Khamis, 27 November 2025

Bacaan apabila melihat angin (ribut)

BINGKISAN SEBELUM TIDUR

 

Bacaan apabila melihat angin (ribut)

Kita skang dah berada di musim tengkujuh. Maybe ada tempat yang dah berhadapan dengan banjir gelombang pertama bahkan mungkin ada yang dah ada pengalaman berada di PPS. Setakat ini Galas dan Lebir masih tenang. Ambo masih terkenang amukan serentak Galas dan Lebir 2014 dulu. Semoga Allah kurniakan keselamatan kepada kita semua

 

Apabila hujan, kadang2 disertai dengan angin atau ribut. Bila angin bertiup kencang, awan dah mula hitam, rasa cemas jugak. Dalam keadaan ini marilah kita meneliti bagaimana sikap Nabi SAW dan apa yang baginda baca ketika datang angin atau ribut.

 

Secara ringkas, dalam satu hadis riwayat Muslim (dalam Bukhari pun ada), Nabi SAW mengajar kepada kita suatu bacaan atau doa apabila berhadapan dengan angin ribut.

 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا، وَخَيْرَ مَا فِيهَا، وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا، وَشَرِّ مَا فِيهَا، وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ

 

(Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan angin ini, kebaikan yang ada padanya, dan kebaikan tujuan ia diutus. Dan aku berlindung denganMu daripada kejahatannya, kejahatan yang ada padanya, dan kejahatan tujuan ia diutus- Muslim. Perawi ialah Aisyah)

 

Apabila kita perhatikan lafaz doa ni, ada 3 perkara yang kita mohon. Pertama ialah kita memohon kebaikan angin itu sendiri. Kita juga memohon perlindungan daripada kejahatannya. Angin ni makhluk Allah. Ia bergerak di bawah aturan dan kuasa Allah.

 

Kedua ialah kebaikan segala apa yang dibawa di dalamnya. Angin membawa sesuatu, sama ada hujan, perubahan cuaca, atau perintah Allah yang lain. Maka kita memohon agar apa yang dibawanya memberi manfaat. Kita juga memohon perlindungan moga Allah lindungi kita daripada segala kejahatan yang dibawa di dalamnya

 

Ketiga ialah segala apa yang dihantarkannya sebab angin boleh jadi ujian untuk kita. Boleh juga membawa azab. Maka kita berlindung daripada keburukannya.

 

Dalam al-Quran ada kisah tentang kaum Ad yang telah dibinasakan oleh angin yang sangat kuat selama tujuh malam lapan hari. Angin juga mendatangkan hujan yang menyuburkan tanah dan menghidupkan bumi yang mati. Maka angin bukanlah baik atau buruk pada zatnya, tetapi ia mengikuti perintah Allah. Justeru itu, marilah kita mohon kebaikan angin ni daripada pembuat dan pemilik angin itu sendiri

 

Apabila kita sembang dengan orang2 tua, ada yang bercerita orang2 dulu apabila datang ribut, mereka akan membakar bawang disertai dengan jampi serapah. Ambo dah lupa jenis bawang tu samada bawang putih atau bawang merah.

 

Ada juga orang2 tua yang menyebut bahawa ribut yang datang secara tiba-tiba (kadang2 orang sebut kepala angin) tu biasanya disertai dengan hantu tinggi. Kononnya hantu tinggi ni jenis muka sentiasa melihat atau mendongak ke atas. So hantu tu tak nampak apa yang ada kat bawahnya. Main redah jer. So mereka (orang2 dulu) akan menanam tumbuhan tertentu di halaman rumah sebagai petua. Kiranya kalau ada tumbuhan tertentu di laman rumah, hantu tinggi takkan lalu atau takkan guna laluan tu sebab dia tak suka. Entahlah

 

Bab cerita hantu tinggi tu biarlah. Apa yang penting Nabi SAW dah ajar kepada kita suatu bacaan apabila menghadapi ribut atau kepala angin ni. Kalau kita tak ingat lafaz doa ni, bacalah doa apa pun memohon perlindungan daripada Allah dalam bahasa kita. Cuma apabila kita baca doa ni, kita dapat pahala tambahan iaitu pahala beramal dengan sunnah (selain daripada pahala berdoa tu)

 

#ditulis spontan usai balik dari masjid.

 

 

 

 

 

Khamis, 20 November 2025

Doa 70k Malaikat

 Doa 70k Malaikat

Nabi SAW telah bersabda:

ما مِن مسلمٍ يعودُ مسلمًا غدوةً إلا صلّى عليه سبعونَ ألفَ ملَكٍ حتى يُمسِي، وإن عادَه عشيةً إلا صلّى عليه سبعونَ ألفَ ملَكٍ حتى يُصبحَ، وكان له خريفٌ في الجنةِ

(Tidaklah seorang Muslim menziarahi saudaranya yang sakit pada waktu pagi melainkan akan didoakan untuknya oleh 70,000 malaikat hingga petang, dan jika dia menziarahinya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat akan mendoakannya hingga pagi. Dan dia akan mendapat buah di dalam syurga – Trmizi. Perawi hadis ni ialah Saidina Ali Abu Talib)

 

Hadis ni menerangkan kepada kita bahawa menziarahi orang sakit ni pahalanya besar. Maybe bagi kita benda ni biasa je. Kecik je, simple je namun pada hakikatnya amalan ini sangatlah besar pahalanya.

 

Apabila seseorang menziarahi orang sakit, mungkin di hospital, mungkin terlantar kat rumah, para malaikat seramai 70 000 akan mendoakannya. Kalau ziarah tu dilakukan pada waktu petang maka 70 000 malaikat akan mendoakannya, meminta keampunan untuknya sehingga waktu pagi. Sebaliknya kalau dia ziarah pada waktu pagi, 70 000 malaikat akan mendoakannya, meminta keampunan untuknya sehingga waktu petang.

 

Kalau dah masuk bab malaikat doa ni kiranya besar gak la amalan tu. Kalau kita menyayangi seseorang, kita akan mendoakannya. Walau bagaimanapun sebagai seorang manusia, kita sesekali akan rasa jemu, letih, bosan dan sebagainya. Sesekali kita berhenti untuk makan, rehat dan melakukan tanggungjawab yang lain.

 

Perkara ini berbeza dengan malaikat, mereka merupakan makhluk Allah yang tidak seperti kita. Apabila diperintah berdoa, mereka akan berdoa tanpa rasa penat dan letih. Apabila diperintah rukuk atau sujud, mereka akan terus bersujud tanpa lengah atau lelah. Itulah malaikat. Agaknya banyak mana doa malaikat kepada kita sepanjang pagi atau sepanjang malam tu? Hanya Allah yang tahu.

 

Selain daripada didoakan 70 000 malaikat, Nabi SAW juga menyebut bahawa para penziarah akan mendapat ganjaran berupa kebun (buah-buahan) di syurga. Nikmat syurga ni kita tak leh nak fikir, bayang atau ilustrasikan dengan minda kita. So camana rasa buah-buahan syurga, bentuk buah-buahan syurga, bau buah-buahan syurga tu kita serah pada Allah. Moga Allah masukkan kita ke dalam syurga dengan rahmatNYA

 

Ziarah orang sakit juga dapat mengurangkan kesedihan pesakit, memberi kekuatan emosi, dan menumbuhkan harapan. Kadang2 ziarah kita, senyuman, doa berserta sapaan dan tanya khabar tu lebih memberi ketenangan selain daripada ubat.

 

Hadis ini menggambarkan bahawa besarnya pahala amalan ziarah orang sakit. Selain daripada didoakan 70k malaikat, kita juga telah menghidupkan sunnah. Kita juga akan dapat mengeratkan hubungan dengan pesakit, memberi sokongan moral kepada ahli keluarganya juga

 

Semoga Allah menjadikan kita hamba yang peka, yang mengambil peluang mendapatkan doa malaikat dan taman syurga melalui amalan mudah namun besar ini. Semoga setiap langkah menuju pesakit menjadi langkah menuju keredaan Allah.

 

#Sebahagian daripada kuliah maghrib( Riyad al-Salihin )

 

Rabu, 12 November 2025

Nota Kuliah Maghrib (bab jampi Nabi)

 

HADIS PERTAMA

Daripada Ibn Abbas ra daripada Nabi SAW bahawa Baginda telah bersabda “Sesiapa yang menziarahi orang sakit (belum meninggal) dan berdoa di hadapannya sebanyak tujuh kali:

 

أسألُ اللهَ العظيمَ ربَّ العرشِ العظيمِ أن يَشْفِيَك

"Aku memohon kepada Tuhan Yang Maha Kuasa, Tuhan yang mempunyai Arasy yang agung, agar Dia menyembuhkanmu," pastilah Tuhan akan menyembuhkannya.”

(Al-Trmizi berkata hadis ini Hasan Sahih)

 

HADIS KEDUA

Daripada Aisyah ra, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW, apabila seseorang datang mengadu sakit kepada nabi SAW atau luka yang dirasakannya, Nabi SAW akan menggerakkan jarinya begini – Sufyan ibn Uyainah perawi hadis ini meletakkan jari telunjuknya ke tanah kemudian mengangkatnya- lalu Nabi SAW bersabda

 

باسْمِ اللهِ، تُرْبَةُ أَرْضِنا، برِيقَةِ بَعْضِنا، لِيُشْفى به سَقِيمُنا، بإذْنِ رَبِّنا

(dengan nama Allah, debu tanah kami, dengan air ludah sebahagian daripada kami, disembuhkan orang yang sakit daripada kami, dengan izin tuhan kami)

(Hadis ini Muttafaq Alayh)

 

 

 

 

HADIS KETIGA

Daripada Aisyah ra bahawa Nabi SAW pernah menjenguk beberapa ahli keluarganya yang sakit kemudian beginda mengusap dengan tangan kanannya dan membaca:

 

اللَّهُمَّ رَبَّ النّاسِ أذْهِبِ الباسَ، اشْفِهِ وأَنْتَ الشّافِي، لا شِفاءَ إلّا شِفاؤُكَ، شِفاءً لا يُغادِرُ سَقَمًا

 “Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkan penyakit ini, sembuhkanlah dia, kerana Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan dariMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang kesan penyakit.”

(Hadis Muttafaq Alayh)

 

 

HADIS KE-4

Daripada Ibn Abbas ra bahawa Nabi SAW masuk ke rumah seorang badwi  yang sedang sakit untuk melawatnya. Apabila Baginda SAW masuk , maka Baginda SAW akan berkata”

لا بَأْسَ عَلَيْكَ طَهُورٌ إنْ شاءَ اللَّهُ

(tiada apa-apa. Baik Insya Allah- Riwayat Bukhari)

 

Ahad, 9 November 2025

Kisah Tentang Ratapan

 BINGKISAN SEBELUM TIDUR

 

Kisah Tentang Ratapan

Nabi SAW bersabda:

ليس منا من لطم الخدود و شق الجيوب و دعا بدعوى الجاهلية

(Bukan dari kalangan kami orang yang memukul pipi, merobek baju dan menyeru dengan seruan jahiliah- Riwayat Bukhari).  Hadis ni daripada Abdullah bin Masud

 

Maksud hadis ni jelas. Nabi SAW melarang umat Islam daripada meratapi kematian mayat seperti memukul pipi, mengoyakkan baju dan sebagainya. Perbuatan sebegini asalnya perbuatan Jahiliah. Apabila Nabi SAW bangkit, Nabi SAW melarang perbuatan sebegini

 

Masa zaman sekolah menengah dulu, ambo dah pernah dengar hadis ni. Ustaz2 juga pernah bercerita ttg adat Jahiliah yang berlebihan meratapi kematian orang tersayang. Tapi tu la, tak sama benda yang kita hanya dengar atau tahu jika nak bandingkan dengan pengalaman yang kita sendiri tempuhi dan alaminya

 

Bila ambo ke Kaherah, ambo berhadapan dengan peristiwa seperti hadis di atas. Ambo masih ingat masa tu dah tahun 3 (tahun 2000 zaman Peranchis jadi juara Eropah kalahkan Itali 2-1 kat final, he he he). Masa tu pensyarah kami meninggal dunia.

 

Suatu hari kami ke kuliah cam biasa. Tetiba kuliah hari tu dibatalkan. Ada kertas ditampal kat pintu dewan kuliah. Kami baca. Kat situ ditulis pensyarah (kami panggil doktor) kami meninggal. Dalam kertas tu juga ada tertulis maklumat seperti waktu dan tempat solat jenazah, nak tanam kat kubur mana dan sebagainya. Bas disediakan untuk pelajar yang nak ke kubur

 

Selepas solat jenazah (lepas zohor), kami berjalan kaki jer ramai2 ke kubur. Bas ada tapi penuh. Jarak bangunan kuliah kami dengan kubur tu dekat je. Masa kami sampai tu orang dah ramai. Boleh dikatakan sebahagian besar pensyarah kami dah tiba lebih awal.

 

Kat kubur tu ambo lihat pengunjung dah ramai. Ada lelaki dan wanita. Ada ahli keluarga yang kelihatan sedih. Ada juga staf dan pelajar univ macam kami. Pelajar Msia tak ramai tapi ada. Ambo perasan ada sekumpulan wanita tua berpakaian serba hitam. Memula tu ambo tak pasti kenapa semuanya berpakaian serba hitam, berkabung kot.

 

Apabila jenazah mula dimasukkan ke dalam kubur, ambo melihat beberapa pensyarah mula bergegas nak bersalam dengan ahli keluarga si mati dan keluar daripada kawasan kubur. Ambo tunggu jer nak tengok sebab itulah pengalaman pertama kami.

 

Rupa-rupanya adat mereka apabila nak tinggalkan tanah perkuburan, ahli keluarga lelaki akan beratur. Para penziarah pula akan bersalam dengan kesemua pewaris tu. Rasanya tulah kali pertama ambo lihat orang Mesir beratur dengan tenang. Kebiasaannya mereka akan berebut2.

 

Para penziarah semuanya beratur panjang untuk bersalaman dengan ahli keluarga lelaki. Masa tulah sekumpulan wanita tua serba hitam tadi mula menangis, meraung, melaungkan ayat seperti:

(doktor ni orang baik, kenapa tuhan, engkau cabut nyawanya)

(selamat tinggal doctor, selamat tinggal orang yang baik)

 

Mereka meraung kuat, menangis, meratap. Cuma ambo tak pasti ada ke tak yang berguling atas tanah atau mengoyak baju kerana kesedihan. Ambo terpinga-pinga masa tu. Rasa pelik. Sebelum ni masa kat Msia tak pernah tengok kejadian sebegitu apabila berlaku kematian. Benda tu lak berlaku depan mata, dilakukan oleh sekumpulan wanita tua berpakaian serba hitam

 

Ambo juga tak pasti samada ratapan tu dilakukan oleh ahli keluarga atau orang luar (bukan ahli keluarga). Kalau dalam sejarah, ada yang ambil upah semata2 untuk meratap kematian. Dah macam kerjaya peratap professional kan. hmmm

 

Ambo terdengar sebahagian kecil pensyarah kami yang keluar lewat (daripada kawasan perkuburan) bercakap sesama mereka ttg suasana dan keadaan ratapan tu. Barulah ambo perasan kenapa ramai pensyarah tadi bergegas keluar daripada tanah perkuburan. Mungkin mereka tidak suka dengan ratapan tu

 

Sebelum ni kita belajar bahawa Nabi SAW melarang daripada meratapi kematian mayat. Ambo ingatkan maksud larangan tu ialah larangan daripada menangis, rupanya bukan camtu. Menangis seperti mengalir air mata kerana sedih tu biasa. Nabi pun menangis masa kematian anak lelakinya. Tapi kalau dah sampai meraung, berguling atas tanah, menampar muka atau tubuh, mengoyak dan mencarikkan baju tu dah berlebihan. Itulah kali pertama ambo lihat di hadapan mata perbuatan meratap. Patutla nabi larang

 

Ada kawan kami yang belajar di negara Arab yang lain pernah bercerita suatu malam dia terdengar bunyi suara meraung daripada bangunan tingkat tinggi. (tak sebut tingkat berapa). Kiranya rumah macam apartment atau flat la. So kawan kami ingatkan ada pergaduhan, atau ada kebakaran, then mereka tengok terdapat pakaian dicampakkan dari tingkat atas ke bawah. Apabila ditanya masyarakat tempatan, rupanya ada berlaku kematian.

 

Betullah kata orang, jauh berjalan luas pengalaman. Benda yang kita tahu, dengar dan baca tak sama dengan peristiwa yang kita lalui depan mata

 

Semoga Allah merahmati para guru kami, mengampunkan mereka semua dan menempatkan mereka dalam syurgaMu Ya Allah

 

 

Jumaat, 7 November 2025

Tafsir Jalalayn dan al-Majmuk

 

SEMBANG-SEMBANG SANTAI

 

Tafsir Jalalayn dan al-Majmuk

Apabila kita telusuri sejarah penulisan kitab2 ilmu Islam terutama tafsir dan fegh, kita akan jumpa beberapa buah kitab yang dikarang oleh lebih daripada seorang pengarang. Perkara ni berlaku biasanya disebabkan kematian pengarang asal atau pengarang pertama sesebuah kitab tu

Antara yang masyhur ialah tafsir al-Jalalayn (TJ). Kitab ini merupakan tafsir yang biasa dibaca atau diajar di pondok di Kelantan (tak tahu la pondok lain di luar Kelantan).

TJ ni kitab tafsir yang ringkas namun padat. Takder la panjang sangat seperti kitab tafsir Ibn Kathir (al-Quran al-Azim) atau tafsir Qurtubiy. Dia lebih kepada tafsir untuk lafaz, terjemahan kepada makna ayat. Tafsir ni ada juga memberi perhatian kepada struktur Bahasa arab. Biasanya kitab TJ ni diajar sebelum kita belajar kitab2 tafsir yang lebih besar. Kalau nak lebih lagi biasanya orang akan baca (belajar) kitab yang menjadi syarah kepada TJ seperti Hashiah al-Sawiy

 

Kitab TJ ni dikarang oleh dua ulama yang Namanya bermula dengan Jalal (kemuliaan). Jalal yang pertama ialah Syeikh Jalal al-Din (disebut Jalaluddin) al-Mahalliy yang meninggal pada tahun 864H. Nama penuh beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Mahalliy.

 

Kita orang melayu bila jumpa nama ditulis dengan 4 keturunan ni, tambah lak nama anak, bapa dan datuk ni sama atau hampir sama jer dah rasa pelik. Tapi itulah budaya mereka. Pada zaman kami belajar dulu pun, setiap urusan rasmi terutama melibatkan fakulti atau univ akan sentiasa menulis nama berserta nama datuk dan moyang (nama 4 keturunan).

 

Syeikh al-Mahalliy menulis tafsir ni bermula daripada surah al-Kahf sehinggalah surah al-Nas. Kemudian beliau sambung bermula dari surah al-Fatihah namun umurnya tak panjang, beliau meninggal sebelum sempat menyiapkan tafsirnya.

 

Jalal yang kedua ialah Jalaluddin al-Sayutiy. Beliau merupakan anak murid kepada al-Mahalliy. Setelah kematian gurunya, beliau menulis dan menyiapkan tafsir yang dimulakan oleh gurunya. Beliau menulis dari surah al-Fatihah (atau al-Baqarah) sehinggalah surah al-Isra. Sebagai penghormatan kepada gurunya, beliau menamakan kitab tafsir tersebut sebagai tafsir Jalalayn (2 orang Jalal).  Beliau wafat pada 811H (1505M) Kedua2 penulis TJ merupakan ulama mesir dari al-Azhar.

 

 

Selain TJ, kitab al-Majmuk yang menjadi syarah (huraian lebih panjang) kepada al-Muhadhdhab juga ditulis oleh lebih daripada seorang pengarang. Kitab al-Majmuk ni antara kitab besar dalam fegh mazhab Syafie. Ditulis oleh Imam Nawawi (meninggal 676H) namun Imam Nawawi tak sempat menyiapkannya.

 

 

 Sebelum kitab al-Majmuk, ada sebuah kitab besar juga dalam fegh Syafie iaitu al-Muhadhdhab yang dikarang oleh Imam Abu Ishaq al-Shiraziy (meninggal 476H/1083M). kitab ni merupakan kitab fegh perbandingan (fegh muqarin) yang padat tapi ringkas tanpa perincian dalil atau tarjih. Maka Imam Nawawi bercita2 nak susun suatu syarah lengkap kepada kitab tu. Ringkasnya al-Muhadhdab ni macam teks, dan al-Majmuk ni macam syarah kepada teks tu

 

Seterusnya usaha Imam Nawawi ini disambung oleh al-Subkiy (728-756H). beliau menyambung usaha Imam Nawawi dengan meneruskan syarah pada bab2 yang belum ditulis. Imam a-Subkiy juga menyusun dan merapikan pelbagai nota dan manuskrip sehingga dikatakan bahawa kalaulah tiada usaha al-Subkiy, al-Majmuk mungkin kekal dalam bentuk naskah catatan yang berselerak. Imam al-Subkiy meninggal sebelum al-Majmuk siap sepenuhnya

 

Kitab al-Majmuk yang menjadi warisan Islam (fegh) ni masih menjadi manuskrip dan tersimpan di beberapa buah perpustakaan di Turki, Mesir dan sebagainya. Dalam tempoh tu ada juga beberapa orang ulama yang cuba mensyarahkan kembali al-Majmuk.

 

Kitab ini disambung penulisannya oleh Syeikh Muhammad Najib al-Mutiiy dengan mengikut metodologi penulisan 2 imam sebelumnya. Ambo tak ingat fakta pada tahun berapa kitab ini akhirnya dicetak dan diterbitkan secara umum. Rasanya dalam tahun 1900 lebih sebab Syiekh Muhammad Najib ni merupakan ulama abad 20. Kiranya jarak antara beliau dan penulis asal Imam Nawawi hampir 600 atau 700 tahun

 

Kalau kita pergi ke Pameran Buku Antarabangsa Kaherah, kalau ada terserempak dengan pelajar Malaysia bawa troli dan dalam troli tu ada kitab2 besar berjilid-jilid, boleh cuba tanya beli kitab apa. Biasanya kalau kitab Fegh mazhab Syafie, kitab al-Majmuk la yang panjangnya berjilid2 hampir 20 jilid. Bayangkan kalau 1 jilid jer dah setebal 1 inci lebih (ada lagi kitab lain). Mmg Kaherah ni syurga buku.

 

Begitulah usaha para ulama kita dalam menjaga, menulis serta menyebarkan khazanah keilmuan terutama dalam ilmu tafsir dan fegh. Usaha mereka yang berterusan ini seumpama mata rantai yang berhubungan dan akhirnya bersambung dengan Rasulullah SAW. Moga usaha mereka semua mendapat ganjaran dari Allah SWT