Jumaat, 15 Januari 2010

sabila al-muhtadin....solat gerhana


-dalil solat gerhana: maksud ayat al-quran
janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, hendaklah kamu sujud kepada Allah SWT yang menjadikan kedua-duanya.

dalil hadis Nabi SAW: maksud hadis
bahawasanya matahari dan bulan itu 2 tanda dari segala tanda yang menunjukkan kekuasan dan keesaan Allah SWT, tiada gerhana keduanya kerana kematian seseorang atau kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu lihat akan yang demikian itu maka hendaklah kamu solat sehingga hilang gerhana- Riwayat Muslim(terjemahan terus dari kitab)


-hukum melakukan solat sunat gerhana ialah sunat muakkad
. justeru itu, mereka yang disunatkan ke atasnya melakukan solat sunat hari raya sunat juga melakukan solat sunat gerhana. pengarang kitab sabila mengatakan makruh meninggalkannya

-disunatkan mandi bagi mereka yang hendak menunaikan solat sunat gerhana. selain itu, ianya sunat dilakukan di masjid walau pun masjid yang kecil. sunat dilakukan secara berjemaah

ada 3 cara melakukan solat sunat gerhana.
1) solat sunat 2 rakaat seperti sunat zohor dengan tiada tambahan pada rukuk dan qiyam
2) 2 rakaat dengan tambahan qiyam dan rukuk dalam tiap2 2 rakaat. memula niat, takbira dan sebagainya, baca fatihah dan surah pendek, kemudian rukuk, bangun balik baca fatihah dan surah pendek, pastu rukuk, iktidal barulah sujud cam biasa. bangun balik ke rakaat kedua, baca fatihah dan surah pendek, rukuk, bangun balik baca fatihah dan surah pendek, rukuk, iktidal dan sujud serta tahiyyat.
3) sama macam cara kedua cuma bacaannya al-baqarah dalam qiyam pertama. jika tak ingat al-baqarah dibaca ayat-ayat lain sekadar surah al-baqarah. qiyam kedua dibaca surah ali Imran atau kira-kira 200 ayat al-baqarah, qiyam ketiga surah al-nisa' atau kira2 150 ayat dari surah al-baqarah. qiyam keempat dibaca al-maidah atau kira2 100 ayat dari al-baqarah.

- sunat membaca dengan nyaring pada gerhana bulan dan dengan perlahan pada gerhana matahari

- sunat membaca 2 khutbah selepas solat gerhana seperti khutbah jumaat dari segi rukunnya dan sunatnya. khatib dalam khutbahnya sunat menyentuh perkara yang menjaga manusia daripada lalai dan terpedaya dengan pekerjaan dunia selain menyeru mereka supaya banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT, membebaskan hamba(skang dah takder) dan banyakkan bersedekah

- waktu luput solat gerhana ialah apabila berakhirnya waktu gerhana itu dengan yakin. berkenaan dengan khutbah, khutbah tidak luput waktunya walau gerhana sudah berakhir

Tiada ulasan: