sejak berlakunya demonstrasi di kaherah dan mesir baru ni, dah ramai rasanya pelajar msia yang pulang. kalau tak plg pun, maybe dok kat jeddah. sempat gak aku tgk kat tv pelajar2 msia yang balik dari mesir. samada dalam kumpulan kecil atau kumpulan besar. ada gak pelajar msia yang pulang (perempuan) berpakaian jeans, berbaju kurung lengan panjang, berbaju tshirt muslimah, bertudung yang mana tudungnya dibelit2 sekitar tengkuk. biasanya kumpulan nii dari kumpulan awal. ada gak yg pulang dari mesir berjubah dan bertudung labuh. seolah2 2 cara berpakaian ini mewakili 2 field pengajian mereka.
masa aku dok kat sana dulu, macam2 isu timbul di kalangan warga pelajar. biasanya isu yang timbul hanyalah masalah khilaf. tp biasala khilaf di kalangan kami warga pelajar yang masih muda ni biasanya panas. timbul masalah safar mar ah, apakah perempuan tanpa mahram boleh bermusafir sehingga ke mesir walaupun untuk blaja agama? kalau boleh ke mesir utk blaja agama, boleh ke golongan akhawat(perempuan) ni melakukan rehlah ke tempat2 menarik di seluruh mesir? timbul pula masalah2 lain macam bab berpakaian, niqab, purdah n mcm2 lg. tu belum lagi masuk isu2 kepelbagaian jemaaah macam pas, nadi umno, islah, irc, abim, jim dan sebagainya lagi.
ada suatu ketika, TGNA bersama rombongannya ke mesir, kami wat majlis ramah mesra dgn pelajar2 kelantan kat sana. 2 kali wat majlis. pertama di rumah kelantan khas untuk pelajar kelantan(org lain pun blh dtg cuma isunya lebih sempit mcm biasiswa dna pinjaman untuk pelajar kelatan dan sebagainya). ada seorang akhwat bertanya dalam masalah safar mar,ah. TGNA pun jawabla. then bila kami wat pula majlis di hayyu asyir untuk seluruh pelajar msia, sekali lagi ada akhawat tanya soalan yang sama(maybe akhawat negeri lain lak). TGNA pun jawabla. di antara jawapannya yg aku still ingat ialah....benda2 khilaf ni tetap akan khilaf sampai bila2. then bila pelajar2 kelantan temuramah TGNA untuk dimasukkan di dalam majalah terbitannya, bila diminta TGNA beri nasihat untuk pelajar, TGNA sekali lagi menimbulkan persoalan pasal ni sambil tersenyum. TGNA macam dapat menangkap bahawa isu tu sememangnya panas di kalangan kami masa tu.
skang ni ramai pelajar perubatan di mesir. merata2 di seluruh bumi mesir. pastinya pelajar2 perutaban ni cara dia berfkir ada sedikit tak sama dengan cara pelajar agama. maybe pelajar perubatan akan berseluar ke kuliah (akhawat). sementara pelajar agama akan berjubah bertudung labuh.so tak usah la timbulkan persoalan berjubah bertudung labuh tu sehingga boleh bermasam muka atau memutuskan silaturrahim. kalau kita masuk exam, pastinya kita nak markah 100%. tapi kekadang kita tak dapat nak capai 100% kerana sedikit kesilapan yang kita buat, tapi jangan sampai tak lulus, bawah 50%. so kalau markah 51 bagi seorang yang belum ni asyik2 dapat 12, 5,29 dah kira ok la. jgn diganggu atau direncatkan perjalanan mereka untuk dapatkan markah penuh dengan sesuatu yang tak sepatutnya atau sesuatu yang mereka belum bersedia . berilah mereka masa. kalau yg dah biasa dapat 50,60 tu tak kisahlah. pastinya berusaha untuk naikkan lagi sampai dapat 90 or 100. janganlah kerana benda2 kecil sebegini macam isu safar mar'ah, isu berpakaian, isu kepelbagaian jamaah mengambil banyak masa kita sehingga kita terlupa untuk memberi tumpuan kepada benda yg terlebih aula.
aku sendiri masa blaja dulu khasnya masa memula ke mesir, rasa sukar nak menerima kepelbagaian jemaah. aku pk bila aku bersama sebuah jemaah/gerakan, tambahan pula gerakan yg sememangnya sudah lama berada dalam aliran trafik yang sentiasa diuji, seharusnya semua orang bersatu dan berada di dalam perahu yang sama. justeru masa yang ada banyak dihabiskan untuk menghujum saudara2 kita dari perahu yang lain, selain terpaksa menjawab cabaran mereka. bila aku semakin berusia, semakin banyak pergaulan dan maybe pembacaan, rasa sukar tu mula ilang. berganti dengan rasa kegembiraan dan rasa lapang dada. begitu juga dlm bab mazhab. memula rasa sukar nak terima fiqh hanafi, hanbali dan maliki. bila berada lama di azhar, rasa kekok dan sukar tu hilang. baru kita sedar luasnya fiqh. indahnya syariat kita. so...blajarla sementara waktu masih ada
Tiada ulasan:
Catat Ulasan