Ahad, 9 November 2025

Kisah Tentang Ratapan

 BINGKISAN SEBELUM TIDUR

 

Kisah Tentang Ratapan

Nabi SAW bersabda:

ليس منا من لطم الخدود و شق الجيوب و دعا بدعوى الجاهلية

(Bukan dari kalangan kami orang yang memukul pipi, merobek baju dan menyeru dengan seruan jahiliah- Riwayat Bukhari).  Hadis ni daripada Abdullah bin Masud

 

Maksud hadis ni jelas. Nabi SAW melarang umat Islam daripada meratapi kematian mayat seperti memukul pipi, mengoyakkan baju dan sebagainya. Perbuatan sebegini asalnya perbuatan Jahiliah. Apabila Nabi SAW bangkit, Nabi SAW melarang perbuatan sebegini

 

Masa zaman sekolah menengah dulu, ambo dah pernah dengar hadis ni. Ustaz2 juga pernah bercerita ttg adat Jahiliah yang berlebihan meratapi kematian orang tersayang. Tapi tu la, tak sama benda yang kita hanya dengar atau tahu jika nak bandingkan dengan pengalaman yang kita sendiri tempuhi dan alaminya

 

Bila ambo ke Kaherah, ambo berhadapan dengan peristiwa seperti hadis di atas. Ambo masih ingat masa tu dah tahun 3 (tahun 2000 zaman Peranchis jadi juara Eropah kalahkan Itali 2-1 kat final, he he he). Masa tu pensyarah kami meninggal dunia.

 

Suatu hari kami ke kuliah cam biasa. Tetiba kuliah hari tu dibatalkan. Ada kertas ditampal kat pintu dewan kuliah. Kami baca. Kat situ ditulis pensyarah (kami panggil doktor) kami meninggal. Dalam kertas tu juga ada tertulis maklumat seperti waktu dan tempat solat jenazah, nak tanam kat kubur mana dan sebagainya. Bas disediakan untuk pelajar yang nak ke kubur

 

Selepas solat jenazah (lepas zohor), kami berjalan kaki jer ramai2 ke kubur. Bas ada tapi penuh. Jarak bangunan kuliah kami dengan kubur tu dekat je. Masa kami sampai tu orang dah ramai. Boleh dikatakan sebahagian besar pensyarah kami dah tiba lebih awal.

 

Kat kubur tu ambo lihat pengunjung dah ramai. Ada lelaki dan wanita. Ada ahli keluarga yang kelihatan sedih. Ada juga staf dan pelajar univ macam kami. Pelajar Msia tak ramai tapi ada. Ambo perasan ada sekumpulan wanita tua berpakaian serba hitam. Memula tu ambo tak pasti kenapa semuanya berpakaian serba hitam, berkabung kot.

 

Apabila jenazah mula dimasukkan ke dalam kubur, ambo melihat beberapa pensyarah mula bergegas nak bersalam dengan ahli keluarga si mati dan keluar daripada kawasan kubur. Ambo tunggu jer nak tengok sebab itulah pengalaman pertama kami.

 

Rupa-rupanya adat mereka apabila nak tinggalkan tanah perkuburan, ahli keluarga lelaki akan beratur. Para penziarah pula akan bersalam dengan kesemua pewaris tu. Rasanya tulah kali pertama ambo lihat orang Mesir beratur dengan tenang. Kebiasaannya mereka akan berebut2.

 

Para penziarah semuanya beratur panjang untuk bersalaman dengan ahli keluarga lelaki. Masa tulah sekumpulan wanita tua serba hitam tadi mula menangis, meraung, melaungkan ayat seperti:

(doktor ni orang baik, kenapa tuhan, engkau cabut nyawanya)

(selamat tinggal doctor, selamat tinggal orang yang baik)

 

Mereka meraung kuat, menangis, meratap. Cuma ambo tak pasti ada ke tak yang berguling atas tanah atau mengoyak baju kerana kesedihan. Ambo terpinga-pinga masa tu. Rasa pelik. Sebelum ni masa kat Msia tak pernah tengok kejadian sebegitu apabila berlaku kematian. Benda tu lak berlaku depan mata, dilakukan oleh sekumpulan wanita tua berpakaian serba hitam

 

Ambo juga tak pasti samada ratapan tu dilakukan oleh ahli keluarga atau orang luar (bukan ahli keluarga). Kalau dalam sejarah, ada yang ambil upah semata2 untuk meratap kematian. Dah macam kerjaya peratap professional kan. hmmm

 

Ambo terdengar sebahagian kecil pensyarah kami yang keluar lewat (daripada kawasan perkuburan) bercakap sesama mereka ttg suasana dan keadaan ratapan tu. Barulah ambo perasan kenapa ramai pensyarah tadi bergegas keluar daripada tanah perkuburan. Mungkin mereka tidak suka dengan ratapan tu

 

Sebelum ni kita belajar bahawa Nabi SAW melarang daripada meratapi kematian mayat. Ambo ingatkan maksud larangan tu ialah larangan daripada menangis, rupanya bukan camtu. Menangis seperti mengalir air mata kerana sedih tu biasa. Nabi pun menangis masa kematian anak lelakinya. Tapi kalau dah sampai meraung, berguling atas tanah, menampar muka atau tubuh, mengoyak dan mencarikkan baju tu dah berlebihan. Itulah kali pertama ambo lihat di hadapan mata perbuatan meratap. Patutla nabi larang

 

Ada kawan kami yang belajar di negara Arab yang lain pernah bercerita suatu malam dia terdengar bunyi suara meraung daripada bangunan tingkat tinggi. (tak sebut tingkat berapa). Kiranya rumah macam apartment atau flat la. So kawan kami ingatkan ada pergaduhan, atau ada kebakaran, then mereka tengok terdapat pakaian dicampakkan dari tingkat atas ke bawah. Apabila ditanya masyarakat tempatan, rupanya ada berlaku kematian.

 

Betullah kata orang, jauh berjalan luas pengalaman. Benda yang kita tahu, dengar dan baca tak sama dengan peristiwa yang kita lalui depan mata

 

Semoga Allah merahmati para guru kami, mengampunkan mereka semua dan menempatkan mereka dalam syurgaMu Ya Allah

 

 

Tiada ulasan: