Sabtu, 23 Januari 2010

kaherah.....8 tahun kutinggalkan


tetiba aku terkenangkan kaherah. suasananya yang hingar bingar. masih aku terasa sesaknya bas 926 ke kuliah, metro anfaq yang jadi panas kerana padat dan sesak. suasana sibuk dengan laungan bikiyakkkkk, bikiyakkkk. terasa lagi kelazatan firakh masywiy di abbasiah, berdekatan stesen bas dan babai hayyu thamin. masykal dan fatirah di atabah. aruz billaban, kusyari dan syawarmah di hussin. kekadang kita menghargai benda yang tiada. masa benda tu berada di tangan kita, kita buat tak kisah, bila semuanya hilang, kita terkenangkan sesuatu yang hilang dari kita.

aku tinggalkan kaherah dengan ratapan dan tangisan. masih ingat lagi masa tu aku dok sambung masters di al-azhar(2002) dalam bidang siayasah syariyyah, kuliah syariah wa al-Qanun. Masa tu aku tengah bersiap nak pindah rumah. Kebetulannya asrama Malaysia abbasiah nak renovate. So kami kena kuar dan aku dok bersiap memunggah barangan aku kembali ke madinat nasr. Bila je aku sampai ke madinat nasr, ada sorang kawan aku cakap ada emel kecemasan minta aku pulang segera, ayah sakit tenat. Bergegas aku ke hayyu asyir cari pusat panggilan telefon, call Malaysia bertanya khabar. Mak minta aku pulang segera, cukuplah dengan sarjana muda yang aku dapat, ada rezeki sambunglaa kat mana-mana univ kat Malaysia. Aku dah tak tau nak cakap apa-apa lagi. Aku dah terasa sebak, khuruj bi la audah. Barangan aku, kitab-kitab aku, urusan tiket aku, semuanya kawan-kawan uruskan. Malam tu juga aku jalan kaki ke rumah kekawan, jumpa kekawan buat kali akhir, pusing2 madinat nasr dan atabah buat kali akhir. Esoknya sempat aku ke elmarg jumpa hajjah zainab (arab)sekeluarga, entahlah camana dia sekarang, hidup atau mati? Lusanya, aku tinggalkan kaherah, masa kapalterbang naik tu, aku dah mula sebak, tak tau nak cakap apa, dah tak larat nak tengok kaherah buat kali akhir. Aku menangis sampailah dubai. tak sangka aku kena tinggalkan tempat aku belajar dalam suasana begini. Really sejak aku mula dengar berita ayah sakit lagi, aku alunkan tasbih nabi Yunus AS dalam hati aku. Tasbih inilah yang aku ulang2 kat mulut dan hati setakat yang aku mampu……ya Tuhan, ampunilah dosa2ku yang menggunung sepanjang 5 tahun 2 bulan aku di kaherah. Aku tak nak bawa balik dosa-dosaku. Semoga segala yang aku pelajari selama ini membawa aku pada redaMU

2 ulasan:

Azieda11 berkata...

kawe sedih dengar cerita demo lik, raso nak tiok.... akupun kerap sangat termimpi-mimpikan yang aku dok mengaji kat sana lagi.... tempat jatuh lagikan terkenang nie tempat kita mengaji bertahun-tahun mane tak ingat nya lik..... pelbagai liku kita tempohi demi mendapatkan segulung ijazah yang kita ade kita.... Alhammdulillah....

mazli zain berkata...

Allahuakbar, kawe pun raso nok gi semula ke mesir, nok make di babai. Haha raso shish tawwuk Babai masih terlekat dilidah ni. Mano nok cari shish tawwuk asli di Malaysia ni eh?