Sabtu, 19 Jun 2010

bicara hati buat sahabat


masa aku berada jauh di tebing timur sungai nil dulu, aku sentiasa mengambil berat dan memerhati perkembangan kekawan khasnya kekawan sek menengah. maklumlah tempoh perubahan dari sek menengah ke tahap universiti ni aku kira tempoh yang agak getir. tempoh atau period masa yang boleh menentukan hala tuju dalam hidup kita. ada kekawan2 yang masuk n join universiti tempatan, ada yang ke nil, ada yang ke petra dan syam, ada yang lepak n singgah kejap di maahad tahfiz, di nilam puri dan negeri jelapang padi sebelum terbang dan kembali bersamaku di muara nil. rata2 kami bertebaran di muka bumi tuhan mencari ilmu dan pengalaman, bekal terbaik kami sebelum dipanggil pulang. kekadang sampai jer surat dan berita dari teman yang menjadi penghubung kami. kekadang ada kekawan di nil terserempak n sempat chatting di medium internet(mirc, ym, msn mesennger yang glamor masa tu)dengan mereka yang berada di sekitar titiwangsa dan lembah pantai. sekurang2nya dapatlah melepas rindu dan bertanya khabar. ada yang dah berkahwin(sekarang anak sulung mereka dah hampir 10 atau 12 tahun), ada yang dah berkerja(pada masa tu, akhir 90an), ada yang melompat dari satu institusi pengajian ke satu pusat pengajian yang lain. jenis lompat ni biasanya akan melakukan lompatan terakhir di mesir. ada yang meninggal akibat kemalangan(al-fatihah untuk arwah mahadi hamat peria). macam2.

bila kami habis blaja dan berkerjaya, masing2 dengan haluan sendiri, masing2 dengan family sendiri. aku bangga bila melihat nama rakan2ku di jabatan2 kerajaan, institusi pengajian dan mempunyai kerjaya serta minat tersendiri. ada yang minat menulis dan berceramah. ada yang minat berniaga dan membuka kedai sendiri. ada yang minat pasal automotif dan permotoran. tak kisah. buatlah apa sahaja asalkan yang halal dan tidak bersalahan denga Syarak.

cuma yang aku rasa berat hati dan sedih bila aku dengar berita ada insan yang dipenjarakan kerana jenayah meragut. kalau benarlah cerita ni, ianya suatu yang mendukacitakan. budak ni aku kenal n gambarnya ada dalam gambar simpanan aku. walaupun maybe seorang dalam sejuta daripada kami pelajar sek agama yang terlibat dengan kes ni, namun ia harus dijadikan iktibar dan teladan. memula aku dengar rasa sedih jer. bila aku balik dulu pun, aku tanya di mana dia berada, semua tak tau. at last aku dapat tahu dia dipenjarakan kerana meragut.

aku juga rasa kekok bila melihat gambar rakanku2 di website n laman2 sosial. mereka yang dahulunya bertudung labuh, berpakaian menutup aurat kini berseluar jeans dan t-shirt ketat. rambut usahlah ditanya. sememangya insan2 ini dikurniakan Allah dengan kelebihan tersendiri. aku akur dia agak istimewa n bertuah. anugerah Allah padanya cukup unik. aku ingatkan aku boleh berbangga dengan mereka yang dulunya menjadi ikon dan terbaik dalam pelbagai bidang. bangga kerana walaupun mereka berada di sekolah agama di pedalaman, namun mampu memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. khabarnya masih cemerlang masa blaja di peringkat CGPA n PNGK(betul ker PNGK, kami kat kaherah tak pakai sistem ni). apa dah jadi? apa yang berlaku sebenarnya? apa yang berlaku setelah hampir 10 tahun kita berpencaran bertebaran di timur dan barat?

ingatkah lagi firman Allah SWT dalam surah al-nur(dan katakanlah kepada perempuan2 yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram. dan memelihara kehormatan mereka....)

ingatkah lagi kita semua terhadap firman Allah SWT (...dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak2 mereka, atau anak3 tiri mereka, atau saudara2 mereka, atau anak bagi saudara2 mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara2 mereka yang perempaun, atau perempuan2 islam...)
ingatkah lagi kita tentang semua tu?

kalaulah kekecewaan menjadi sebab untuk kita melanggar perintah tuhan, kalaulah kehampaan yang bertimpa menjadi dorongan untuk kita mengangkat kepala dengan Allah, ingatlah semuanya tu tidak sama sekali menjejaskan mahupun mengurangkan sedikit pun daripada kekuasaan Allah SWT. sudah betapa ramai manusia yang disebut dalam sejarah sebagai penakluk agung, emperor, conqueror, pembelah dunia, penakluk agung semuanya tu hilang ditelan sejarah. bumi tetap berputar pada paksinya dan matahari tetap memancarkan surianya. pemergian dan kehilangan mereka tidak pernah diratapi dan ditangisi, tiba masanya kan hilang ditelan zaman. apatah lagi kita yang bukannya segagah generasi temujin, hulagu, tamerlane etc. apalah sangat kita yang belum lagi menghasilkan sesuatu yang akan dikenang orang sepanjang zaman. kembalilah sebagaimana asalmu...sebagaimana kamu yang pernah aku kenali. kembalilah pada tuhan, dengan memohon keampunan dan kerahmatanNYA untukmu dan kita semua.

kalaulah ada sahabat2 di sekelilingnya yang mempunyai kekuatan, kekuatan jiwa, ilmu, semangat mahu pun iman perhatikanlah dan buatlah sesuatu. jangan biarkan insan2 yang pernah hadir dalam hidup kita semakin jauh daripada apa yang dipelajarinya dahulu. sahabat sejati ialah sahabat yang akan menegur sahabatnya ke arah kebaikan.

secara peribadi, aku bukanlah orang yang layak menegur para sahabatku. dari jauh aku hanya mampu memerhatikan, hanya mampu berdoa semoga kita semua pada hari ini lebih baik daripada kita suatu masa dahulu. semoga kita pada masa akan datang lebih baik daripada kita pada masa kini. masa yang masih tersisa ada baiknya aku gunakan untuk meneroka diriku sendiri, bermuhasabah tentang umurku selama ini ke mana aku habiskan. tentang amal ibadatku apakah semakin meningkat atau berkurang, apakah semakin tepat dan sahih sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah atau tidak, tentang secebis ilmu yang dipelajari ke mana aku habiskan, dengan pelbagai dosa yang telah aku lakukan, dengan pusingan hidupku di antara amal soleh dan maksiat, tentang anak isteriku yang pastinya menjadi tanggungjawabku. itulah yang lebih utama bagiku. aku hanya mampu berdoa, buat diriku dan tanggunganku, serta untuk semua yang pernah hadir dalam hidupku, semoga kita semua berubah ke arah yang lebih baik, ke arah yang diredaiNYA.....

Tiada ulasan: