Isnin, 11 April 2011

hadis2 tentang bersin & menguap

1) dari Abu Hurairah ra katanya daripada Nabi SAW bersabda: sesungguhnya Allah kasih kepada bersin dan tak suka kepada menguap. jika ada seorang daripada kamu bersin kemudian dia mengucapkan alhamdulillah maka menjadi kewajipan seorang muslim yang mendengar ucapannya untuk mengucapkan yarhamkallah. adapun menguap itu daripada syaitan. apabila seseorang daripada kamu hendak menguap, hendaklah dia sedaya upaya cuba untuk menahannya. sesungguhnya apabila kamu menguap, syaitan tertawa
(bukhari)

2) dari Abu Hurairah ra katanya daripada Baginda SAW sabdanya apabila seseorang daripada kamu bersin hendaklah dia mengucapkan alhamdulillah. kemudian saudaranya yang mendengar ucapan orang yang bersin itu hendaklah mengucapkan yarhamukallah. apabila saudaranya berkata demikian maka orang yang bersin tadi hendaklah mengucapkan yahdikumullah wa yuslih balakum (semoga Allah memberi hidayah kepada kamu dan membaikkan keadaan kamu).
(Bukhari)

-orang yang bersin sunat mengucapkan Alhamdulillah. jangan perlahan sangat. biarlah orang yang berdekatan mendengarnya supaya mereka boleh mengucapkan yarhamkallah. sementara orang yang bersin tadi apabila rakannya atau sauradanya mengucapkan ucapan sedemikian hendaklah mengucapkan yahdikumullah wa yuslih balakum.

3) dari Abu Musa ra katanya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda apabila seseorang daripada kamu bersin dia mengucapkan alhamdulillah hendaklah kamu mendokannya dengan ucapan yarhamkallah. namun jika dia tidak mengucapkan alhamdulillah janganlah kamu mendoakannya
(Muslim)

4) dari Anas ra katanya telah bersin 2 orang berdekatan dengan Nabi SAW lalu seorang daripadanya mengucapkan alhamdulillah dan seorang lagi tidak mengucapkannya lalu nabi SAW mengucapkan yarhamkallah kepada orang berkenaan (yang ucap alhamdulillah) dan kepada seorang lagi yang tidak berkata apa2 nabi SAW tidak mendoakannya. lalu sahabat yang bersin dan nabi tidak mendoakannya itu bertanya kenapa Rasulullah SAW mendoakan kepada sahabatnya dan tidak kepadanya lalu jawab baginda dia bersin dan dia mengucapkan syukur kepada Allah sedangkan kamu tidak mengucapkan apa2 pun.
(muttafaq alayh)

5) dari Abu hurairah ra katanya sesungguhnya Nabi muhammad SAW apabila bersin baginda meletakkan tangan atau bajunya di mulut baginda dan memperlahankan bunyi suara bersin itu
(abu dawud dll)

6) dari Abu Musa ra katanya adalah orang2 yahudi mereka bersin ketika berdekatan dengan Rasulullah SAW dengan harapan supaya baginda akan mendoakan mereka (akan mengucapkan yarhamkallah) namun baginda hanya menjawab yahdikumullah wa yuslih balakum.
(abu dawud dll)
-doa rahmat tidak boleh kepada orang kafir. namun boleh mendoakan mereka agar mendapat hidayah, lembut hati supaya menerima Islam. dalam kes di atas, yahudi sengaja bersin berdekatan dengan nabi supaya nabi mendoakan rahmat kepada mereka. namun nabi tak doa rahmat sebaliknya nabi mendoakan hidayat kepada mereka

7) dari Abu Said al-Khudriy ra katanya bahawa Nabi SAW telah bersabda apabila seorang daripada kamu menguap maka hendaklah dia meletakkan tangannya ke mulut kerana sesungguhnya syaitan akan masuk
(Muslim)
-hendaklah meletakkan tangan ke mulut ketika menguap dan menahan suara semasa menguap. syaitan tertawa apabila kita menguap

# petikan daripada riyad al-salihin

Tiada ulasan: