Selasa, 19 Januari 2010

Bughyat al-tullab......jual beli


Jual beli dapat dibahagikan kepada 3 jenis:

1) jual beli pada benda yang zahir, dapat dilihat rupanya dan sifatnya, hukumnya harus

2) jual beli benda yang tidak ada pada masa akad dilakukan, namun benda tersebut mungkin ada dan kita tempah dengan sifat-sifat(spesifikasi) tertentu. Hukumnya harus. Jual beli ini dinamakan jual salam(jualan bertempah) seperti seorang lelaki menempah baju raya di kedai pakaian, baju tersebut tiada lagi pada masa akad, namun baju tersebut boleh dijahit dengan spesifikasi tertentu. Jualan jenis ini diharuskan Syarak dengan syarat2 tertentu

3) menjual sesuatu yang ghaib, iaitu tidak ada, jualan jenis ini diharamkan.

Rukun jual-beli ada 3 perkara:
1) 2 orang yang berakad, iaitu orang yang menjual(penjual) dan pembeli
2) subjek akad (kontrak), iaitu harga dan benda yang dibeli
3) lafaz akad(ijab dan qabul)

Syarat ijab qabul

1) Tidak ada padanya diam yang panjang yang secara zahirnya menunjukkan kepada tidak bersetuju

2) Tiada padanya perkataan2 asing yang tidak berkaitan walau pun sedikit

3) Kedua pihak mendengar dengan jelas lafaz ijab dan qabul

4) Muafakat pada makna

Tiada ulasan: