Adab orang alim
Orang alim zaman sekarang ni susah nak cari n tak ramai. Dengar jer perkataan alim, rasa tinggi sangat. Apa pun aku nak tukar perkataan ni kepada perkataan ustaz. walaupun aku tidak alim, tapi rasanya ada benda yang boleh ditiru dan amik iktibar daripada benda ni. benda ni diambil daripada hidayatul salikin karangan abdul samad palembani, disyarah oleh dr abdul basit sg durian. aku dengar audio dia. ada gak aku dengar masa berada di sana. rumah aku dengan sg durian 5 minit naik motor je
1)Ihtimal
Menanggung suatu dan menerima suatu yang didatangkan oleh murid daripada pernyataan dan perkerjaan yang menyusahkan akandia.
Maksudnya sabar dengan anak murid. Kadang2 ada anak murid yang call kita tengah malam kerana nak bertanyakan sesuatu soalan. Ada juga yang jenis datang ke rumah waktu 2 pagi kerana ada masalah. So golongan ustaz kenalah sabar
2)luzum al-hilm
tiada lekas marah, bersifat lemah lembut
3)duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.
Maksudnya duduklah dengan sopan, jangan duduk di kedai kopi contohnya sambil menyenggeng atau menyilang kaki sampai terselak kain menghisap rokok berkepul-kepul. Ditambah pula dok sembang sambil masuk kelab bual(kelab mengumpat) di kedai kopi. Kemudiannya perbualan pula berkisar pasal janda ni, anak dara tu, perbuatan berkenaan tak cantik sangat. Kalau takder orang, cubalah zikir dalam hati misalnya. Yang penting kena duduk dengan beradab sopan. Tundukkan kepala dan jangan sesekali melilau mata liar pandangan.
4)meninggalkan takabbur atas sekalian hamba Allah melainkan atas orang yang zalim kerana megahkan daripada zalimnya
meninggalkan takabur dengan semoa orang. Hormatilah semua orang walau siapa pun dia. kalaulah datang seorang orang miskin bersama kapcai buruknya memberi salam, jawablah dengan baik walaupun dia seorang miskin. Namun kalaulah ditakdirkan berjumpa dengan orang zalim, bolehlah ex sikit. Bagitau terus terang kepada orang zalim berkenaan bahawa perbuatannya tak betul. Pada masa tu kalau ustaz ni merendahkan diri, maybe orang zalim berkenaan awal2 lagi tak pandang n tak dengar
5)memilih tawaduk iaitu merendahkan diri di tempat ramai
sentiasa merendah diri. Bila menghadiri sesuatu majlis, sentiasa merendah diri. Jangan sampai bila tak dijemput jadi imam jer, dah melenting nak marah
6)meninggalkan bergurau senda dan bermain2
apatah lagi kalau gurauan tu melibatkan benda2 lucah dan gurauan yang tak sepatutnya. Begitu juga berada pada tempat yang tak sepatutnya. Contohnya ustaz sambil berserban besar duduk kat depan sekali masa orang dok berlaga ayam
7) kasih sayang dengan orang yang belajar kepadanya dan berperangai dengan lemah lembut daripada pekerjaan dan perkataan.
Menyayangi semua anak muridnya dan bercakap dengan elok terhadap mereka. Ada tikanya guru akan memerahi mereka, namun marah bertempat
8) menanti dan memeriksa dengan perlahan atas pernyatan orang yang dungu atau orang yang bebal
jangan mudah marah atau cepat melenting bila berhadapan dengan orang yang dungu dan bebal. Dungu dan bebal secara mudahnya bermaksud bodoh. Kalaulah datang anak murid yang dungu, bebal janganlah guru lekas marah atau cepat melenting
9) membaikkan dan membatalkan akan orang yang bebal dan orang yang jahil dengan menunjuki akan jalan kebajikan dan jalan yang benar dan meninggalkan memarah dan menggertak akan orang yang baharu belajar
bila anak murid melakukan perbuatan yang salah, guru hendaklah menegur dan memimpin mereka ke arah jalan yang benar. Contohnya anak murid yang tidak pandai solat, tegurlah dan ajarlah mereka mudahan2 mereka akan pandai. Janganlah lekas marah kerana kejahilan mereka, sebaliknya pimpinlah mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan