Sabtu, 23 Januari 2010

kaherah.....8 tahun kutinggalkan


tetiba aku terkenangkan kaherah. suasananya yang hingar bingar. masih aku terasa sesaknya bas 926 ke kuliah, metro anfaq yang jadi panas kerana padat dan sesak. suasana sibuk dengan laungan bikiyakkkkk, bikiyakkkk. terasa lagi kelazatan firakh masywiy di abbasiah, berdekatan stesen bas dan babai hayyu thamin. masykal dan fatirah di atabah. aruz billaban, kusyari dan syawarmah di hussin. kekadang kita menghargai benda yang tiada. masa benda tu berada di tangan kita, kita buat tak kisah, bila semuanya hilang, kita terkenangkan sesuatu yang hilang dari kita.

aku tinggalkan kaherah dengan ratapan dan tangisan. masih ingat lagi masa tu aku dok sambung masters di al-azhar(2002) dalam bidang siayasah syariyyah, kuliah syariah wa al-Qanun. Masa tu aku tengah bersiap nak pindah rumah. Kebetulannya asrama Malaysia abbasiah nak renovate. So kami kena kuar dan aku dok bersiap memunggah barangan aku kembali ke madinat nasr. Bila je aku sampai ke madinat nasr, ada sorang kawan aku cakap ada emel kecemasan minta aku pulang segera, ayah sakit tenat. Bergegas aku ke hayyu asyir cari pusat panggilan telefon, call Malaysia bertanya khabar. Mak minta aku pulang segera, cukuplah dengan sarjana muda yang aku dapat, ada rezeki sambunglaa kat mana-mana univ kat Malaysia. Aku dah tak tau nak cakap apa-apa lagi. Aku dah terasa sebak, khuruj bi la audah. Barangan aku, kitab-kitab aku, urusan tiket aku, semuanya kawan-kawan uruskan. Malam tu juga aku jalan kaki ke rumah kekawan, jumpa kekawan buat kali akhir, pusing2 madinat nasr dan atabah buat kali akhir. Esoknya sempat aku ke elmarg jumpa hajjah zainab (arab)sekeluarga, entahlah camana dia sekarang, hidup atau mati? Lusanya, aku tinggalkan kaherah, masa kapalterbang naik tu, aku dah mula sebak, tak tau nak cakap apa, dah tak larat nak tengok kaherah buat kali akhir. Aku menangis sampailah dubai. tak sangka aku kena tinggalkan tempat aku belajar dalam suasana begini. Really sejak aku mula dengar berita ayah sakit lagi, aku alunkan tasbih nabi Yunus AS dalam hati aku. Tasbih inilah yang aku ulang2 kat mulut dan hati setakat yang aku mampu……ya Tuhan, ampunilah dosa2ku yang menggunung sepanjang 5 tahun 2 bulan aku di kaherah. Aku tak nak bawa balik dosa-dosaku. Semoga segala yang aku pelajari selama ini membawa aku pada redaMU

Selasa, 19 Januari 2010

Bughyat al-tullab......jual beli


Jual beli dapat dibahagikan kepada 3 jenis:

1) jual beli pada benda yang zahir, dapat dilihat rupanya dan sifatnya, hukumnya harus

2) jual beli benda yang tidak ada pada masa akad dilakukan, namun benda tersebut mungkin ada dan kita tempah dengan sifat-sifat(spesifikasi) tertentu. Hukumnya harus. Jual beli ini dinamakan jual salam(jualan bertempah) seperti seorang lelaki menempah baju raya di kedai pakaian, baju tersebut tiada lagi pada masa akad, namun baju tersebut boleh dijahit dengan spesifikasi tertentu. Jualan jenis ini diharuskan Syarak dengan syarat2 tertentu

3) menjual sesuatu yang ghaib, iaitu tidak ada, jualan jenis ini diharamkan.

Rukun jual-beli ada 3 perkara:
1) 2 orang yang berakad, iaitu orang yang menjual(penjual) dan pembeli
2) subjek akad (kontrak), iaitu harga dan benda yang dibeli
3) lafaz akad(ijab dan qabul)

Syarat ijab qabul

1) Tidak ada padanya diam yang panjang yang secara zahirnya menunjukkan kepada tidak bersetuju

2) Tiada padanya perkataan2 asing yang tidak berkaitan walau pun sedikit

3) Kedua pihak mendengar dengan jelas lafaz ijab dan qabul

4) Muafakat pada makna

Sabtu, 16 Januari 2010

majlis kesyukuran dan perpisahan LR 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ikutkan hati aku, aku takkan postkan gambar ni. aku lebih senang menjadikan blog aku ni tempat meluahkan apa yang aku baca, aku ingat, aku faham dan aku curahkan dalam tulisan kat sini. tapi bila memikirkan gambar-gambar ni akan menjadi kenangan dan maybe tuan-tuan gambar ni nak amik gambar dier, aku taruk gak kat sini. ni gambar diambil semasa majlis perpisahan & kesyukuran LR 2010. buat cikgu ahmad zulkifli deraman(takder dalam gambar), tuan adira tuan ghazali, roslina rosli, roshidi hasan dan faradiza parik, terima kasih dan maaf banyak2 atas bekok seloroh selama ni. berdoalah dan beristighfarlah banyak2 pada Tuhan semoga anda sekalian meninggalkan LR dengan keampunanNYA. bersahabatlah hingga ke syurga











Bughyat al-tullab......adab qada hajat


Adab membuang air besar(qada hajat)
1) melangkah masuk ke tandas/jamban dengan kaki kiri dan keluar daripada dengan kaki kanan

2) masa duduk membuang air besar, sunat memberatkan sebelah kaki kiri, atau memberatkan bahagian sebelah kiri. Kalau dalam tandas moden (jenis yang duduk tu) aku tak tau la

3) jangan duduk menghadap kiblat atau membelakangkan kiblat jika qada hajat di tempat terbuka. Kalau di tempat tertutup macam tandas/jamban tak apa.

4) Sunat membuang air di tempat yang jauh daripada manusia supaya bunyi dan bau najis yang keluar tidak menyusahkan orang(kes di tempat terbuka la ni)

5) Sunat jangan bercakap semasa membuang air

6) Jangan membuang air di air yang tenang, samada air miliknya (kolam atau sungai miliknya) atau milik awam. Ada larangan Nabi SAW tentang kencing atau berak di tempat air yang tenang

7) Jangan membuang air di dalam lubang tanah. Mungkin tempat berkenaan menjadi tempat tinggal jin, binatang2 yang lemah yang teraniaya kerana perbuatan kita. Jika tempat berkenaan merupakan tempat tinggal binatang yang boleh memudaratkan kita seperti ular dan sebagainya, sama sahaja, dilarang.

8) Jangan membuang air kecil menghadapkan mata angin khasnya ketika angin bertiup supaya air kencing kita tidak terpercik mengenai kita. Sama dengan kes buang air besar khasnya kalau jenis cair…lagila

9) Jangan qada hajat pada tempat perhimpunan manusia, contohnya wakaf, pondok telefon, stesen bas dan sebagainya. Begitu juga jalan manusia

10) Makruh qada hajat di bawah pohon kayu yang berbuah

11) Jangan qada hajat pada tanah yang keras supaya air kencing khasnya tidak memercik kembali pada kita

12) Dilarang membawa sesuatu yang berupa nota, tulisan atau sebagainya yang mengandungi nama Allah SWT, al-quran dan sebagainya.

Jumaat, 15 Januari 2010

sabila al-muhtadin....solat gerhana


-dalil solat gerhana: maksud ayat al-quran
janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, hendaklah kamu sujud kepada Allah SWT yang menjadikan kedua-duanya.

dalil hadis Nabi SAW: maksud hadis
bahawasanya matahari dan bulan itu 2 tanda dari segala tanda yang menunjukkan kekuasan dan keesaan Allah SWT, tiada gerhana keduanya kerana kematian seseorang atau kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu lihat akan yang demikian itu maka hendaklah kamu solat sehingga hilang gerhana- Riwayat Muslim(terjemahan terus dari kitab)


-hukum melakukan solat sunat gerhana ialah sunat muakkad
. justeru itu, mereka yang disunatkan ke atasnya melakukan solat sunat hari raya sunat juga melakukan solat sunat gerhana. pengarang kitab sabila mengatakan makruh meninggalkannya

-disunatkan mandi bagi mereka yang hendak menunaikan solat sunat gerhana. selain itu, ianya sunat dilakukan di masjid walau pun masjid yang kecil. sunat dilakukan secara berjemaah

ada 3 cara melakukan solat sunat gerhana.
1) solat sunat 2 rakaat seperti sunat zohor dengan tiada tambahan pada rukuk dan qiyam
2) 2 rakaat dengan tambahan qiyam dan rukuk dalam tiap2 2 rakaat. memula niat, takbira dan sebagainya, baca fatihah dan surah pendek, kemudian rukuk, bangun balik baca fatihah dan surah pendek, pastu rukuk, iktidal barulah sujud cam biasa. bangun balik ke rakaat kedua, baca fatihah dan surah pendek, rukuk, bangun balik baca fatihah dan surah pendek, rukuk, iktidal dan sujud serta tahiyyat.
3) sama macam cara kedua cuma bacaannya al-baqarah dalam qiyam pertama. jika tak ingat al-baqarah dibaca ayat-ayat lain sekadar surah al-baqarah. qiyam kedua dibaca surah ali Imran atau kira-kira 200 ayat al-baqarah, qiyam ketiga surah al-nisa' atau kira2 150 ayat dari surah al-baqarah. qiyam keempat dibaca al-maidah atau kira2 100 ayat dari al-baqarah.

- sunat membaca dengan nyaring pada gerhana bulan dan dengan perlahan pada gerhana matahari

- sunat membaca 2 khutbah selepas solat gerhana seperti khutbah jumaat dari segi rukunnya dan sunatnya. khatib dalam khutbahnya sunat menyentuh perkara yang menjaga manusia daripada lalai dan terpedaya dengan pekerjaan dunia selain menyeru mereka supaya banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT, membebaskan hamba(skang dah takder) dan banyakkan bersedekah

- waktu luput solat gerhana ialah apabila berakhirnya waktu gerhana itu dengan yakin. berkenaan dengan khutbah, khutbah tidak luput waktunya walau gerhana sudah berakhir