Kisah bayi yg bercakap 3 ( Nabi isa as)
....apabila Maryam melahirkan anaknya, Maryam diperintahkan untuk bertenang. Jika ditanya orang ttg bayi ini (Nabi isa), janganlah dijawab pertanyaan mereka. Sebaliknya beri isyarat dgn tangan bahawa mulai Hari ini Aku bernazar utk tidak mahu bercakap dgn sesiapa pun
Kemudian apabila Maryam pulang ke kampungnya bersama Nabi isa yg Masih bayi gemparlah orang ramai. Maryam yg selama ini dikenali sebagai seorang gadis yg baik, berketurunan org soleh lagi mulia, tiba2 pulang bersama seorang bayi (tanpa bapa). Lalu Maryam mengisyaratkan kepada org ramai supaya bertanya kepada bayinya. Pada mulanya org ramai kehairanan kerana disuruh bercakap dgn seorang bayi, namun kemudiannya Nabi Isa as bercakap dgn mereka.
Nabi Isa memberitahu bahawa baginda adalah hamba Allah. Allah telah mengutusnya sebagai nabi, Dan diberi kepadanya kitab, diberkati, diwajibkan utk mendirikan solat Dan zakat, berbakti kepada kedua ibu bapa Dan tidak menjadi orang Yang zalim lagi celaka.......
(Surah Maryam 27-34)
# Ada kisah bagaimana seorang non muslim telah convert setelah membaca tafsir AQ berkenaan kisah Maryam ini. Pada awal sangkaannya, apabila dia membaca AQ terjemahan, Akan dipenuhi dgn watak2 Dan nama2 mereka yg dekat dgn Nabi Muhammad saw. Sangkaannya Muhammad saw yg menulis AQ, Sudah tentulah AQ Akan dipenuhi cerita ttg khadijah, aisyah, fatimah Dan org2 Di sekeliling baginda saw. Namun apabila dibaca, dia tidak menemui ttg watak2 Di sekeliling Nabi Muhammad saw, sebaliknya AQ membersihkan tuduhan terhadap maryam Dalam suatu surah yg diberi Nama Maryam.
Rabu, 21 Februari 2018
Ahad, 18 Februari 2018
Kisah bayi Yang bercakap 2 (juraij)
Kisah bayi yg bercakap (2- juraij)
Ada seorang lelaki soleh Dari kalangan Bani Israel bernama juraij.
Suatu ketika ibunya memanggilnya Dari luar, pada masa itu juraij sedang melakukan solat Di tempatnya. Dia tidak menjawab panggilan ibunya. Lalu ibunya berkata, ya Allah janganlah engkau matikan juraij kecuali dia bertemu dgn perempuan penzina.
Suatu ketika, datanglah seorang perempuan lacur menawarkan dirinya Dan nak berbual dgn juraij namun juraij enggan. Lalu perempuan itu pergi menemui pengembala kambing, menggodanya sehinggalah perempuan itu melahirkan bayi. Perempuan itu mendakwa bahawa inilah anak juraij.
Apabila berita tersebar, orang ramai merobohkan tempat ibadat juraij dan memaki hamun beliau. Juraij kemudiannya berwuduk lalu solat, then pergi ke tempat bayi tersebut Dan bertanyakan ttg ayahnya yg sebenar. Lalu bayi tersebut memberitahu bahawa ayahnya adalah seorang pengembala.........
Orang ramai yg tadinya merobohkan rumah ibadat juraij ingin membinanya semula daripada emas, namun juraij menegaskan tidak perlu, cukuplah rumah ibadatnya dibina semula daripada tanah.
Ada seorang lelaki soleh Dari kalangan Bani Israel bernama juraij.
Suatu ketika ibunya memanggilnya Dari luar, pada masa itu juraij sedang melakukan solat Di tempatnya. Dia tidak menjawab panggilan ibunya. Lalu ibunya berkata, ya Allah janganlah engkau matikan juraij kecuali dia bertemu dgn perempuan penzina.
Suatu ketika, datanglah seorang perempuan lacur menawarkan dirinya Dan nak berbual dgn juraij namun juraij enggan. Lalu perempuan itu pergi menemui pengembala kambing, menggodanya sehinggalah perempuan itu melahirkan bayi. Perempuan itu mendakwa bahawa inilah anak juraij.
Apabila berita tersebar, orang ramai merobohkan tempat ibadat juraij dan memaki hamun beliau. Juraij kemudiannya berwuduk lalu solat, then pergi ke tempat bayi tersebut Dan bertanyakan ttg ayahnya yg sebenar. Lalu bayi tersebut memberitahu bahawa ayahnya adalah seorang pengembala.........
Orang ramai yg tadinya merobohkan rumah ibadat juraij ingin membinanya semula daripada emas, namun juraij menegaskan tidak perlu, cukuplah rumah ibadatnya dibina semula daripada tanah.
Kisah bayi Yang bercakap 1
Kisah bayi yg bercakap (don't judge d book by it's cover)
Dalam hadis sahih, Ada kisah bagaimana seorang bayi yg sedang menyusu dgn ibunya, kemudian lalu seorang pemuda Yang kacak, kelihatan gagah, Dan menaiki haiwan tunggangan. Lalu ibunya berdoa, ya Allah, jadikanlah anakku ini seperti lelaki itu. Kemudian anaknya yg Masih menyusu berpaling kepada pemuda itu lalu berkata, ya Allah jangan jadikan Aku seperti lelaki itu. Selepas berkata sebegitu, bayi itu menyusu kembali.
Kemudian lalulah seorang wanita yg keadaanya agak teruk. wanita ini dipukul, dituduh berzina Dan mencuri. Wanita ini hanya mengucapkan hasbiyallah (cukuplah Allah bagiku). Ibu kepada bayi itu kemudiannya berdoa, ya Allah janganlah engkau jadikan anakku seperti wanita itu. Bayi yg sedang menyusu itu melepaskan susuannya lalu berkata, ya Allah jadikanlah Aku seperti wanita itu.
Ibunya berkata kepada bayinya. Kenapa engkau berkata begitu. Lalu bayi itu menjawab, sesungguhnya pemuda yg berketerampilan menarik itu sebenarnya seorang Yang zalim. Sedangkan wanita yg difitnah itu sebenarnya seorang yg mulia.
# terdapat beberapa org bayi yg bercakap semasa kecil yg diceritakan Dalam AQ n hadis. Kisah ini Salah satu daripadanya
Dalam hadis sahih, Ada kisah bagaimana seorang bayi yg sedang menyusu dgn ibunya, kemudian lalu seorang pemuda Yang kacak, kelihatan gagah, Dan menaiki haiwan tunggangan. Lalu ibunya berdoa, ya Allah, jadikanlah anakku ini seperti lelaki itu. Kemudian anaknya yg Masih menyusu berpaling kepada pemuda itu lalu berkata, ya Allah jangan jadikan Aku seperti lelaki itu. Selepas berkata sebegitu, bayi itu menyusu kembali.
Kemudian lalulah seorang wanita yg keadaanya agak teruk. wanita ini dipukul, dituduh berzina Dan mencuri. Wanita ini hanya mengucapkan hasbiyallah (cukuplah Allah bagiku). Ibu kepada bayi itu kemudiannya berdoa, ya Allah janganlah engkau jadikan anakku seperti wanita itu. Bayi yg sedang menyusu itu melepaskan susuannya lalu berkata, ya Allah jadikanlah Aku seperti wanita itu.
Ibunya berkata kepada bayinya. Kenapa engkau berkata begitu. Lalu bayi itu menjawab, sesungguhnya pemuda yg berketerampilan menarik itu sebenarnya seorang Yang zalim. Sedangkan wanita yg difitnah itu sebenarnya seorang yg mulia.
# terdapat beberapa org bayi yg bercakap semasa kecil yg diceritakan Dalam AQ n hadis. Kisah ini Salah satu daripadanya
Jumaat, 15 September 2017
KISAH ASHABUL UKHDUD
KISAH ASHABUL UKHDUD
Rasulullah
SAW bersabda, “Dahulu ada seorang raja dari golongan umat sebelum kamu, ia
mempunyai seorang ahli sihir. Ketika ahli sihir tersebut telah tua, ia
mengatakan kepada raja bahwa ia sudah tua dan ia meminta agar dibawakan anak
yang akan jadi pewaris ilmu sihirnya. Maka ada seorang anak yang diutus kepadanya.
Tukang sihir tersebut lalu mengajarinya.
Di
tengah perjalanan ke tempat ahli sihir, anak ini bertemu seorang rahib
(pendeta) dan ia pun duduk bersamanya dan belajar daripadanya. Ia begitu takjub
terhadap pelajaran yang disampaikan oleh rahib. Setiap kali dia ingin ke tempat
belajar sihir, anak ini akan singgah terlebih dahulu belajar daripada rahib itu
sehingga dia sering terlewat tiba ke kelas ilmu sihir dan lewat pulang ke
rumah. Justeru itu anak ini dipukul kerana sering lewat lalu dia mengaud kepada
rahib. Rahib pun berkata, “Jika engkau takut kepada tukang sihir tersebut, maka
katakan saja bahwa keluargaku menahanku. Jika engkau takut kepada keluargamu,
maka katakanlah bahwa tukang sihir telah menahanku.”
Pada
suatu ketika, anak ini melalui suatu tempat dan ada seekor binatang besar yang
menghalangi orang ramai (di jalan yang dilalui mereka). Anak itu lalu berkata,
“Pada hari ini saya akan mengetahui, apakah penyihir itu yang lebih baik
ataukah rahib itu.” Ia pun mengambil sebuah batu kemudian berkata, “Ya Allah, kalaulah
perkara rahib itu lebih dicintai di sisiMu daripada ahli sihir itu, maka bunuhlah
binatang ini sehingga orang ramai dapat kembali menggunakan jalan ini.” dia
melempar batu tersebut dan binatang itu terbunuh. Seterusnya orang ramai dapat
kembali melalui jalan itu. Peristiwa ini diceritakan oleh anak itu kepada
rahib. Rahib tersebut berkata, “Wahai anakku, engkau lebih mulia daripadaku.
Keadaanmu sudah sampai pada tingkat sesuai apa yang saya lihat. Sesungguhnya
engkau akan mendapat ujian, maka jika benar demikian, janganlah menyebut
namaku.” Anak ini seterusnya dapat menyembuhkan orang buta dan yang berpenyakit
kulit. Dia juga dapat menyembuhkan orang ramai dari pelbagai jenis penyakit.
Berita
ini kemudiannya tersebar dan sampai kepada seorang sahabat raja telah lama
buta. Ia pun mendatangi pemuda tersebut dengan membawa banyak hadiah. Ia
berkata pada pemuda tersebut, “Ini semua akan jadi milikmu jika engkau dapat
menyembuhkanku.” Pemuda ini pun berkata, “Aku tidak dapat menyembuhkan seorang
pun. Yang mampu menyembuhkan hanyalah Allah. Jika engkau mahu beriman kepada
Allah, aku akan berdoa padaNya supaya engkau kembali pulih.” Dia pun beriman
pada Allah, lalu Allah menyembuhkannya.
Sahabat
raja tadi kemudian berjumpa raja seperti biasa. Raja pun bertanya padanya,
“Siapa yang telah mengembalikan penglihatanmu?” Ia pun menjawab, “Tuhanku.”
Raja pun terkejut, “Apa engkau mempunyai tuhan selain aku?” Sahabatnya pun
berkata, “tuhanku dan tuhanmu ialah Allah.” Raja tersebut menyiksanya sampai
ditunjukkan kepadaanak tadi. (Ketika anak tersebut datang), raja lalu berkata
padanya, “Wahai anakku, telah sampai padaku berita mengenai sihirmu yang dapat menyembuhkan
orang buta dan berpenyakit kulit, serta engkau dapat melakukan ini dan itu.”
Anak tersebut menjawab, “Sesungguhnya aku tidaklah dapat menyembuhkan siapa
pun. Yang menyembuhkan adalah Allah.” Mendengar hal itu, raja terus
menyiksanya, sampai ditunjukkan kepada rahib yang menjadi gurunya. (Ketika rahib
tersebut didatangkan), raja pun memerintahkan padanya, “Kembalilah pada
ajaranmu!” rahib itu pun enggan. Lantas didatangkanlah gergaji dan diletakkan
di tengah kepalanya. Lalu dibelahlah kepalanya dan terjatuhlah belahan kepala
tersebut. Kemudian dibawa pula sahabat raja yang telah beriman. Sahabat raja
itu diperintahkan supaya kembali kepada ajaran asalnya namun sahabat raja ini
menolaknya dan tetap beriman kepada Allah. Lalu sahabat raja ini digergaji
kepalanya sehingga terbelah dua.
Seterusnya
anak tersebut dibawa mengadap raja dan diperintahkan supaya kembali kepada
ajaran asalnya namun dia menolak dan tetap beriman kepada Allah. lalu anak itu
diserahkan kepada pasukan askar. Raja berkata, “Pergilah kamu bersama anak ini
ke gunung ini dan itu. Lalu dakilah gunung tersebut bersamanya. Jika kamu telah
sampai di puncaknya, lalu ia mahu kembali pada ajarannya, maka bebaskan dia. Jika
tidak, lemparkanlah ia dari gunung tersebut.” Lantas pasukan askar tersebut
pergi bersama anak itu lalu mendaki gunung. Lalu anak ini berdoa, “Ya Allah, lindungilah
aku daripada tindakan mereka dengan kehendakMu.” Gunung itu pun bergegar dan
semua pasukan askar kesemuanya jatuh. Lalu anak itu kembali berjalan mengadap
raja. Ketika sampai, raja berkata pada pemuda, “Apa yang dilakukan oleh pasukan
askar tadi?” anak tersebut menjawab, “Allah Taala telah melindungiku daripada
tindakan mereka.” Lalu anak ini dibawa lagi bersama pasukan askar raja yang
lain. Raja memerintahkan pada pasukannya, “Pergilah kamu bersama anak ini dalam
sebuah sampan menuju ke tengah lautan. Jika dia mahu kembali pada ajarannya,
maka bebaskan dia. Jika tidak, tenggelamkanlah dia.” Mereka pun pergi bersama anak
ini. Lalu anak ini pun berdoa, “Ya Allah, lindungilah aku daripada
kejahatan mereka dengan kehendakMu.”
Tiba-tiba sampan tersebut terbalik, lalu pasukan askar raja tenggelam. Anak
tersebut kembali berjalan mengadap raja. Ketika menemui raja, ia pun berkata
pada pemuda, “Apa yang dilakukan teman-temanmu tadi?” Pemuda tersebut menjawab,
“Allah Taala telah memeliharaku daripada tindakan mereka.”
Dia
pun berkata kepada raja, “Engkau tidak dapat membunuhku kecuali engkau memenuhi
syaratku.” Raja pun bertanya, “Apa syaratnya?” anak tersebut berkata, “Kumpulkanlah
rakyatmu di suatu bukit. Lalu saliblah aku di atas sebuah pelepah. Kemudian
ambillah anak panah dari tempat panahku, lalu ucapkanlah, “Bismillah robbil
ghulam, ertinya: dengan menyebut nama Allah Tuhan dari pemuda ini.” Lalu
panahlah aku karena jika melakukan seperti itu, engkau pasti akan membunuhku.”
Lalu rakyat pun dikumpulkan di suatu bukit. anak tersebut seterusnya disalib di
pelepah, lalu diambil anak panah dari tempat panahnya kemudian diletakkan di
busur. Kemudian diucapkan, “Bismillah robbil ghulam, Lalu dilepaslah dan panah
tersebut mengenai pelipisnya. Anak tersebut memegang pelipisnya yang menjadi
sasaran anak panah tersebut. Dia pun mati. Rakyat yang berkumpul tersebut lalu
berkata, “Kami beriman pada Tuhan pemuda tersebut. Kami beriman pada Tuhan
pemuda tersebut.”
Raja
datang, lantas ada yang berkata, “Apa yang selama ini engkau bimbangkan? Apa
yang engkau bimbangkan selama ini benar-benar telah terjadi. Manusia saat ini
telah beriman pada Tuhan pemuda tersebut.” Lalu raja tadi memerintahkan untuk
membuat parit di jalanan lalu dinyalakan api di dalamnya. Raja tersebut pun
berkata, “Siapa yang tidak mahu kembali pada ajarannya, maka lemparkanlah ia ke
dalamnya.” Atau dikatakan, “Masuklah ke dalamnya.” Mereka pun melakukannya,
sampai ada seorang wanita bersama bayinya. Wanita ini pada mulanya teragak-agak
untuk masuk ke dalam api. Bayi kecilnya lalu berkata, “Wahai ibu, bersabarlah karena
engkau di atas kebenaran.” (HR. Muslim no. 3005).
Penulis
asal: Muhammad Abduh Tuasikal
Artikel
diubahsuai daripada sumber asal :
https://remajaislam.com/424-pemuda-dalam-kisah-ashabul-ukhdud.html
Isnin, 1 Mei 2017
Tzkirah Khas (18) Israk Mikraj
TAZKIRAH KHAS (18)
PANITIA
AGAMA ISLAM SKLR 2017
ISRAK
MIKRAJ
Israk
Israk
merupakan perjalanan Nabi Muhammad SAW pada waktu malam dari Mekah ke Majid
al-Aqsa di Palestin. Perjalanan ini merupakan suatu mukjizat agung Baginda SAW
setelah melalui pelbagai ujian dan halangan sebelumnya.
Dalam peristiwa Israk, Jibril datang
bersama Buraq yang akan menjadi tunggangan Baginda SAW dalam perjalanan ini.
Buraq
Buraq
berwarna putih. Lebih kecil daripada kuda dan besar daripada baghal. Sekali
perjalanan sejauh mata memandang. Nabi Muhammad SAW mengikat buraq di
pergelangan pintu masjid Aqsa.
Kisah Abu Sufyan &
Hercules
Pernah
ketika kedatangan Abu Sufyan ke Syam telah didengari oleh Hercules, pemerintah
tempatan pada masa itu. Lalu Hercules memanggil peniaga yang berasal dari Mekah
lalu ditempatkan di dalam sebuah dewan. Raja Hercules bertanya kepada Abu
Sufyan tentang nabi yang telah dibangkitkan. Semua yang Abu Sufyan sebut tentang Muhammad SAW
dibenarkan oleh peniaga dan orang-orang Mekah yang ada bersama. Namun ada suatu
perkara yang dirasakan terlalu pelik iaitu tentang dakwaan Baginda SAW bahawa
beliau datang ke masjid Aqsa dari Mekah hanya pada satu malam.
Kisah ini ini walaubagaimanapun
disokong oleh seorang Pendita. Pendita
berkenaan menceritakan bahawa pada suatu malam pintu masjid tidak dapat
ditutup. Pada mulanya dia menyangka bahawa pintu itu rosak. Setelah diperiksa
oleh tukang pintu ternyata pintu itu berkeadaan elok. Tiada sebarang kerosakan.
Pendita ini mengatakan bahawa kebiasaanya apabila pintu masjid tidak dapat
ditutup, ada nabi yang ingin datang ke sini.
Setelah berfikir sedalamnya, Hercules
meminta cadangan dan buah fikiran pendita dan pembesar mereka. Hercules
mengatakan keinginanya untuk mengikuti agama yang dibawa Muhammad. Namun para pendita
dan pembesar mereka tidak bersetuju dan Hercules kekal dengan agama asal mereka
Cerita pintu masjid ini menjadi bukti
kedatangan Nabi Muhammad SAW ke Masjid Aqsa.
Dalam masjid baginda menjadi imam
solat bagi nabi-nabi yang lain. Selesai solat, Jibril membawa bekas berisi arak
dan susu untuk dipilih sebagai minuman oleh baginda. Baginda lalu memilih susu.
Mikraj
Apabila
tiba di langit pertama, Jibril minta izin untuk masuk daripada penjaganya.
Setelah Jibril memberitahu bahawa orang istimewa bersamanya adalah Muhammad
SAW, lalu penjaga pun membuka pintu untuk mereka masuk.
Di langit pertama Nabi Muhammad SAW
berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Nabi Adam mendoakan kebaikan untuk Nabi Muhammad
SAW. Apabila tiba di langit seterusnya, Nabi Muhammad SAW berjumpa dengan Nabi
Isa, Nabi Yahya, Nabi Idris, Nabi Harun dan Nabi Ibrahim a.s. Pertemuan dengan
nabi-nabi sebelumnya bagaikan memberi suatu suntikan semangat kepada Nabi
Muhammad SAW.
Seterusnya Baginda SAW naik ke
Sidratul Muntaha. Nabi melihat daun yang ada di situ seperti telinga gajah.
Sementara buahnya seperti labu besar. Tiada makhluk Allah yang boleh
menerangkan kecantikan apa yang dilihat oleh Baginda SAW.
Seterusnya Allah memfardukan ke atas
baginda SAW kewajipan solat sebanyak 50 waktu sehari semalam. Dalam perjalanan
turun, Baginda SAW berjumpa dengan Nabi Musa as. Nabi Musa menasihati Baginda
SAW supaya memohon agar dikurangkan bilangan solat. Lalu Baginda SAW memohon
supaya dikurangkan bilangan solat lalu diperkenankan permohonan Baginda SAW
sehinggalah kepada 5 waktu. Peristiwa ini berulang sehingga kekal jumlah waktu
solat kita sebagaimana ada pada hari ini
Pesanan Nabi Ibrahim
Ketika
di langit, Baginda SAW sempat berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim
berpesan bahawa syurga merupakan bumi yang cantik dengan tanah luas yang
kosong. Justeru itu, hiasilah syurga dengan zikir subhanallah, Alhamdulillah,
la ilaha illa Allah dan Allahu akbar. Zikir sebegini umpama landscape di dalam
syurga kelak
Nabi
Muhammad SAW juga sempat melihat rupa asal Jibril a.s yang mengandungi 600
sayap. Satu sayapnya berjarak antara langit dan bumi. Ini adalah kali kedua
Nabi Muhammad SAW melihat jibril dalam rupanya yang asal (kali pertama semasa
turun wahyu).
Pasca Israk & Mikraj
Keesokan
harinya Nabi Muhammad SAW berjumpa dengan Abu Jahal. Seperti biasa Abu Jahal
akan mengajukan soalan provokasi dengan bertanya adakah ada berita baru yang
ingin disampaikan. Setelah baginda menerangkan ada berita baru lalu Abu Jahal
mengumpulkan penduduk Mekah untuk mendengar cerita baru ini. Lalu Nabi Muhammad
SAW menceritakan pertistiwa Israk Mikraj. Mereka juga bertanya kepada nabi
perihal masjid aqsa seperti bilangan tiang masjid dan sebagainya. Kesemua
soalan mereka dapat dijawab oleh baginda SAW.
Hikmah Israk Mikraj
Peristiwa
agung ini merupakan suatu mukjizat untuk Rasulullah SAW. Apabila disebut
mukjizat, ia bukan lagi dapat diukur secara saintifik dan empirikal seperti
biasa. Ia menjadi suatu ujian keimanan terhadap kita semua.
Semoga kita semua dapat mencontohi Abu
Bakar al-Siddiq dalam hal ini. Sebaik sahaja Abu Bakar mendapat berita
perjalanan agung Baginda SAW, beliau tetap mempercayainya bahkan berkata
kalaulah benar Muhammad yang mengatakannya, kalau lebih daripada itu sekalipun
aku akan tetap mempercayainya..
Langgan:
Catatan (Atom)