Doa 70k Malaikat
Nabi SAW telah bersabda:
ما مِن مسلمٍ يعودُ مسلمًا غدوةً إلا صلّى عليه سبعونَ ألفَ ملَكٍ حتى يُمسِي، وإن عادَه عشيةً إلا صلّى عليه سبعونَ ألفَ ملَكٍ حتى يُصبحَ، وكان له خريفٌ في الجنةِ
(Tidaklah seorang Muslim menziarahi saudaranya yang sakit pada waktu pagi melainkan akan didoakan untuknya oleh 70,000 malaikat hingga petang, dan jika dia menziarahinya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat akan mendoakannya hingga pagi. Dan dia akan mendapat buah di dalam syurga – Trmizi. Perawi hadis ni ialah Saidina Ali Abu Talib)
Hadis ni menerangkan kepada kita bahawa menziarahi orang sakit ni pahalanya besar. Maybe bagi kita benda ni biasa je. Kecik je, simple je namun pada hakikatnya amalan ini sangatlah besar pahalanya.
Apabila seseorang menziarahi orang sakit, mungkin di hospital, mungkin terlantar kat rumah, para malaikat seramai 70 000 akan mendoakannya. Kalau ziarah tu dilakukan pada waktu petang maka 70 000 malaikat akan mendoakannya, meminta keampunan untuknya sehingga waktu pagi. Sebaliknya kalau dia ziarah pada waktu pagi, 70 000 malaikat akan mendoakannya, meminta keampunan untuknya sehingga waktu petang.
Kalau dah masuk bab malaikat doa ni kiranya besar gak la amalan tu. Kalau kita menyayangi seseorang, kita akan mendoakannya. Walau bagaimanapun sebagai seorang manusia, kita sesekali akan rasa jemu, letih, bosan dan sebagainya. Sesekali kita berhenti untuk makan, rehat dan melakukan tanggungjawab yang lain.
Perkara ini berbeza dengan malaikat, mereka merupakan makhluk Allah yang tidak seperti kita. Apabila diperintah berdoa, mereka akan berdoa tanpa rasa penat dan letih. Apabila diperintah rukuk atau sujud, mereka akan terus bersujud tanpa lengah atau lelah. Itulah malaikat. Agaknya banyak mana doa malaikat kepada kita sepanjang pagi atau sepanjang malam tu? Hanya Allah yang tahu.
Selain daripada didoakan 70 000 malaikat, Nabi SAW juga menyebut bahawa para penziarah akan mendapat ganjaran berupa kebun (buah-buahan) di syurga. Nikmat syurga ni kita tak leh nak fikir, bayang atau ilustrasikan dengan minda kita. So camana rasa buah-buahan syurga, bentuk buah-buahan syurga, bau buah-buahan syurga tu kita serah pada Allah. Moga Allah masukkan kita ke dalam syurga dengan rahmatNYA
Ziarah orang sakit juga dapat mengurangkan kesedihan pesakit, memberi kekuatan emosi, dan menumbuhkan harapan. Kadang2 ziarah kita, senyuman, doa berserta sapaan dan tanya khabar tu lebih memberi ketenangan selain daripada ubat.
Hadis ini menggambarkan bahawa besarnya pahala amalan ziarah orang sakit. Selain daripada didoakan 70k malaikat, kita juga telah menghidupkan sunnah. Kita juga akan dapat mengeratkan hubungan dengan pesakit, memberi sokongan moral kepada ahli keluarganya juga
Semoga Allah menjadikan kita hamba yang peka, yang mengambil peluang mendapatkan doa malaikat dan taman syurga melalui amalan mudah namun besar ini. Semoga setiap langkah menuju pesakit menjadi langkah menuju keredaan Allah.
#Sebahagian daripada kuliah maghrib( Riyad al-Salihin )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan