*Bingkisan Sebelum Tidur*
Bacaan (doa) kepada orang yang pernah kita caci
اللَّهُمَّ فأيُّما مُؤْمِنٍ سَبَبْتُهُ، فاجْعَلْ ذلكَ له قُرْبَةً إلَيْكَ يَومَ القِيامَةِ..
(Dipetik dari hadis riwayat bukhari)
Maksudnya, Ya Allah, sesiapa sahaja Muslim yg aku pernah caci dan maki, maka jadikanlah cacian dan makianku itu sebagai suatu amalan yg mendekatkan dirinya kepadaMU pada hari kiamat nanti
1) Kadang2, dalam kita berkawan, berurusan dengan mana2 orang, maybe akan ada sesuatu yg membuatkan kita marah lalu mencela atau mengeluarkan perkataan berbentuk makian, laknat dan sebagainya kepada teman kita. Maka dalam hadis di atas, Nabi SAW menganjurkan kita untuk membaca doa ini kepada muslim yg pernah kita sumpah seranah, maki, caci, laknat dan sebagainya.
2) Perkataan السب dalam hadis di atas secara mudah bermaksud maki, laknat, caci dan seumpamanya.
3) Anjuran berdoa seperti hadis di atas hanya terpakai untuk sesama Muslim (termasuk muslimat).
4) Doa yg Nabi ajar ni pendek je. Apabila kita baca, kita akan dapat pahala beramal dengan Sunnah selain daripada pahala berdoa. Justeru itu, marilah kita beramal dengan membaca doa ini
# sebahagian daripada kuliah maghrib. Ada beberapa perbahasan lagi ttg hadis tu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan