Rabu, 27 Januari 2010

elmarg, hagg Muhammad & haggah zainab…………..dalam kenangan


Masa aku di elmarg dulu, aku menyewa sebuah syaqqah(apartment), kami duduk 6 orang. Sewanya kalu x silap LE275, rasanya lebih kurang RM300 la. Ada seorang pakcik makcik kat depan rumah kami. Peniaga runcit. Kalu x silap aku namanya hagg Muhammad dan hagggah zainab. Kami panggilnya hagg dan haggah. Mereka ni takder anak. Masa memula kami dok sini, kat kedai hagg ni lah kami dok selalu melepak. Kekadang sajer dok berbual dengan hagg atau haggah kat situ. Mereka ni agak mutadayyin (beragama). Kalau hagg tu selalu jer solat berjemaah. banyak puasa sunat. malu aku kat dier, aku jarang puasa sunat masa tu. Banyak yg kami sembang dengan mereka. Pasal kehidupan kat sini. Pasal Malaysia. Yang pasti, banyak nasihat dari mereka untuk kami semua. Sambil makan biskut, hagah saah(air karbonat, murah kat sana, 1 liter dalam 1.50 jer) kami perhatikan cara arab berjual-beli. Komunikasi dalam jual beli. Kekadang ada budak datang beli coklat getah. Kekadang coklat macam coklat kandos. Semua tu dia ader perkataan dia sendiri. Rugi aku tak dokumentasikan perkataan2 cam tu sebab semua slanga tu takder dalam kamus arab-melayu. Aku ingat masa nak masuk bulan Ramadan, dia tanya ada tak peti ais kat rumah, kami jawab ada, then dia ada la masakkan kami nasi ayam belanda masa memula Ramadan. Buleh kami berbuka dengan nasi tu dan kami panaskan untuk bersahur. Pastu lak dia gi kempen kat keluarga dia n jiran-jiran arab bahawa kami ni pelajar dari Malaysia yang belajar di al-azhar. So kalau ada sesape nak bagi derma, boleh bagi pada kami khasnya bulan Ramadan ni. Aku ingat bulan Ramadan tahun 1999/2000 tu rasanya tak sampai 15 hari kami masak. Yang lain tu, arab bawa makanan. Ada bawa ayam mentah. Ada bagi daging mentah. Ada buat nasi, then bagi kat kami. Ada buat kuih…pendek kata macam-macam resepi kami rasa. Tapi sayangnya aku tak belaja cara2 nak masak nasi ayam belanda, nasi dalam buah terung dan sebagainya. Yang pasti usaha si haggah dan hagg ni la yang promosi kepada jiran-jiran tentang kami (masa tu Malaysia masih dalam krisis ekonomi). Aku perasan arab ni jarang derma duit kat kami tapi banyak Bantu kami dari segi makanan, beras (beras arab, macam pulut), gula, the n kopi dan macam2. aku tak kisah la, apa yang orang bagi aku amik jer. Cuma aku perasan mereka jarang bagi duit. Satu lagi masa nak derma tu, mereka bawa anak(anak lelaki), mereka bagi ayam or barangan kat kita melalui anak lelaki mereka. Tak talu la naper. Maybe nak ajar anak-anak mereka supaya berderma. Benda2 macam ni aku respect kat mereka. Aku akan cuba ajar dan didik diri aku sendiri supaya meringankan tangan….apa yang hilang dari kita kerana Allah SWT pastinya akan dibalas dengan ganjaran dari NYA. Aku tau orang-orang arab kat elmarg tu bukannya kaya, hagg zainab n hagg Muhammad tu bukannya kaya, tapi mereka cuba membantu aku n kami setakat mereka mampu. Kekadang bila aku dok mengelamun sendiri di waktu malam, kekadang bila aku dok muhasabah diri sendiri waktu awal pagi, aku terkenangkan elmargiyyin(penduduk elmarg) khasnya hagg Muhammad n haggah zainab.
aku tak tau la mereka skang camana. Entah kan hidup entah kan mati. Masa bulan 9 tahun 2000, aku nak tinggalkan elmarg untuk berpindah ke abbasiah supaya dekat skit aku dengan kuliah. Hagg Muhammad selalu jer sakit2. kekadang kena masuk wad. Kekadang2 terlantar kat rumah tak dapat menjaga kedai. Tak tau la dia camana sekang. Masa aku kena balik mengejut tahun 2002 sempat aku ke elmarg, jumpa dengan haggah zainab, ucap terima kasih atas segalanya2. aku cakap aku kena balik kerana ayah aku tenat. Dia cakap, balikla…seorang anak harus berada di sisi ibu bapanya tambahan lak masa genting camtu. Dia Tanya bila nak kembali? Atau dah tak nak kembali lagi.(hatigiy imta….wa la mush hatirgak). Aku cakap tak tau la bila aku boleh kembali melawat elmarg dan kaherah. Maybe suatu hari nanti aku bawa anak bini aku ke sini, tapi maybe masa tu semuanya dah takder. Masa tu aku tengok dia dah berair merah mata. Aku bersalam(orang kat sini bermazhab Hanafiy dan mengamalkan adat bersalam laki pompuan, aku bersalam la ngan orang pompuan tua, kalu muda tu tak berani gak) dan cium tangan dia. Aku berpaling dan terus tinggalkan elmarg. Berpaling sampailah ke hari ni dengan air mata.

Bila sesuatu ni, especially persahabatan n persaudaraan dibina kerana Allah, bila kita buat kerana Allah, bila kita bersahabat kerana Allah, kita akan terkenangkan kekawan lama. Kita akan terkenangkan orang2 yang banyak susah n letih kerana kita apatah lagi ibu bapa kita n guru-guru kita. Aku ingat ada doa dalam buku tabung haji cetak n edarkan pada jemaah haji, doa ni biasanya dibaca di padang arafah, doa tu ditulis(seingat aku la), Ya Allah ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku…….,dosa guru-guruku, dosa mereka yang pernah berbuat baik padaku, dosa mereka yang pernah berbuat jahat kepadaku yang tak sempat dan tak mampu aku balas kejahatan mereka, dosa mereka yang aku buat jahat pada mereka, dosa…..........…akhir sekali dosa semua umat Islam. Really masa aku baca doa tu aku rasa sebak giler. Sampaikan orang yang buat jahat pada kita pun kita doakan keampunan untuk mereka. Apatah lagi la mereka yang berkorban untuk kita. Kekadang bila aku teringat, aku iringkan mereka semua dalam doa aku, keampunan untuk aku n mereka semua(selain ibu bapa n kuarga aku la,itu dah pasti). Really aku tak der khabar berita pasal elmargn mereka skang. Masa aku dok sana, seingat aku, kami jer pelajar Malaysia yang dok situ. Apa pun, semoga mereka semua sentiasa dalam pemeliharaan Allah SWT. Kalaulah mereka semua, ada yang dah tiada, semoga semuanya dalam keampunan dan kerahmatanNYa. Semoga aku tinggalkan elmarg, kaherah dan mesir dengan keampunanMu Ya Allah

Tiada ulasan: