Jumaat, 7 November 2025

Tafsir Jalalayn dan al-Majmuk

 

SEMBANG-SEMBANG SANTAI

 

Tafsir Jalalayn dan al-Majmuk

Apabila kita telusuri sejarah penulisan kitab2 ilmu Islam terutama tafsir dan fegh, kita akan jumpa beberapa buah kitab yang dikarang oleh lebih daripada seorang pengarang. Perkara ni berlaku biasanya disebabkan kematian pengarang asal atau pengarang pertama sesebuah kitab tu

Antara yang masyhur ialah tafsir al-Jalalayn (TJ). Kitab ini merupakan tafsir yang biasa dibaca atau diajar di pondok di Kelantan (tak tahu la pondok lain di luar Kelantan).

TJ ni kitab tafsir yang ringkas namun padat. Takder la panjang sangat seperti kitab tafsir Ibn Kathir (al-Quran al-Azim) atau tafsir Qurtubiy. Dia lebih kepada tafsir untuk lafaz, terjemahan kepada makna ayat. Tafsir ni ada juga memberi perhatian kepada struktur Bahasa arab. Biasanya kitab TJ ni diajar sebelum kita belajar kitab2 tafsir yang lebih besar. Kalau nak lebih lagi biasanya orang akan baca (belajar) kitab yang menjadi syarah kepada TJ seperti Hashiah al-Sawiy

 

Kitab TJ ni dikarang oleh dua ulama yang Namanya bermula dengan Jalal (kemuliaan). Jalal yang pertama ialah Syeikh Jalal al-Din (disebut Jalaluddin) al-Mahalliy yang meninggal pada tahun 864H. Nama penuh beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Mahalliy.

 

Kita orang melayu bila jumpa nama ditulis dengan 4 keturunan ni, tambah lak nama anak, bapa dan datuk ni sama atau hampir sama jer dah rasa pelik. Tapi itulah budaya mereka. Pada zaman kami belajar dulu pun, setiap urusan rasmi terutama melibatkan fakulti atau univ akan sentiasa menulis nama berserta nama datuk dan moyang (nama 4 keturunan).

 

Syeikh al-Mahalliy menulis tafsir ni bermula daripada surah al-Kahf sehinggalah surah al-Nas. Kemudian beliau sambung bermula dari surah al-Fatihah namun umurnya tak panjang, beliau meninggal sebelum sempat menyiapkan tafsirnya.

 

Jalal yang kedua ialah Jalaluddin al-Sayutiy. Beliau merupakan anak murid kepada al-Mahalliy. Setelah kematian gurunya, beliau menulis dan menyiapkan tafsir yang dimulakan oleh gurunya. Beliau menulis dari surah al-Fatihah (atau al-Baqarah) sehinggalah surah al-Isra. Sebagai penghormatan kepada gurunya, beliau menamakan kitab tafsir tersebut sebagai tafsir Jalalayn (2 orang Jalal).  Beliau wafat pada 811H (1505M) Kedua2 penulis TJ merupakan ulama mesir dari al-Azhar.

 

 

Selain TJ, kitab al-Majmuk yang menjadi syarah (huraian lebih panjang) kepada al-Muhadhdhab juga ditulis oleh lebih daripada seorang pengarang. Kitab al-Majmuk ni antara kitab besar dalam fegh mazhab Syafie. Ditulis oleh Imam Nawawi (meninggal 676H) namun Imam Nawawi tak sempat menyiapkannya.

 

 

 Sebelum kitab al-Majmuk, ada sebuah kitab besar juga dalam fegh Syafie iaitu al-Muhadhdhab yang dikarang oleh Imam Abu Ishaq al-Shiraziy (meninggal 476H/1083M). kitab ni merupakan kitab fegh perbandingan (fegh muqarin) yang padat tapi ringkas tanpa perincian dalil atau tarjih. Maka Imam Nawawi bercita2 nak susun suatu syarah lengkap kepada kitab tu. Ringkasnya al-Muhadhdab ni macam teks, dan al-Majmuk ni macam syarah kepada teks tu

 

Seterusnya usaha Imam Nawawi ini disambung oleh al-Subkiy (728-756H). beliau menyambung usaha Imam Nawawi dengan meneruskan syarah pada bab2 yang belum ditulis. Imam a-Subkiy juga menyusun dan merapikan pelbagai nota dan manuskrip sehingga dikatakan bahawa kalaulah tiada usaha al-Subkiy, al-Majmuk mungkin kekal dalam bentuk naskah catatan yang berselerak. Imam al-Subkiy meninggal sebelum al-Majmuk siap sepenuhnya

 

Kitab al-Majmuk yang menjadi warisan Islam (fegh) ni masih menjadi manuskrip dan tersimpan di beberapa buah perpustakaan di Turki, Mesir dan sebagainya. Dalam tempoh tu ada juga beberapa orang ulama yang cuba mensyarahkan kembali al-Majmuk.

 

Kitab ini disambung penulisannya oleh Syeikh Muhammad Najib al-Mutiiy dengan mengikut metodologi penulisan 2 imam sebelumnya. Ambo tak ingat fakta pada tahun berapa kitab ini akhirnya dicetak dan diterbitkan secara umum. Rasanya dalam tahun 1900 lebih sebab Syiekh Muhammad Najib ni merupakan ulama abad 20. Kiranya jarak antara beliau dan penulis asal Imam Nawawi hampir 600 atau 700 tahun

 

Kalau kita pergi ke Pameran Buku Antarabangsa Kaherah, kalau ada terserempak dengan pelajar Malaysia bawa troli dan dalam troli tu ada kitab2 besar berjilid-jilid, boleh cuba tanya beli kitab apa. Biasanya kalau kitab Fegh mazhab Syafie, kitab al-Majmuk la yang panjangnya berjilid2 hampir 20 jilid. Bayangkan kalau 1 jilid jer dah setebal 1 inci lebih (ada lagi kitab lain). Mmg Kaherah ni syurga buku.

 

Begitulah usaha para ulama kita dalam menjaga, menulis serta menyebarkan khazanah keilmuan terutama dalam ilmu tafsir dan fegh. Usaha mereka yang berterusan ini seumpama mata rantai yang berhubungan dan akhirnya bersambung dengan Rasulullah SAW. Moga usaha mereka semua mendapat ganjaran dari Allah SWT

 

 

Tiada ulasan: