HADIS PERTAMA
Daripada Ibn Abbas ra daripada Nabi SAW bahawa Baginda telah bersabda “Sesiapa yang menziarahi orang sakit (belum meninggal) dan berdoa di hadapannya sebanyak tujuh kali:
أسألُ اللهَ العظيمَ ربَّ العرشِ العظيمِ أن يَشْفِيَك
"Aku memohon kepada Tuhan Yang Maha Kuasa, Tuhan yang mempunyai Arasy yang agung, agar Dia menyembuhkanmu," pastilah Tuhan akan menyembuhkannya.”
(Al-Trmizi berkata hadis ini Hasan Sahih)
HADIS KEDUA
Daripada Aisyah ra, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW, apabila seseorang datang mengadu sakit kepada nabi SAW atau luka yang dirasakannya, Nabi SAW akan menggerakkan jarinya begini – Sufyan ibn Uyainah perawi hadis ini meletakkan jari telunjuknya ke tanah kemudian mengangkatnya- lalu Nabi SAW bersabda
باسْمِ اللهِ، تُرْبَةُ أَرْضِنا، برِيقَةِ بَعْضِنا، لِيُشْفى به سَقِيمُنا، بإذْنِ رَبِّنا
(dengan nama Allah, debu tanah kami, dengan air ludah sebahagian daripada kami, disembuhkan orang yang sakit daripada kami, dengan izin tuhan kami)
(Hadis ini Muttafaq Alayh)
HADIS KETIGA
Daripada Aisyah ra bahawa Nabi SAW pernah menjenguk beberapa ahli keluarganya yang sakit kemudian beginda mengusap dengan tangan kanannya dan membaca:
اللَّهُمَّ رَبَّ النّاسِ أذْهِبِ الباسَ، اشْفِهِ وأَنْتَ الشّافِي، لا شِفاءَ إلّا شِفاؤُكَ، شِفاءً لا يُغادِرُ سَقَمًا
“Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkan penyakit ini, sembuhkanlah dia, kerana Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan dariMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang kesan penyakit.”
(Hadis Muttafaq Alayh)
HADIS KE-4
Daripada Ibn Abbas ra bahawa Nabi SAW masuk ke rumah seorang badwi yang sedang sakit untuk melawatnya. Apabila Baginda SAW masuk , maka Baginda SAW akan berkata”
لا بَأْسَ عَلَيْكَ طَهُورٌ إنْ شاءَ اللَّهُ
(tiada apa-apa. Baik Insya Allah- Riwayat Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan