang lari daripada medan perang. entahllaa.,...aku tak nak komen apa2 bab ni. bagi aku, mereka masih lagi pening dan terkasima dengan apa yang berlaku. biarlah mereka dulu. tenangkan diri dan buatlah keputusan dengan baik lepas ni.
ada juga cadangan nak adakan peperiksaan di malaysia. ada juga cadangan supaya student msia yang pulang sambung blaja kat msia jer. tak taula. kat mana2 pun tak kisah. asalkan sentiasa bersedia dengan exam dan buatlah yang terbaik. semoga ilmu yang dipelajari bukan hanya diterjemahkan di dalam exam, sebaliknya menjadi sebati dengan jiwa, menjadi suatu akhlak yang baik. dapat diamalkan dan dapat disampaikan kepada masyarakt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan