Jika seorang imam atau seorang yang solat sendirian terlupa untuk membaca tahyyat awal,apakah yang harus dilakukannya.
Contohnya seorang imam, dia solat isyak. Dalam rakaat kedua sepatutnya imam tersebut duduk untuk membaca tahiyyat akhir namun dia terlupa lalu bangun dan sempat berdiri tegak. Apakah imam tersebut boleh kembali duduk untuk melakukan tahiyyat awal?
Tidak boleh kerana beliau telah pun masuk ke rakaat ketiga. Dengan kata lain imam atau orang tersebut telah pun melakukan rukun yang lain. Justeru itu, tidak harus untuknya meninggalkan rukun untuk kembali melakukan perbuatan yang sunat(tahiyyat awal)
Jika imam tersebut kembali duduk setelah bangun berdiri tegak, apakah hukumnya? Jika imam tersebut kembali duduk setelah bangkit berdiri tegak atau setelah lurus tulang belakangnya maka solatnya terbatal jika imam berkenaan mengetahui keharamannya dan melakukannya secara sengaja.
Jika imam tersebut kembali duduk kerana terlupa atau kerana kejahilannya(imam tidak mengetahui bahawa perbuatan demikian adalah haram) maka solatnya tidak batal. Beliau hanya perlu kembali berdiri apabila dia mengingatinya semula atau apabila dia mengetahui keharamannya. Imam berkenaan hendaklah melakukan sujud sahwi sebelum salam kerana telah meninggalkan tahiyyat awal
anda sebagai makmum
Jika imam berdiri meninggalkan tahiyyat awal, makmum hendaklah mengikut imamnya dengan berdiri meninggalkan tahiyyat awal. Jika makmum tidak mengikut imamnya kerana membaca tahiyyat awal dalam keadaan makmum tersebut megetahui akan keharamannya dan melakukannya secara sengaja maka batallah solatnya
Jika makmum mengikut imam berdiri kemudian imam berkenaan kembali duduk untuk membaca tahiyyat awal, apakah yang harus makmum lakukan?
dalam hal ini makmum tidak boleh mengikut imamnya. Makmum hendaklah berniat mufaraqah dari imamnya atau dia menanti imam dengan berdiri di dalam rakaat ketiga. Namun mufaqah lebih utama baginya. Bagi imam pula, ada 2 kemungkinan dia kembali duduk setelah berdiri pada rakaat ketiga iaitu samada dia melakukannya dengan sengaja atau kerana terlupa. Jika imam melakukannya kerana sengaja maka batallah solat imam. Jika imam melakukannya ekrana terlupa maka makmum tidak harus mengikutinya
# sebahagian isi kuliah maghrib. Hamba banyak merujuk kepada bughyatul tullab dan sabil al-muhtadin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan