Jumaat, 15 September 2023

Mati itu pasti

 Bingkisan sebelum tidur


Guru kami di pondok sungai durian (AAM) pernah bercerita, ada seorang Pendakwah di Saudi telah berjumpa dan menasihati seorang pemuda. Pemuda ni berumur lebih kurang 40 tahun, tak solat, dan hidup dalam keadaan yg tidak terikat dengan agama.


Pendakwah ini datang berjumpa pemuda berkenaan, mengajaknya solat, meninggalkan perkara yg haram dan sebagainya. Lalu pemuda ini menjawab, aku sekarang berumur 40 tahun. Kalau diikutkan sejarah keluargaku, ayahku meninggal semasa umurnya 80 tahun lebih. Datukku pula meninggal sekian sekian. Leluhurku semuanya mati dalam keadaan umur yang panjang. Memandangkan aku sekarang berumur 40, Dan ayahku meninggal ketika beliau berumur 80, kiranya aku Masih berbaki 40 tahun lagi. Aku nak enjoy lagi selama 20 tahun. Nanti apabila umurku mencapai 60 tahun, aku akan bertaubat, aku akan solat Dan tinggalkan perkara yg tak perlu bagiku.


Setelah puas menasihati pemuda berkenaan, pendakwah ini akhirnya pulang.


Kemudian tak sampai 24 jam, pendakwah tersebut menerima berita bahawa pemuda yg baru sahaja diziarahinya telah meninggal dunia. Pemuda berkenaan yg pernah merancang untuk enjoy selama 20 tahun sebelum bertaubat, akhirnya tak sampai 24 jam telah pun meninggal dunia.


Justeru itu, segeralah kita beramal Dan janganlah menangguhkan taubat. Kerana kita tidak tahu apa yg bakal kita tempuhi di depan hari.

Tiada ulasan: