Selasa, 20 Mac 2012

Biodata Ringkas Ibn Kathir

Biodata Ringkas Ibn Kathir

Nama lengkap beliau ialah Imad al-Din Abu al-Fida’ Ismail bin Amr bin Kathir al-Basriy al-Dimasyqiy. Beliau dilhirkan pada tahun 700H di Basrah, selatan Damsyik. Ayahnya meninggal sewaktu beliau berusia 7 tahun. Selepas kematian ayahnya, ibunya membawa beliau dan abangnya ke kota Damsyik. Di kota berkenaan, beliau telah menghafaz al-Quran dan belajar ilmu fiqh, tafsir, hadis, sejarah, bahasa arab dan sebagainya. Di antara guru-gurunya ialah:
1) Al-Hafiz Abu al-Hajjaj al-Mizzi Yusuf Bin Abdul Rahman Bin Yusuf Bin Abdul Malik (742H) yang merupakan seorang ulama dalam bidang sejarah, hadith dan biografi. Ibn Kahtir kemudiannya berkahwin dengan anak perempuan al-Mizzi

2) Ahmad bin Abdul Halim bin Abdul Salam bin Abdullah bin Abu Qasim al-Khadr bin Muhammad. Beliau juga dikenali sebagai Ibn Taimiyyah. Seorang ulama yang banyak menghasilkan karya dalam pelbagai disiplin ilmu meliputi feqh, akidah, tafsir, hadis dan sebagainya. Ibn Kathir mempunyai hubugan yang sangat istimewa dengan gurunya Ibn Taimiyyah. Beliau banyak memuji gurunya ini di dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayat dan banyak mengambil pendapat dan fatwanya seperti dalam masalah perceraian.

Ibn Kathir telah hilang penglihatan di akhir hayatnya kerana beliau terlalu sibuk mengarang kitab pada waktu malam. Peristiwa ini berlaku ketika beliau sedang mengarang kitabnya yang bertajuk Jami’ al-Masanid. Beliau meninggal dunia di Damsyik dan dikebumikan di tanah perkuburan al-Sufiah berhampiran makam gurunya Ibn Taimiyyah.

* Al-Zahabi, Muhammad Husayn, al-Tafsir wa al-Mufassirun, MaktabahWahbah, Qaherah, jil.1, 2000, hlm.173.

Ramzi Nakna’ah, al-Israiliyyat wa Atharuha fi Kutub al-Tafsir, Dal ‘Ilm & Dar al-Diya, Beirut & Dimasyq, t.thn., hlm.321.

http://mytafsirquran.wordpress.com/

IbnTaimiyyah, Taqi al-Din Ahmad bin Abdul Halim, Tafsir Surah al-Nur, Maktabah al-Manar al-Islamiyyah, Kuwait, 1977, hlm.5

Tiada ulasan: