Jumaat, 29 Januari 2010

Sabil al-muhtadin……akikah


Akikah pada bahasa ialah rambut yang atas kepala kanak2 ketika ia diperanakkan.

Sementara dari segi istilah haiwan yang disembelih ketika mencukur rambut kepada kanak2.

Hukum akikah ialah sunat muakkad.

Hikmat akikah ialah menzahirkan perasaan gembira dan sukacita di atas kelahiran anak yang merupakan kenikmatan dari Allah SWT

Ibadah korban dan akikah tidak boleh dilakukan sekali gus (masalah perkongsian dua niat untuk satu haiwan korban). Ini bermakna jika seseorang berniat untuk menyembelih seekor kambing untuk dijadikan ibadah korban + akikah, ianya tidak sah. Korban pun tidak, akikah pun tidak. Inilah yang dikatakan oleh Ibn Hajar dalam tuhfah. Beliau berkata bahawa tiap2 daripada korban dan akikah itu ibadah yang dimaksudkan. Katanya lagi niat(qasad) pada ibadah korban ialah jamuan yang umum sementara niat pada akikah ialah jamuan yang khusus.

Akikah hendaklah dilaksanakan oleh orang yang wajib memberikan nafkahnya kepada anak tersebut daripada hartanya (secara mudahnya, bapa). Akikah tidak boleh dilakukan dengan mengambil harta daripada anak tersebut. Ibu tidak sunat melakukan akikah kecuali apabila ayah anak tersebut seorang yang papa. Jika ibu bapa anak tersebut miskin, akikah sunat dilakukan oleh datuk/nenek anak tersebut. Dalam kita sabila ini, pengarang menjelaskan bahawa akikah hasan dan husin dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW berikutan keadaan ibu bapanya yang miskin.

Waktu melakukan akikah ialah apabila keluar seluruh tubuh anak (waktu kelahiran). Jangka masa ini berkekalan sehinggalah anak itu baligh. Jika anak itu telah baligh sedangkan akikah belum dilakukan, gugurlah tuntuan akikah daripada bapanya. Maka pada ketika itu sunat bagi anak tersebut mengerjakan akikah daripada dirinya sendiri.

Waktu yang paling afdal untuk melakukan akikah ialah pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Jika tidak dilakukan pada hari ketujuh, bolehlah dilakukan pada hari ke 14, kalu tidak 14 boleh dilakukan pada hari ke 21. dikira tiap2 7 hari seterusnya. Kata setengah ulama apabila berulang 3 kali tujuh (3 minggu) maka luputlah waktu ikhtiar untuk melakukan akikah. Yang paling afdal ialah 2 ekor kambing jika anak lelaki dan 1 ekor kambing jika perempuan.

Waktu afdal untuk menyembelih haiwan akikah ialah selepas terbit matahari. Sunat dimasak daging akikah itu dengan yang manis(buat kuzi kot..he he), mengambil sempena manis perangai anak. Namun jika dimasak dengan masam sekalipun tidaklah makruh kerana tiada tegahan tentangnya. Kalau boleh orang yang melakukan dan juga orang yang makan daging akikah itu tidak mematah-matahkan tulang, diceraikan segala perhubungan tulangnya barang sedapatnya(sebaik mungkin). Tetapi kalaulah dipecahkan tulangnya tidaklah makruh.

Kemudian sunat mencukur rambut anak selepas menyembelih haiwan akikah dan sunat juga memberi sedekah emas seberat timbangan rambut anak berkenaan (dengan kadar nilaian emas, contohnya ditimbang rambut anak tersebut, keluarlah 10 gram. So 10 gram ini ditukar dengan nilaian emas, keluarlah berapa RM, katakan nilainya RM100. maka RM100 itulah nilai zaman sekarang yang kita sedekahkan). Jika tidak didapati emas, boleh dilakukan dengan perak. Ada hadis bahawa nabi Muhammad SAW menyuruh anaknya fatimah supaya menimbang rambut anaknya husayn ra dan memberi sedekah perak seberat timbangan rambut husain ra. Ini kerana pada masa itu, peraklah yang mudah didapati. So pengarang mengatakan dikiaskan daripada perak itu emas. Wallahu a’lam

Tiada ulasan: