Qiraat Pada Zaman Sahabat
Pada zaman ini, telah muncul beberapa orang sahabat yang masyhur di dalam bacaan al-quran. Mereka menjadi guru kepada para sahabat yang lain. Di antara sahabat yang masyhur sebagai qurra’ ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abu Talib, Ubay bin Kaab, Zaid bin Thabit, Abdullah bin Mas’ud, Abdullah bin Abbas, Abu Musa al-Asyari dan sebagainya. Rasulullah SAW juga pernah menyebut terhadap Ubay bahawa sebaik-baik bacaan al-quran di kalangan kamu ialah Ubay bin Kaab . Katanya lagi terhadap Abu Musa al-Asyariy selepas baginda mendengar bacaannya seolah-olah baginda mendengar mizmar Nabi Daud. Baginda juga pernah memanggil Ibn Mas’ud dan menyuruhnya membacakan al-Quran di hadapannya. Kesemua ini merupakan pengiktirafan baginda kepada para sahabatnya. Walau bagaimanapun ilmu qiraat belum lagi dibukukan secara ilmiah dan sistematik sebagaimana sekarang. Ilmu qiraat masih tersimpan di dalam dada para qurra’ yang ramai bertaburan di daerah-daerah pemerintahan Islam
RUJUKAN
Mohd Rahim Jusoh, Pengenalan Ilmu Qiraat, Mahsuri Timur Sdn. Bhd., Selangor, 2001
Tiada ulasan:
Catat Ulasan