Sabtu, 5 Jun 2010

pengertian nusub/ansab

diharamkan kepada kamu(memakan) bangkai(binatang yang tidak disembelih), dan darah(yang keluar mengalir), dan daging babi(termasuk semuanya), dan binatang2 yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang semapt kamu sembelih(sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala,
tafsir pimpinan al-rahman, ayat 3 surah al-maidah (3:5)

dan yang disembelih atas nama berhala, petikan ayat ni di dalam tafsir al-azhar diterjemahkan sebagai:
dan yang disembelih di atas nusub


nisab, nusub atau ansab ialah barang atau sesuatu yang ditegakkan dan dijadikan sesuatu tanda. orang arab menamai berhala dengan nama nusub atau ansab kerana berhala biasanya ditegakkan atau dipancang tinggi untuk dipuja. justeru itu, sebarang benda samada batu besar yang ditinggikan, pohon kayu besar agam atau tugu peringatan, semuanya termasuk dalam golongan nusub dan ansab, tergolong dalam golongan berhala. inilah sebabnya rasulullah SAW melarang kita meninggikan kuburan orang mati, dikhuatiri akan timbul perbuatan mengagungkan atau memujanya

menurut sejarah, menjadi kebiasaan orang arab menyembelih binatang, lalu darahnya ditumpahkan di sekeliling berhala. kadang2 berhala itu dimandikan atau dilumurkan dengan darah. justeru itu, perbuatan menghormati kubur dengan cara melampau seperti membina atau meninggikannya samalah dengan nusub.

ayat ini menjelaskan bahawa mana2 binatang yang disembelih kerana nusub(berhala), iaitu untuk menghormati berhala2 kesemuanya haram dimakan walaupun haiwan sembelihan itu pada asalnya halal seperti lembu, kambing dan sebagainya

Ibn juraij berkata bahawa terdapat 360 berhala di sekeliling kaabah. nama berhala tersebut pelbagai. katanya lagi masyarakat arab menyembelih binatang di sana dan memercikkan darah binatang sembelihan mereka ke atas nusub tersebut. kemudian daging haiwan sembelihan itu mereka koyakkan lalu diletakkan di hadapan berhala itu.

* tafsir al-azhar semasa menafsirkan surah al-maidah ayat 3

Tiada ulasan: