Bingkisan sebelum tidur.
(Doalah yang baik2)
Ada dalam satu hadis. ringkasnya Nabi SAW melawat seorang sahabatnya yg sakit. Nabi SAW mendapati keadaan sahabat tersebut agak teruk. Nabi SAW bertanya apakah doa yg dibaca oleh sahabat berkenaan. Sahabat itu menjawab, aku memohon kepada Allah jikalau aku ada melakukan dosa, maka balaslah kesalahan Dan dosaku itu di dunia pada masa sekarang. Janganlah sampai ke akhirat. Nabi SAW bersabda bahawa kamu tidak akan mampu. sebaliknya bacalah
اللهم ربنا اتنا في الدنيا حسنة
وفي الآخرة حسنة
وقنا عذاب النار
Doa yg Nabi ajar ni simple, tapi padat dengan permohonan utk kesejahteraan dunia dan akhirat.
Dalam satu riwayat lain, ada seorang sahabat bertanya Anas, apakah doa yg selalu Nabi SAW kita baca. Maka Anas menyebut doa yg Nabi SAW selalu baca (sebagaimana di atas).
So janganlah kita sesekali tinggalkan doa2 sebegini.
#sebahagian daripada kuliah maghrib. Ditulis berdasarkan ingatan. Tidak sesuai utk rujukan ilmiah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan