Khamis, 22 Oktober 2026

Kisah2 Tentang Nazar

Kisah2 Tentang Nazar

Ada kisah dalam hadis sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra bahawa pada suatu ketika, Nabi SAW sedang berkhutbah di masjdi. Kemudian Nabi SAW melihat seorang lelaki sedang berdiri di tengah panas. Lalu baginda SAW bertanya tentang keadaan lelaki itu. Para sahabat menjawab bahawa lelaki itu ialah Abu Israel. Beliau bernazar nak berdiri di bawah panas terik matahari, tak nak duduk di tempat teduh, tak nak bercakap dengan orang lain, dan beliau juga sedang berpuasa. Lalu Nabi SAW menyampaikan arahan kepadanya supaya bercakap, duduk di tempat yang teduh dan hendaklah beliau meneruskan puasanya (mafhum dariapda hadis Bukhari)

 

Daripada hadis ni, kita dapat tahu bahawa sahabat tadi telah bernazar untuk berdiri di tengah panas, tak nak duduk, tak nak bercakap dan berpuasa. Daripada 4 perkara yang dinazarkan, Nabi SAW menyuruh agar teruskan berpuasa je kerana puasa merupakan ibadah dan perkara ketaatan kepada Allah. Perkara yang lain tu tak payah teruskan.

 

So kalau bernazar nak buat ibadah seperti puasa, bersedekah, solat sunat, yang tu teruskanlah. Tak perlu la nazar pelik2 macam nak terjun jambatan Pulau Pinang, nak botakkan kepala jika Barcelona menang UCL n etc.

 

Ada juga dalam hadis kisah bagaiaman seorang wanita bernazar nak tunaikan haji dengan cara berjalan kaki ke Mekah. Kisahnya ada seorang wanita (adik beradik) kepada Uqbah Bin Amir ra bernazar nak jalan kaki ke Mekah. Then Uqbah bertanyakan masalah ni kepada Nabi SAW, Nabi SAW bersabda “Suruhlah dia supaya menaiki kenderaan”. Memula tu Uqbah menyangka bahawa Baginda SAW tidak faham soalan. So apabila orang ramai di sekeliling Nabi dah takder. Uqbah tanya sekali lagi soalan yang sama. Nabi SAW bersabda “Suruhlah dia supaya menaiki kenderaan, kerana sesungguhnya Allah SWT adalah Maha Kaya daripada penyeksaan saudara perempuanmu terhadap dirinya sendiri."- (Ibn Majah)

 

So Islam takder la nak menyuruh penganutnya untuk seksa diri dalam beragama dengan cara kena jalan kaki ke Mekah. Naik je MAS, Qatar airways atau Air Asia lagi senang. Kalau tak mampu, menabung la dulu. Yang paling penting kena daftar haji dulu then fikirlah nak tunaikan haji sebagaimana sepatutnya.

 

Senior ambo pernah bercerita kisah beliau bernazar nak sembelih lembu dan buat jamuan kesyukuran untuk orang kampung jika dapat lulus tahun pertama di al-azhar. Tahun memula kita kat al-Azhar ni memang mencabar. Kita berdepan dengan suasana dan cabaran baru. Dah tak sama dengan cara kita blaja kat sekolah. So peratus gagal di kalangan kita tu agak tinggi masa tahun pertama pengajian. Maybe sebab tulah beliau bernazar sebegitu

 

Then  masa tahun pertama beliau lulus dengan membawa 2 subjek. Kalau kita gagal 2 subjek, kita masih dapat naik tahun ke seterusnya. Cuma 2 subjek gagal tu kita akan mengulang. Ringkas citer, masa tahun 2, beliau gagal dan kena mengulang di tahun 2. Masa tu dia cakap rasa serba tak kena. Nak membaca, mengulangkaji, ke kuliah rasa macam ada tersekat. Seolah2 ada sesuatu yang tak kena. Lama beliau dok fikir balik, beliau teringat tentang nazar yang masih belum ditunaikan. Selepas nazar tu ditunaikan, beliau rasa macam lega je. Dapat naik ke tahun seterusnya. Beliau sebut rasa macam air yang bertakung, tersekat, kemudiannya sekatan tu dah hilang. Rasa lancar je segala urusan.

 

Untuk lebih lanjut bab nazar, boleh la rujuk dalam kitab2 figh. Ambo lebih cenderung kepada pandangan ulama supaya berwaspada dengan nazar. Kalau nak buat amal seperti puasa, bersedekah, buat je tanpa perlu bernazar. Bimbang kot2 kita terlupa, atau tak mampu nak tunai nazar ke apa apa ke.

 

Tiada ulasan: