dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
aku tak pasti siapa yang ucapkan kata-kata ni. mungkin ianya diucapkan oleh para ulama dalam ceramah atau penulisan mereka. yang aku ingat, ianya diucapkan oleh prof madya hashim mehat dalam salah satu kelas tutorial di ukm dulu
zaman-zaman akhirku dahulu di mesir, sempat aku mendaki gunung sinai. kekawan aku boleh dikatakan sejak awal tiba ke mesir lagi suka melancong. kekadang ke aswan, kekadang ke sinai dan sebagainya. aku ni jenis suka memerap dalam bilik kat umah jer. hinggalah aku diajak sama rehlah ke sinai. banyak tempat yang menarik kat sinai. sempat kami ke toba, meredah banjaran n bukit2 di sinai yang berwarna emas kekuningan disimbah cahaya matahari pada waktu senja, yang paling menarik mendaki gunung sinai jam 2 pagi supaya dapat mengabadikan kenanagna tengok matahari terbit masa fajar.
aku daki lebih kurang 2 jam setengah. kira agak perlahan dengan tubuhku dan langkahku yang tak pandai mendaki bukit. aku daki macam orang nak berlari dengan langkah yang cepat dan panjang supaya cepat sampai. aku ingat ada sekumpulan akhawat sabah yang naik sinai jalan perlahan2 jer. cara mereka daki macam main2 jer. aku terus potong dengan laju. sampai jer separuh aku dah mula penat. aku jalan slow2 sambil termengah2. masa tu akhawat sabah tu sampai, potong aku dan teruskan pendakian ke puncak. lepas tu baru aku tau rupanya panjat gunung bukannya macam nak buat larian 100m. aku dapat tau akhawat berkenaan dah biasa panjat kinabalu. tu sebab nampak gaya mereka rileks n santai jer daki gunung. tak nampak bersungguh macam aku. rupanya memang camtu cara orang daki gunung.
sampai di puncak ada masjid dan ada gereja. kami tunggu subuh dan tunggu matahari naik. masa tu ramai pelancong jepun dok baca sesuatu. macam ratib or zikir agaknya menanti matahri naik. aku pun tak tau, maybe mereka ni jenis sembah matahari kot. kami yang muslim ni ada yang mengaji n berzikir(zikir biasa di waktu pagi)sambil nak amik gambar matahari naik.
bila je time turun, kami turun beramai2. ada tempat di puncak yang laluannya sempit dan berbatu curam. muat untuk seorang pendaki je turun. hari pula dah cerah. so kami dapat lihat rupa para pelancong. ada malizi, jepun, eropah, arab dan sebagainya. apa yang aku perasan pelancong eropah membawa bersama mereka beg plastik sambil mengutip sampah yang ditinggalkan pelancong lain. pelancong lain yang buang sampah termasuklah aku. mereka ni cukup berdisiplin, menghormati orang lain, jaga kebersihan dan agak sabar. berbeza dengan kami yang selamba jer buang tin minuman dan botol air mineral, pastu lak time laluan sempit tu asyik nak potong jer. memang aku akui pelancong eropah cukup berdisiplin dan tak mudah merungut macam arab.
masa aku temuduga SPP dulu pun, sempat aku sebutkan kenangan di sinai ni dalam jawapan aku pada panel. kebetulannya panel tu belajar di eropah, sempat aku selitkan betapa berdisipilinnya mereka khasnya bab kebersihan. cukup berbeza dengan apa yang kita lalui di negara2 umat islam. so kata2 akidah di timur, akhlak di barat ni bagi aku ada kebenarannya kalau tidak 100% betul pun.
Isnin, 25 April 2011
Selasa, 19 April 2011
bersegera dalam soal jenazah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
dari Abu hurairah ra dari Nabi SAW sabdanya: hendaklah kamu bersegera mengebumikan jenazah itu (bersegeralah dengan jenazah), jika dia(jenazah) seorang yang baik, maka itulah suatu kebaikan yang kamu persembahkan kepadanya, jika sebaliknya jenazah itu buruk(orang fasik, berdosa dan sebagainya) jika kamu semua melambatkan pengemumiannya maka kamu semua akan berdosa.
(muttafaq alayh)
hadis di atas menyuruh kita bersegera dalam soal jenazah. mengebumikan jenazah. apabila seorang yang baik meninggal, malaikat rahmat akan datang memberitahu haluannya selepas ini. so jenazah dah tahu dia akan ke syurga atau ke neraka. pada masa itu, jenazah tidak dapat lagi nak bagi info kepada sesapa ahli keluarga atau kawan2. justeru itu, apabila kita yang hidup bersegera mengebumikannya, maka ini adalah suatu kebaikan yang kita lakukan kepadanya. kenapa? kerana kita bersegera menghantarnya ke tempat yang dia ingin pergi. sebaliknya jika kita lambat mengebumikan jenazah dalam keadaan biasa, tidak ada halangan untuk menyegerakan pengebumian, tetiba kita wat lambat juga, maka dosanya kepada kita yang hidup
dalam hadis di atas, Nabi SAW menggunakan lafaz yang lembut. nabi cakap jika mayat tu baik. then baginda SAW sebut jika sebaliknya (wa in taku siwa zalik), nabi SAW tidak cakap kalau mayat tu jahat....atau kalimah kalau mayat tu fasir, kafir ker apa2ker. ini suatu pengajaran kepada kita khasnya para ustaz supaya berhati2 dan belajar tentang method dakwah ni.
hadis ini menganjurkan agar bersegera dalam soal jenazah (sunat). hadis ini juga menjadi hujah supaya tidak perlu memindahkan jenazah ke tempat lain tanpa keperluan.
* dipetik daripada riyad al-salihin. hadis diterjemah secara bebas. syarah hadis berdasarkan ingatan, dipetik daripada us abd basit sg durian

Sabtu, 16 April 2011
angkara bahasa
ada seorang raja bermimpi bahawa kesemua giginya tercabut. lalu baginda memanggil pembesar istana, bertanyakan mereka siapakah yang dapat menakbir mimpi baginda. lalu baginda ditunjukkan kepada seorang insan yang hebat dalam menakbir mimpi. insan tersebut dibawa ke istana dan berjumpa dengan raja lalu ditanya apakah maksud mimpi si raja.
setelah bertanya beberapa soalan dan melakukan sedikit rujukan, lalu jawab si penakbir mimpi...sesungguhnya gigi melambangkan anak beranak, ahli keluarga dan para pengikut. mimpi gigi raja tercabut bermaksud anak-anak dan ahli keluarga baginda termasuklah para pengikutnya akan mati. kemungkinan kerajaan baginda akan diserang musuh sehingga tumbang. mendengar perkataan demikian, marahlah si raja lalu memerintahkan pengawalnya untuk merotan penakbir mimpi tersebut.
kemudiannya baginda ditunjukkan kepada seorang insan kedua yang pandai menakbir mimpi. insan berkenaan dijemput ke istana mengadap raja. setelah bertanyakan beberapa soalan, si penakbir mimpi ini pun menjawab (sebenarnya dia sudah pun mengetahui perangai dan tabiat raja yang agak pongoh dan pemarah)....mimpi tuanku bermaksud tuanku berkemungkinan hidup lama lebih daripada para pengikut dan anak beranak tuanku. apabila raja mendengar perkataan tersebut, baginda tidak marah.
dalam 2 situasi di atas, takbiran mimpi si raja adalah sama. yang berbeza adalah cara dan bahasa yang digunakan oleh si penakbir mimpi. begitulah kita khasnya golongan ustaz yang ingin berdakwah apatah lagi kita sudah pun mengetahui cara kehidupan dan suasana sesebuah masyarakat, sehaursnya menggunakan bahasa yang tidak membuatkan subjek dakwah lari atau menjauhkan diri daripada kita....aku camana yer??? semoga sentiasa dalam kerahmatanMU ya ALLAH

Jumaat, 15 April 2011
santai....futsall bersama x-rahmaniah+player jemputan
first time aku dapat main futsall. mulanya teragak2 juga kot2 orang tak ramai. tp ramai gak datang. dapat la 2 team walaupun ada kekawan tak dapat datang. ada yang ada program motivasi kat sekolah. program qiyamullail dan ada yang sakit. tak kisahla yang penting dapat berjumpa, berkumpul bersama dan kembali menyambung silaturrahim. ada lebih kurang 6 payer x-rahmaniah bersama 4 pemain jemputan sebelum geng haizan manik urai memeriakan suasana. apa pun, semoga apa yang kami buat, semoga apa yang kami lakukan mendapat keberkatan dariNYA.....BERSAHABATLAH HINGGA KE SYURGA
khairul temalir(matyo etiqa), azni fauzi (jemputan), azam(jemputan) dan saiful
nasir peria, program reunion pertama beliau bersama kami. belum ni susah jer nak datang. sebelah kirinya zaini ibrahim(jemputan)
faisal saidi. anak ustaz saidi batu lada. skang bertugas di sg rek(lela jasa). banyak gerakan menarik dari beliau
zaini ibrahim(jemputan). kali pertama dijemput menyertai reunion kami. sempat memberikan posing yang menarik..banyak gol berpunca daripada kelincahan dan kelicikannya
azam(siapa azam)dijemput khas. beliau sedang menunjukkan cara2 sepak tojok bola. hehe
agaknya apa yang dikatakan oleh faisal saidi
A. fuhhh! main futsall dengan menebas tanah sekar letih lagi main futsal rupanya
B. kawe berasa nak putus orat perut takdi
C. lepas ni kalu tak belanja make nasi free kawe istihar lompat parti
D. main main jugak, jgn lupa kita akan mati
E. semua di atas benar. he he
kedai makan sebelah futsall. semua nampak berpeluh dan letih

Isnin, 11 April 2011
Sejarah Qiraat (Zaman Pengikut Tabiin & selepasnya)
Qiraat Pada Zaman Pengikut Tabiin & Selepasnya
Para tabiin yang berada di kawasan mereka terus mengajar al-quran mengikut apa yang diterima daripada guru mereka. Seterusnya muncullah generasi pengikut tabiin yang menjadi imam qiraat yang mengkhususkan diri dalam qira’at-qira’at tertentu dan mengajarkan qira’at mereka masing-masing. Pada era ini, ilmu qiraat mula dibukukan.
Menurut kajian, ada pelbagai pendapat menyatakan karangan yang terawal dalam ilmu qiraat. Pendapat pertama mengatakan ilmu qiraat mula dibukukan seawal kurun pertama Hijrah iaitu dalam generasi tabiin. Menurut Abd al-Hadi al-Fadli dalam kitabnya al-Qiraat al-Quraniyyah Taarikh Wa Taarif, beliau menyebut bahawa Syeikh Yahya ibn Yumar (w90H) adalah perantis dalam pembukuan ilmu qiraat iaitu seawall kurun pertama Hijrah. Sementara Ibn Atiyyah pula berpendapat bahawa karya Syekh Yahya Yumar menjadi rujukan utama dalam ilmu qiraat sehinggalag lahirnya Ibn Mujahid al-Baghdadiy (w324H) dengan karyanya al-Kitab al-Sabcah. Pendapat lain menyatakan bahwa orang yang pertama kali menuliskan ilmu qiraat adalah Husayn bin Usman bin Thabit al-Baghdadi al-Dharir yang wafat pada tahun 378 H. Mulai saat ini qira’at menjadi ilmu tersendiri dalam Ulum al-Qur’an.
Banyak sekali kitab-kitab qiraat yang ditulis para ulama setelah Kitab Sab’ah ini. Yang paling terkenal diantaranya adalah : al-Taysir fi al-Qira’at al-Sab’i yang diisusun oleh Abu Amr al-Dani, Matan al-Syatibiyah fi Qira’at al-Sab’i karya Imam al-Syatibi, al-Nasyr fi Qira’at al-‘Asyr karya Ibn al-Jazari dan Itaf Fudala’ al-Basyar fi al-Qira’at al-Arba’ah ‘Asyara karya Imam al-Dimyati al-Banna. Masih banyak lagi kitab-kitab lain tentang qira’at yang membahas qiraat dari berbagai segi secara luas, hingga saat ini.
Jadual 3.1 di bawah menunjukkan perkembangan ilmu Qiraat pada era
penulisan dan pembukuannya mengikut kurun-kurun Hijrah
KURUN PENCATAT
1 Hijrah
Yahya bin Yamar
2 Hijrah
Aban ibn Taghlab al-Kufi (w141H)
Muqatil ibn Sulayman (w150H)
Zaidah ibn Qudamah al-Thaqafi (w161H)
3 Hijrah
Yahya ibn al-Mubarak al-Yazidi (w202H)
Abu Ubayd al-Qasim ibn Salam (w224H)
Abu Umar Hafs al-Duri (w246H)
4 Hijrah
Ibn Jarir al-Tabari (w310H)
Abu Bakr Abdullah ibn Sulayman (w316H)
Abu Bakr Ahmad ibn Musa ibn al-Abbas ibn Mujahid (w324H)
RUJUKAN
http://uin-suka.info/ejurnal/index.php?option=com_content&task=view&id=29&Itemid=28
dan lain-lain

Sejarah Qiraat (Zaman Tabiin)
Qiraat Pada Zaman Tabiin
Pada zaman ini muncullah beberapa qurra’ yang menetap di daerah-daerah pemerintahan Islam sebagaimana di bawah:
Madinah
Saad bin Musayyab, Urwah bin Zubayr, Ibn Syihab, Umar Abdul Aziz
Mekah
Mujahid, Ata’, Tawus
Kufah
Alqamah, Said bin Jubayr, Al-Aswad bin Yazid, Abu Abdul Rahman al-Salamiy
Basrah
Hasan Basri, Ibn Sirin, Qatadah
Syam
Al-Mughirah bin Abi Syihab, Khalifah bin Saad
RUJUKAN
Mohd Rahim Jusoh, Pengenalan Ilmu Qiraat, Mahsuri Timur Sdn. Bhd., Selangor, 2001

Sejarah Qiraat (Zaman Sahabat)
Qiraat Pada Zaman Sahabat
Pada zaman ini, telah muncul beberapa orang sahabat yang masyhur di dalam bacaan al-quran. Mereka menjadi guru kepada para sahabat yang lain. Di antara sahabat yang masyhur sebagai qurra’ ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abu Talib, Ubay bin Kaab, Zaid bin Thabit, Abdullah bin Mas’ud, Abdullah bin Abbas, Abu Musa al-Asyari dan sebagainya. Rasulullah SAW juga pernah menyebut terhadap Ubay bahawa sebaik-baik bacaan al-quran di kalangan kamu ialah Ubay bin Kaab . Katanya lagi terhadap Abu Musa al-Asyariy selepas baginda mendengar bacaannya seolah-olah baginda mendengar mizmar Nabi Daud. Baginda juga pernah memanggil Ibn Mas’ud dan menyuruhnya membacakan al-Quran di hadapannya. Kesemua ini merupakan pengiktirafan baginda kepada para sahabatnya. Walau bagaimanapun ilmu qiraat belum lagi dibukukan secara ilmiah dan sistematik sebagaimana sekarang. Ilmu qiraat masih tersimpan di dalam dada para qurra’ yang ramai bertaburan di daerah-daerah pemerintahan Islam

Sejarah Qiraat (Zaman Rasulullah SAW)
Qiraat Pada Zaman Rasulullah SAW
Ilmu qiraat telah pun bermula sejak zaman turunnya al-quran. Setiap tahun dalam bulan Ramadan, Rasulullah SAW akan bertalaqqi al-quran dengan Jibril. Kemudiannya Rasulullah SAW akan membacakan al-quran kepada para sahabatnya. Para sahabat yang bertalaqqi dengan Rasulullah SAW pula akan membacakan al-quran kepada sahabat-sahabat yang lain. Walau bagaimanapun bacaan qiraat belum diamalkan lagi secara meluas kerana umat arab ketika itu belum lagi beriman dan al-quran juga belum tersebar luas kepada bebepara lahjah arab yang lain daripada lahjah Quraisy. Manakala hadis yang menerangkan tentang bacaan qiraat belum lagi diwahyukan. Para sahabat pada masa itu mempunyai tahap kefasihan bahasa arab yang baik.
Hadis yang membincangkan tentang bacaan qiraat diwahyukan setelah Rasulullah SAW mengadu kepada Allah di atas kesusahan umatnya membaca al-Quran. Ekoran daripada aduan tersebut, Allah telah memberi keizinan kepada Rasulullah SAW untuk membacanya di atas tujuh ahruf. Banyak hadis yang menunjukkan bahawa qiraat telah pun wujud pada zaman rasulullah SAW. Di antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Umar al-Khattab bahawa beliau telah berkata: aku mendengar Hisyam bin Hakim mebaca surah al-Furqan pada zaman rasulullah SAW. Aku mendengar bacaannya tiba-tiba dia membaca di atas huruf yang banyak di mana Rasulullah SAW tidak membacanya kepadaku. Aku hampir ingin menariknya di dalam sembahyangnya itu lalu aku bersabar sehingga ia memberi salam, kemudian aku menarik bajunya sambil berkata: siapakah yang membacakan surah ini kepadamu? Dia menjawab: Rasulullah SAW yang membacakan kepadaku yang lain daripada bacaanmu. Lalu aku membawanya kepada Rasulullah SAW dan mengadu tentang bacaan tersebut di atas huruf yang Rasulullah tidak membacanya kepadaku, bawalah Hisyam ke sini dan Rasulullah SAW menyuruhnya membaca sebagaimana yang aku dengar bacaannya, lalu baginda bersabda: begitulah ia diturunkan. Selepas itu Rasulullah SAW menyuruhku membacanya dan aku membaca sebagaimana Rasulullah membacanya kepadaku lalu baginda bersabda: begitulah ia diturunkan dan sesunguhnya al-Quran itu diturunkan di atas tujuh huruf maka bacalah apa yang mudah daripadanya (Bukhari). Hadis di atas menjadi dalil bahawa ilmu qiraat bermula setelah mendapat keizinan daripada Allah terhadap Rasulullah SAW. Ia juga menjadi dalil bahawa qiraat telah pun wujud pada hayat Rasulullah SAW lagi.

Pembahagian hukum mengikut mazhab mutakallimin dan fuqaha'
PEMBAHAGIAN HUKUM MENGIKUT MAZHAB MUTAKALLIMIN DAN FUQAHA’
Hukum Dari Sudut Bahasa & Istilah
Dari segi bahasa, hukum bermaksud pencegahan. Sementara dari sudut istilah pula ialah perkara yang dituntut oleh kata-kata (khitab) Syarak yang bersangkutan dengan perbuatan orang yang bertanggungjawab samada ianya merupakan tuntutan, memberi pilihan atau penetapan. Ini merupakan definisi hukum di sisi jumhur ulama usul.
Keterangan Definisi Hukum
Maksud kata-kata Syarak ialah al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Justeru itu, kata-kata manusia biasa, jin dan sebagainya tidak menjadi hukum
Maksud yang bersangkutan dengan perbuatan ialah perkara yang bersangkutan dengan perbuatan mereka samada percakapan atau perbuatan, dari sudut mewujudkan ataupun meninggalkan. Oleh itu perkara yang bersangkutan dengan iktikad tidak termasuk sama kerana ia tidak dinamakan hukum dalam istilah ini
Maksud orang yang bertanggungjawab ialah orang yang memikul tanggungjawab merangkumi budak kecil dan orang kurang siuman
Maksud permintaan ialah perintah dan larangan baik dari sudut kemestian mahupun keutamaan
Maksud memberi pilihan ialah perkara mubah(yang diharuskan/dibenarkan)
Maksud penetapan ialah sah, fasad dan seumpamanya yang terdiri daripada tanda-tanda dan sifat-sifat bagi pelaksanaan atau pun pembatalan yang telah ditetapkan oleh Syarak
Pembahagian Hukum Syarak
Kalau diperhatikan kepada definisi hukum kita akan dapati bahawa hukum dapat dibahagikan kepada 2 bahagian. Ini kerana kata-kata Syarak yang bersangkutan dengan perbuatan mukallaf samada dari segi tuntutan atau memberi pilihan dinamakan hukum Taklifiy. Kata-kata Syarak yang bersangkutan dengan penetapan pula dinamakan sebagai hukum Wadciy.
Hukum al-Taklifiyyah
Ianya terbahagi kepada 5 bahagian iaitu wajib, mandub, muharram, makruh dan mubah
Wajib
Dari sudut Bahasa Arab wajib ialah sesuatu yang jatuh atau sesuatu yang mesti. Dari sudut istilah wajib ialah Apa yang diperintahkan oleh Syarak dalam bentuk kemestian. Justeru itu, orang yang melaksanakannya diberi pahala dan orang yang tidak melakukannya mendapat dosa. Contohnya ialah sembahyang 5 waktu.
Keterangan Definisi Wajib:
Apa yang diperintahkan oleh Syarak. Terma ini mengeluarkan perkara yang muharram, makruh dan mubah.
dalam bentuk kemestian. Terma ini mengeluarkan perkara yang mandub kerana tuntutan ke atas perkara mandub dalam bentuk tidak pasti
wajib juga dinamakan sebagai fardhu, faridhah, hatm dan lazim. Mazhab jumhur tidak membezakan di antara wajib dan fardu sebagaimana golongan Hanafiyyah
Golongan Jumhur berpendapat bahawa fardu dan wajib merupakan dua lafaz yang seerti dan sama makna iaitu perbuatan yang dituntut oleh Syarak untuk melakukannya dengan tuntutan yang pasti samada tuntutan itu bersumberkan dalil yang yakin (qotciy) seperti al-Quran dan sunnah yang mutawatirah atau pun bersumberkan dalil zanniy seperti khabar ahad
Wajib Di Sisi Hanafiyyah
Sementara golongan Hanafiyyah pula berpendapat bahawa wajib dan fardu tidak sama. Fardu bagi mereka ialah perbuatan yang dituntut oleh Syarak dengan suatu tuntutan yang pasti bersumberkan dalil yang qatciy seperti kewajipan solat, zakat dan sebagainya. Dalil yang yakin bagi mereka ialah al-Quran, sunnah yang mutawatir atau masyhur.
Sementara maksud wajib bagi mereka ialah perbuatan yang dituntut oleh Syarak dengan tuntutan yang pasti bersumberkan dalil yang zanniy seperti membaca al-fatihah di dalam solat. Tuntutan membaca fatihah di dalam solat bagi mereka bersumberkan khabar ahad iaitu hadis (tidak solat bagi mereka yang tidak membaca fatihah)
Faedah Khilaf
Apabila kita perhatikan perbezaan pendapat kedua-dua golongan ini, ternyata ia hanyalah khilaf pada lafaz dan istilah. Inilah pendapat sesetengah ulama seperti al-Amidiy dan al-Raziy berkata bahawa khilaf ini hanyalah khilaf dari segi lafaz. Namun realitinya khilaf ini melahirkan sesetengah hukum yang berbeza. Contohnya dari segi hokum, orang yang ingkar terhadap hukum yang fardu dihukumkan kafir sementara orang yang ingkar kepada hukum yang wajib tidak menjadi kafir. Sementara dari segi feqh pula dapat dilihat dalam masalah orang yang langsung tidak membaca al-Quran di dalam solatnya. Jumhur dan Ulama Hanafiyyah sepakat mengatakan bahawa solat orang ini batal kerana tidak menunaikan perintah kewajipan membaca al-Quran yang bersumberkan ayat al-Quran (bacalah apa2 daripada al-Quran). Walau bagaimanapun dalam masalah membaca fatihah di dalam solat, Hanafiyyah mengatakan bahawa solat tidak batal kerana dalil yang mewajibkan membaca fatihah di dalam solat berdasarkan hadis ahad. Hadis ahad di sisi mereka bukanlah dalil yang qatciy. Justeru itu, tidak batal mereka yang tidak membaca fatihah di dalam solat. Sebaliknya apa yang wajib dibaca di dalam solat ialah membaca apa-apa sahaja daripada al-Quran.
Mandub
Dari sudut Bahasa Arab mandub ialah yang dipanggil. Dari sudut istilah mandub ialah apa yang diperintahkan oleh Syarak dalam bentuk tidak mesti buat. Contohnya ialah sembahyang sunat.
Keterangan Definisi Mandub:
apa yang diperintahkan oleh Syarak. Terma ini mengeluarkan perkara yang haram, makruh dan mubah.
Dalam bentuk tidak mesti. Terma ini mengeluarkan perkara yang wajib.
Orang yang melaksanakan perkara mandub akan diberi pahala dan orang yang meninggalkannya tidak akan diberi azab. Mandub juga dinamakan sunat, masnun, tatawwuc, ihsan, fadilah, mustahab dan nafl.
Muharram
Dari sudut Bahasa Arab muharram ialah yang dilarang. Dari sudut istilah muharram ialah apa yang dilarang oleh Syarak dalam bentuk kemestian untuk ditinggalkan. Contohnya ialah derhaka terhadap ibu bapa.
Keterangan Definisi Muharram
Apa yang dilarang oleh Syarak. Terma ini mengeluarkan perkara yang wajib, mandub dan mubah.
Dalam bentuk kemestian untuk ditinggalkan. Terma ini mengeluarkan perkara yang makruh.
Orang yang meninggalkan perkara muharram akan diberi pahala dan orang yang melakukannya akan diberi azab. Muharram juga dinamakan mahzur dan mamnu‘.
Makruh
Dari sudut Bahasa Arab makruh ialah yang dibenci. Dari sudut istilah makruh ialah apa yang dilarang oleh Syarak dalam bentuk tidak mesti untuk ditinggalkan. Ada juga yang mendefinisikan makruh sebagai sesuatu yang lebih baik ditinggalkan daripada dilakukan. Contohnya memberi sesuatu dengan tangan kiri dan menerima dengan tangan kiri.
Keterangan Definisi Makruh:
apa yang dilarang oleh Syarak maka terkeluarlah perkara yang wajib, mandub dan mubah.
tidak dalam bentuk kemestian untuk ditinggalkan maka terkeluarlah perkara yang muharram. Orang yang meninggalkan perkara makruh akan diberi pahala dan orang yang melakukannya tidak akan diberi azab.
Makruh Di Sisi Hanafiyyah
Golongan Hanafiyyah menamakan makruh jenis ini sebagai makruh karahah tanzih. Pembuat atau pelakunya tidak diseksa sementara orang yang tidak melakukannya tidak diberi pahala cuma mereka dapat mendekatkan diri mereka kepada Allah
Perbezaan Di Antara Makruh Karahah Tanzih Dan Makruh Karahah Tahrim
Makruh karahah tahrim ialah perbuatan yang dituntut Syarak daripada mukallaf untuk meninggalkannya dengan tuntutan yang pasti bersumberkan dalil zanniy dan perbuatan ini lebih hampir kepada haram. Contohnya perbuatan jual beli seorang ke atas barangan yang telah dipersetujui untuk dijual kepada orang lain. Begitu juga larangan memakai sutera dan cincin emas untuk lelaki berdalilkan hadis (dihalalkan emas dan sutera bagi umatku yang perempuan dan diharamkan keduanya untuk yang lelaki)
Sementara makruh karahah tanzih pula ialah perbuatan yang dituntut oleh Syarak supaya meninggalkannya dengan tuntutan yang tidak pasti dan ianya lebih hampir kepada halal. Contohnya membelakangi kiblat ketika membuang air besar di tanah lapang. Ini berdalilkan hadis (apabila kamu duduk untuk membuang air janganlah kamu mengadap atau membelakangi kiblat). Perbuatan ini merupakan perubuatan yang dituntut oleh Syarak untuk meninggalkannya / tidak melakukannya berdasarkan hadis Ibn Umar.
Mubah
Dari sudut Bahasa Arab mubah ialah yang disebarkan dan diizinkan. Dari sudut istilah mubah ialah apa yang tidak berkaitan dengannya sebarang perintah mahupun larangan pada dirinya. Abdul Karim zaidan pula mendefinisikannya sebagai pilihan yang diberikan oleh Syarak kepada mukallaf samada untk melakukannya atau tidak melakukannya. Contohnya ialah makan pada malam bulan Ramadhan.
Keterangan Definisi Mubah:
apa yang tidak berkaitan dengannya sebarang perintah maka terkeluarlah perkara yang wajib dan mandub
mahupun larangan maka terkeluarlah perkara yang muharram dan makruh
pada dirinya. Terma ini mengeluarkan perkara yang berkait dengan perintah atau larangan pada keadaannya yang merupakan perantaraan untuk perkara yang diperintah atau dilarang
Dalam keadaan ini perkara mubah itu membawa hukum perkara kedua itu samada diperintah mahupun dilarang. Walaupun begitu perkara mubah itu masih kekal mubah pada asalnya Orang yang melakukan perkara mubah tidak mendapat pahala mahupun dosa. Mubah juga dinamakan halal dan jaiz.
RUJUKAN
1) Al-Zuhailiy, Wahbah, Usul Feqh al-Islamiy, Dar al-Fikr, Beirut, 1998
2) Isa Ulaiwah Zahran, al-Mukhtasar Fi Usul al-Feqh, Universiti al-Azhar, Kaherah, 1997
3) http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Ushul_Feqh/2.htm
4) Abdul Karim Zaidan, al-Wajiz Fi Usul Feqh, Muassasah al-Risalah, Beirut, 1996

kaedah penulisan ilmu usul feqh
KAEDAH PENULISAN ILMU USUL FEQH
Ada 2 kaedah besar tentang penulisan ilmu usul feqh iaitu kaedah al-Syafiiyyah atau ulama kalam dan kaedah al-Hanafiyyah. Ada satu lagi teknik yang muncul selepas kedua-dua kaedah penulisan ini iaitu kaedah mutaakhirin yang cuba menggabungkan 2 kaedah ini.
Kaedah Ulama al-Syafie Dan al-Kalam. (Jumhur)
Ulama al-Syafie dan ahli kalam menyusun ilmu usul al-feqh dengan cara menyusun dan membuat kaedah-kaedah usul al-feqh berdasarkan kepada nas dan dalil atau dalam erti kata lain setiap kaedah usul al-feqh itu mestilah disokong dengan dalil samada dalil aqli dan naqli. Mereka juga memperbanyakkan perbahasan di dalam perbincangan mereka sebagaimana di dalam ilmu kalam. Mereka juga akan meninggalkan kaedah-kaedah yang bertentangan dengan dalil dan menetapkan dengan beberapa kaedah lain tanpa mengambil kira samada ianya bertepatan dengan masalah feqh atau menyamai kaedah yang telah ditetapkan oleh Imam mereka. justeru itu , para ulama al-Kalam dan Ulama Syafi’iyyah tidak memasukkan perbahasan mengenai masalah-masalah feqh yang berkaitan dengan kaedah usul dalam kitab-kitab mereka , kecuali sedikit sahaja yang dijadikan sebagai penjelasan terhadap sebahagian kaedah-kaedah usul. Mereka mengasingkan dan membiarkan segala perbahasan yang meyentuh masalah feqh dibahaskan dengan panjang lebar dalam kitab-kitab feqh sahaja. Kaedah ini dipelopori oleh kebanyakkan ulama usuliyyin dari kalangan Syafi’iyyah, Muktazilah, Malikiyah dan Jaafariyyah
Kitab-Kitab Yang Masyhur Mengikut Kaedah Syafiiyah :
1) al-Burhan oleh Imam al-Haramayn Abdul Malik bin Abdullah al-Juwainiy al-Syaficiy
2) al-Mustasfa oleh Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali al-Syaficy (meninggal 505H
3) al-Muctamad oleh Abu Husayn Muhammad bin Ali al-Basriy al-Muktaziliy (meninggal 413H)
4) al-Ihkam Fi Usul al-Ahkam oleh Saif al-Din al-Amidiy al-Syaficy (meninggal 631H)
Kaedah Ulama Hanafiyyah
Seterusnya penyusunan ilmu usul al-feqh mengikut kaedah ulama Hanafiah pula ialah dengan menyusun dan membentuk kaedah-kaedah feqh berdasarkan kepada apa yang telah ditetapkan atau diijtihadkan oleh Imam mereka terhadap sesuatu permasalahan feqh. Ini bermakna para ulama Hanafiah akan meletakkan kaedah yang dilihat bertepatan dan bersesuaian dengan ijtihad dan istinbat hukum yang dilakukan oleh Imam mereka. Itulah sebabnya para ulama yang mengguna pakai kaedah penulisan ini akan memasukkan sekian banyak perbahasan dalam masalah feqh ke dalam kitab-kitab usul mereka.
Kitab-Kitab Masyhur Kaedah Hanafiyyah
1. Al-Usul oleh Abu Bakr Ahmad bin ‘Ali atau dikenali sebagai al-Jassas (w:370h)
2. Al-Usul oleh Abu Zaid ‘Abdullah bin ‘Umar ad-Dabusi (w:430h)
3. Al-Usul oleh Fakhr al-Islam ‘Ali bin Muhammad al-Bazdawi (w:482h)
4. Kasyf al-Asrar oleh ‘Abd al-’Aziz bin Ahmad al-Bukhari (w:730h)
Kaedah Ulama Mutaakhirin
Kaedah penyusunan dan penulisan mengikut ulama al-Mutaakhirin pula ialah dengan menggabungkan kedua-dua kaedah di atas iaitu dengan menetapkan sesuatu kaedah beserta dalil-dalilnya serta diaplikasikan atau dikaitkan dengan permasalahan feqh. Antara kitab-kitab yang terkenal dengan penulisan mengikut kaedah ini ialah :
1. Badic al-Nizam oleh Muzaffar ad-Din Ahmad bin Ali as-Sacati al-Hanafi (w:649H)
2. At-Tanqih dan syarahnya al-Taudih oleh Sadr as-Syari’ah ‘Abdullah bin Mas’ud al-Hanafi. (w:747H)
3. Jamc al-Jawamic oleh al-Imam Taj al-Din Abd al-Wahhab bin Ali al-Subki al-Syafie.(w:771H)
4. Syarh al-Taudih Al-Syeikh Saad al-Din Masud Ibn Umar al-Tiftazani al-Syafie (w:792H)
RUJUKAN
1) Isa Ulaiwah Zahran, al-Mukhtasar Fi Usul al-Feqh, Universiti al-Azhar, Kaherah, 1997
2)www.al-ahkam.net

Sejarah Ringkas Kemunculan Mazhab
Sejarah Ringkas Kemunculan Mazhab
Zaman Rasulullah
Pada zaman ini, rasulullah masih hidup dan berada di tengah khalayak masyarakat. Setiap permasalahan yang timbul akan dirujuk terus kepada baginda SAW. Rasulullah akan menjawab, mengajar dan menerangkan kemusykilan kepada para sahabat. Pada masa ini, sumber rujukan ialah al-Quran dan sunnah nabi SAW
Zaman Sahabat
Selepas kewafatan rasulullah, setiap permasalahan yang timbul akan dirujuk kepada khalifah dan para sahabt lain pada masa itu. Para sahabat khasnya khalifah yang pertama, abu bakar akan merujuknya di dalam al-Quran. Jika tidak terdapat di dalam al-Quran, beliau akan merujuknya kepada sahabat2 yang mengetahui tentang hadis-hadis nabi. Jika tidak terdapat padanya, beliau akan mengumpulkan para sahabatnya untuk mencapai kata pemutus (ijmak). Pada masa itu, para sahabat menetap di kota madinah. Justeru sebarang bentuk mazhab tidak muncul pada masa ini. Rujukan ialah al-Quran, sunnah dan ijmak
Zaman Tabiin & Atbac Tabiin
Pada masa ini khasnya pada akhir zaman pemerintahan kerajaan bani Umayyah, kerajaan mula tidak memberi perhatian besar terhadap tuntutan syariat di dalam kehidupan mereka. Para ulama yang menegur pemerintah dikenakan hukuman buang negeri dan sebagainya. Bermula detik ini, para ulama mula menyisihkan diri daripada istana dan berhijrah ke daerah-daerah yang baru dibuka. Mereka mula mengajar, menyebarkan ilmu di kawasan yang jauh dari mekah dan madinah. Para penuntut ilmu pula mengerumuni mereka untuk belajar. Akhirnya suasana feqh Islam telah berubah ke satu era yang baru. Di dalamnya ada kelebihan dan ada kekurangan. Kelebihannya ialah ilmu Islam dapat tersebar dengan lebih meluas meliputi daerah-daerah yang baru. Sebaliknya kita juga dapati feqh Islam kini berada dalam usaha dan ijtihad perseorangan, tidak lagi secara syura dan ijmak sebagaimana yang wujud pada era para sahabat dan khalifah. Feqh Islam secara perseorangan ini pula wujud dalam suasana berkelompok atau berkumpulan di sekitar seseorang tokohnya dan ini merupakan permulaan kelahiran mazhab-mazhab Islam. Kota Madinah tidak lagi menjadi pusat ilmu Islam yang ulung melainkan pada beberapa ketika seperti pada musim haji. Pada masa inilah ilmu mula dibukukan seperti ilmu tafsir, feqh, usul feqh dan sebagainya. Dalam masa yang sama, timbullah persoalan dalam bidang akidah yang menyebabkan lahirnya mazhab seperti ahli sunnah wa aljamaah, muktazilah, jahmiyyah dan sebagainya.

Pengertian Mazhab
Pengertian Mazhab
Mazhab (مذهب) dari sudut bahasa bererti jalan atau the way of. Dalam Islam, istilah mazhab secara umumnya digunakan untuk dua tujuan iaitu dari sudut akidah dan dari sudut feqh.
Mazhab akidah ialah apa yang bersangkut-paut dengan soal keimanan, tauhid, qadar dan qadak, hal ghaib, kerasulan dan sebagainya. Antara contoh mazhab-mazhab akidah Islam ialah Mazhab Syiah, Mazhab Khawarij, Mazhab Muktazilah dan Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Setiap daripada kumpulan mazhab akidah ini mempunyai mazhab-mazhab feqhnya yang tersendiri. Mazhab feqh ialah apa yang berkaitan dengan soal hukum-hakam, halal-haram dan sebagainya. Contoh Mazhab feqh bagi Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah ialah Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab al-Syafie dan Mazhab Hanbali.
Mazhab feqh pula, sebagaimana terang Huzaemah Tahido, bererti jalan fikiran, fahaman dan pendapat yang ditempoh oleh seorang mujtahid dalam menetapkan suatu hukum Islam dari sumber al-Qur’an dan al-Sunnah. Ianya juga bererti sejumlah fatwa atau pendapat-pendapat seorang alim besar yang bergelar Imam dalam urusan agama, baik dalam masalah ibadah ataupun lainnya. Contoh imam mazhab ialah Abu Hanifah, Malik bin Anas, Syafie dan Ahmad bin Hanbal. Pengertian mazhab ini kemudiannya beralih menjadi satu kumpulan ajaran feqh Islam yang diikuti dan diterima oleh satu-satu kumpulan umat Islam dalam sesebuah wilayah atau negara. Ianya menjadi sumber rujukan dan pegangan yang diiktiraf sebagai ganti atau alternatif kepada ikutan, ijtihad dan analisa terhadap ajaran asli al-Quran dan al-Sunnah
#http://hafizfirdaus.com/ebook/PedomanMazhab/Chap1.php

biodata ringkas imam Ahmad (164-241H)
1.3.4 Imam Ahmad bin Hanbal (164-241H). Pengasas Mazhab Hanbali
Beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal. Dilahirkan di Baghdad dan banyak menghafaz hadis. Berhijrah ke Basrah, Mekah dan Madinah untuk menuntut ilmu. Di antara gurunya ialah Imam Syafie, Abu Yusuf, Husayn bin Abi Hazim, Abu Bakar bin Iyasy dan sebagainya. Di antara anak muridnya ialah anaknya sendiri Salih dan Abdullah, al-Athram dan Abdul Malik bin Abdul Hamid al-Maimuniy

biodata ringkas imam malik (93-179H)
1.3.2 Imam Malik bin Anas (93-179H). Pengasas Mazhab Maliki
Nama penuhnya Malik bin Anas bin Abu Amir. Dilahirkan di Madinah pada zaman pemerintahan Alwalid bin Abdul Malik dan meninggal pada zaman Harun al-Rashid. Beliau tidak pernah meninggalkan kota Madinah kecuali ketika mennuiakan ibadat haji di Mekah. Menuntut ilmu daripada ulama Madinah seperti Abdul Rahman Hurmuz, Nafi Mawla Ibn Umar, Ibn Syihab al-Zuhriy, Rabiah Abdul Rahman (Rabiah al-Ra’yu). Di antara anak-anak murid beliau yang masyhur ialah Abdul Rahman bin al-Qasim (meninggal 191H), Abu Muhammad Abdullah bin Wahab bin Muslim (meninggal 197H), Asyhab bin Abdul Aziz (150-204H) dan Abu Muhammad Abdullah bin Abdul Hakam (meninggal 214H).
RUJUKAN
1) Al-Zuhayliy, Wahbah, Usul Feqh al-Islamiy, Dar al-Fikr, Beirut, 1998, jil 1, hlm.46-47,
2) http://hafizfirdaus.com/ebook/PedomanMazhab/Chap2.php,

hadis2 tentang bersin & menguap
1) dari Abu Hurairah ra katanya daripada Nabi SAW bersabda: sesungguhnya Allah kasih kepada bersin dan tak suka kepada menguap. jika ada seorang daripada kamu bersin kemudian dia mengucapkan alhamdulillah maka menjadi kewajipan seorang muslim yang mendengar ucapannya untuk mengucapkan yarhamkallah. adapun menguap itu daripada syaitan. apabila seseorang daripada kamu hendak menguap, hendaklah dia sedaya upaya cuba untuk menahannya. sesungguhnya apabila kamu menguap, syaitan tertawa
(bukhari)
2) dari Abu Hurairah ra katanya daripada Baginda SAW sabdanya apabila seseorang daripada kamu bersin hendaklah dia mengucapkan alhamdulillah. kemudian saudaranya yang mendengar ucapan orang yang bersin itu hendaklah mengucapkan yarhamukallah. apabila saudaranya berkata demikian maka orang yang bersin tadi hendaklah mengucapkan yahdikumullah wa yuslih balakum (semoga Allah memberi hidayah kepada kamu dan membaikkan keadaan kamu).
(Bukhari)
-orang yang bersin sunat mengucapkan Alhamdulillah. jangan perlahan sangat. biarlah orang yang berdekatan mendengarnya supaya mereka boleh mengucapkan yarhamkallah. sementara orang yang bersin tadi apabila rakannya atau sauradanya mengucapkan ucapan sedemikian hendaklah mengucapkan yahdikumullah wa yuslih balakum.
3) dari Abu Musa ra katanya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda apabila seseorang daripada kamu bersin dia mengucapkan alhamdulillah hendaklah kamu mendokannya dengan ucapan yarhamkallah. namun jika dia tidak mengucapkan alhamdulillah janganlah kamu mendoakannya
(Muslim)
4) dari Anas ra katanya telah bersin 2 orang berdekatan dengan Nabi SAW lalu seorang daripadanya mengucapkan alhamdulillah dan seorang lagi tidak mengucapkannya lalu nabi SAW mengucapkan yarhamkallah kepada orang berkenaan (yang ucap alhamdulillah) dan kepada seorang lagi yang tidak berkata apa2 nabi SAW tidak mendoakannya. lalu sahabat yang bersin dan nabi tidak mendoakannya itu bertanya kenapa Rasulullah SAW mendoakan kepada sahabatnya dan tidak kepadanya lalu jawab baginda dia bersin dan dia mengucapkan syukur kepada Allah sedangkan kamu tidak mengucapkan apa2 pun.
(muttafaq alayh)
5) dari Abu hurairah ra katanya sesungguhnya Nabi muhammad SAW apabila bersin baginda meletakkan tangan atau bajunya di mulut baginda dan memperlahankan bunyi suara bersin itu
(abu dawud dll)
6) dari Abu Musa ra katanya adalah orang2 yahudi mereka bersin ketika berdekatan dengan Rasulullah SAW dengan harapan supaya baginda akan mendoakan mereka (akan mengucapkan yarhamkallah) namun baginda hanya menjawab yahdikumullah wa yuslih balakum.
(abu dawud dll)
-doa rahmat tidak boleh kepada orang kafir. namun boleh mendoakan mereka agar mendapat hidayah, lembut hati supaya menerima Islam. dalam kes di atas, yahudi sengaja bersin berdekatan dengan nabi supaya nabi mendoakan rahmat kepada mereka. namun nabi tak doa rahmat sebaliknya nabi mendoakan hidayat kepada mereka
7) dari Abu Said al-Khudriy ra katanya bahawa Nabi SAW telah bersabda apabila seorang daripada kamu menguap maka hendaklah dia meletakkan tangannya ke mulut kerana sesungguhnya syaitan akan masuk
(Muslim)
-hendaklah meletakkan tangan ke mulut ketika menguap dan menahan suara semasa menguap. syaitan tertawa apabila kita menguap
# petikan daripada riyad al-salihin

Rabu, 6 April 2011
santai.....football manager 2011
dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
skang ni aku dok tengah bz dengan football manager 2011.(FM2011). seperti biasa, permainan simulasi jenis ni aku main sejak fm(masa tu dikenali sebagai championship manager) tahun 2001 2002 lagi. masa tu aku masih kat bb bangi. sampai tak tido malam dok main cambridge united fc. jenuh gak, maklumlah pasukan dok divisyen 4 nak daki naik sampai divisyen 1 n liga perdana makan masa hampir 5 atau 6 tahun.
skang ni aku main nottingham forest. pasukan yang main dalam liga perdana rasa tak best sangat. lagi pula, dia punya expectation agak tinggi. silap skit tak dapat piala or tak menang liga kena sacked jer. so aku main pasukan yang rendah liga n expectationnya tak tinggi sangat.
first season (2011) aku main NF (nottingham foreset) aku dah jadi juara liga npower championship (divisyne 2). tewas sekali jer. mana taknya kalau kalah asyik restart jer, tapi tak la selalu sebab NF dah ada nama dan jadi prediction press untuk ke EPL.
tahun kedua aku dapat no 16 liga perdana, tahun ketiga no 6 n dapat piala liga, tahun keempat aku dapat tempat ke 2 n layak eropah. kira ok la. pastu pemain aku yang selama ni takder nama, tak glamer dah mula wakili negara eespecially england.
rasa seronok gak, tapi game ni agak makan masa. kalau takder keje lain tu ok la. zaman aku jadi student dulu boleh tak tido malam dok habiskan satu season. skang tak leh nak wat dah. 2 minggu baru habis 1 season. tu pun banyak aku serah kat assistant manager jer. apa pun, game ni aku suka. banyak melibatkan strategi di atas padang., tak dapat jadi manager di alam realiti jadi manager di alam maya pun ok la.hehe

Sabtu, 2 April 2011
Tazkirah SKLR: perihal mimpi
PERIHAL MIMPI
Hadis2 Berkenaan Mimpi*
1) Dari Abu Hurairah ra aku mendengar bahawa Rasulullah SAW telah bersabda bahawa tidak ada yang tertinggal daripada tugas aku yang diutuskan sebagai nabi dan rasul melainkan memberitahu berita2 yang menggembirakan. Lalu sahabat bertanya apakah berita2 mengembirakan? Jawab Rasulullah mimpi yang baik (Bukhari)
2) Dari Abu Said al-Khudriy ra katanya, aku mendengar sabda Rasulullah SAW bersabda: apabila kamu bermimpi melihat sesuatu perkara yang disukai maka sesungguhnya ia adalah dari Allah maka bersyukurlah kepadaNYA dan ceritakanlah. Dalam satu riwayat lain baginda menyebut, janganlah kamu ceritakan kecuali kepada orang yang kamu suka. Sebaliknya jika kamu bermimpi melihat sesuatu perkara yang kamu tidak suka maka ia adalah daripada syaitan maka berlindunglah daripada kejahatannya dan janganlah kamu menceritakannya sesunguhnya mimpi tersebut tidak memudaratkanmu (muttafaq alayh)
3) Dari Abu Qatadah ra katanya: Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud mimpi yang baik itu daripada Allah, mimpi yang buruk itu daripada syaitan. Sesiapa yang bermimpi melihat perkara yang dibencinya hendaklah dia meludah ke sebelah kirinya 3 kali, kemudian mohonlah perlindungan dari Allah. Sesungguhnya mimpi berkenaan tidak mampu memudaratkannya. (muttafaq alayh)
4) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: jika kamu bermimpi yang buruk, hendaklah kamu meludah ke sebelah kiri 3 kali, kemudian mohonlah perlindungan daripadaNYA, kemudian berbaringlah daripada lambung yang kamu tidur tadi (ubah posisi tidur). (Muslim)
Mimpi di dalam al-Quran
Terdapat ayat-ayat al-quran yang menceritakan perihal mimpi dan takbir mimpi. Di antaranya ialah mimpi nabi yusuf semasa baginda masih kecil melihat 11 kawakib (planet) bersujud kepadanya. Begitu juga dengan mimpi nabi Ibrahim supaya menyembelih anaknya nabi ismail. Nabi Muhammad SAW juga banyak menerima wahyu dengan cara bermimpi. Selain para nabi, orang mukmin juga boleh mendapat mimpi yang baik, perasaan hati yang berat kepada benar (firasat) dan sebagainya
Pembahagian Mimpi
Para ulama membahagikan mimpi kepada 3 jenis iaitu:
1) mimpi yang berasal daripada syaitan (mimpi buruk). Mimpi jenis ini boleh membuatkan seseorang susah hati, terganggu hidupnya dan boleh membawa kepada putus asa di dalam beramal ibadat.
2) mimpi dari alam realiti yang terbawa-bawa ke dalam mimpi. Contohnya seorang yang sedang mengkaji sejarah kelab Barcelona tiba-tiba bemimpi diberi jawatan sebagai manager menggantikan Josep Guardiola. Mimpi ini hanyalah mainan tidur
3) mimpi yang benar dari Allah. Mimpi jenis ini merupakan 1/46 daripada alamat kenabian. Kebiasaanya mimpi yang benar terjadi pada waktu malam khasnya pada waktu sahur.
Mimpi Tidak Menjadi Hujah Syarak
Apabila seseorang bermimpi contohnya beliau bermimpi berjumpa dengan seorang guru atau ustaz, ustaz berkenaan meminta supaya dia membaca dan mengamalkan surah2 tertentu untuk dibaca pada setiap petang, mimpi jenis ini tidak boleh menjadi hujah di dalam agama. Al-Quran merupakan kitab dari allah, diturunkan sebagai petunjuk dan pedoman buat kita. Untuk beramal dengan isi al-Quran, kita tidak perlu bermimpi kerana al-Quran semuanya untuk diamalkan bermula dari surah al-fatihah sehingga surah al-nas. Bacalah al-Quran namun bukan kerana mimpi tetapi kerana ianya merupakan ibadat yang dilakukan kerana Allah
Mimpi Berjumpa Rasulullah SAW
Apabila seseorang bermimpi berjumpa seseorang yang mendakwa di dalam mimpinya bahawa dia adalah Rasulullah SAW, pertimbangannya ialah 2 perkara. Pertamanya ialah sifat2 yang ada pada dirinya seperti keadaan wajahnya, dada dan sebagainya. Ini kerana sifat2 Rasulullah sudah pun diterangkan di dalam hadis dengan jelas. Jika sifat2 baginda yang diceritakan di dalam hadis menyamai sifat2 yang ada pada seseorang yang kita temui di dalam mimpi, maka kemungkinan besar kita telah pun bermimpi berjumpa Rasulullah SAW.
Sebaliknya jika kita bertemu seorang kenit, berwajah buruk, tidak berpakaian atau berpakaian tidak menutup aurat dan mengaibkan lalu mengaku bahawa dia adalah Rasulullah SAW maka ketahuilah ini bukanlah Rasulullah. Syaitan tidak dapat menyerupai nabi tetapi soalnya adakah kita pernah melihat baginda sehingga kita dapat mengecam baginda. Syaitan dapat menyerupai orang lain kemudiannya mengaku itulah nabi. Justeru itu, jika bermimpi sedemikian, bertemulah dan bertanyalah dengan orang yang mengetahui.
Neraca kedua ialah apakah yang dibawanya /diajarkannya kepada kita. Jika dia mengajar ajaran yang jelas bertentangan dengan Quran dan hadis seperti seruan supaya meninggalkan solat kerana kononnya solat tidak lagi relevan di akhir zaman, atau seruan supaya melakukan maksiat kerana kita telah sampai kepada satu tahap kalis maksiat, ketahuilah itu adalah syaitan. Islam telah sempurna dan tidak lagi memerlukan mimpi, firasat, kasyaf, telepati atau apa sahaja untuk mengadakan syariat baru
Perihal Takwil Mimpi & Hadis Mimpi Di Atas Kaki Burung
Takwil mimpi biasanya menurut kepada orang pertama yang mentakwilkannya. Jika mimpi tersebut sudah diceritakan kepada seseorang lalu orang itu menakwilkannya maka takwilan itulah yang terpakai walaupun takwilan itu salah. Justeru itu, mimpi hendaklah diceritakan secara peribadi kepada orang yang dipercayai dan ikhlas. Jika mimpi itu mimpi baik dia akan menyampaikan. Jika sebaliknya (mendapat mimpi buruk) orang itu akan mendoakan. Selain itu bertanya orang supaya menakwilkan mimpi untuk kali ke-2, ke-3 setelah takwilan kali pertama adalah sia-sia
Ada hadis bermaksud mimpi orang mukmin adalah 1/40 kenabian. Mimpi itu ada pada kaki burung selagi dia tidak menceritakan (kepada orang). Bila dia menceritakan, maka jatuhlah ia (hadis ini ada perbahasannya)
Hadis ini memberi satu perumpamaan yang menarik. Burung merupakan sejenis haiwan yang lincah. Kalau kita cuba meletakkan sesuatu benda di atas belakang burung, pastinya benda tersebut akan jatuh kerana kelincahan burung tersebut. Apatah lagi kalau kita letakkan sesuatu di atas kaki burung, ianya lebih mudah jatuh. Oleh itu, apabila kita menceritakan mimpi kepada seseorang, maka mimpi itu seumpama barang yang diletakkan di atas kaki burung, akan terjatuh dari tempatnya (maksudnya mimpi itu akan menjadi kenyataan walaupun ditakwil oleh orang yang jahil sesuka hatinya atau dengan takwilan yang salah). Katakanlah kita bermimpi melihat seolah-olah kita mati dan dikuburkan. Menurut sesetengah ulama, mimpi ini bermaksud kita akan bermusafir jauh. Walau bagaimanapun kita terus menceritakan mimpi tersebut kepada seseorang yang tidak mengerti dan tidak amanah terhadap rahsia lalu ditakwilkannya secara bergurau bahawa kedai megi celup tempat kita berniaga akan lingkup, maka dihuatiri takwilan mimpi itu akan menjadi kenyataan kerana ia adalah doa. Justeru itu, ceritakanlah mimpi kita kepada orang yang mengetahui lagi dipercayai kerana takwilannya merupakan doa.
* hadis2 di dalam artikel ini diterjemah secara bebas. Secara keseluruhannya artikel ini merupakan inti kuliah kitab riyad al-salihin cd audio ustaz dr abdul basit abdul rahman, musyrif pondok sg durian dengan sedikit penambahan dan pengubahsuaian
RUJUKAN
1) riyad al-salihin
2) http://ad-diyari.com
3) http://al-fikrah.net

Langgan:
Catatan (Atom)