Jumaat, 18 Jun 2010

kuliah maghrib.....orang yang berjaya & solat mencegah munkar

Sesunguhnya berjayalah orang2 yang beriman(1)
iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya(2)

(1/2:23)
pengarang(syekih daud fatani) membawa ayat al-Quran dari surah al-mukminun yang menegaskan bahawa orang yang beriman yang khusyuk di dalam solat akan mendapat keselamatan hidup di dunia dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak. mereka mengerjakan segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya yang diterangkan dalam ayat2 berikutnya.

bagaimana nak jadi orang yang berjaya? ada beberapa ayat di pangkal surah ni. satu daripada ciri2 atau syarat nak jadi orang yang berjaya ialah orang yang solat. apakah orang yang solat kesemua mereka akan berjaya? mereka yang solat dengan khusyuk, dengan sepenuh hormat dan tetap segala hati dan anggota merekalah yang akan berjaya.

pengarang kitab juga membawakan ayat2 dari surah al-maarij yang menegaskan bahawa manusia diciptakan dengan tabiat resah gelisah(lagi bakhil kedekut). apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. dan apabila manusia tersebut beroleh lombong emas, dapat nikmat dengan cara tak disangka, dia akan jadi bakhil kedekut. kecualilah orang yang tetap mengerjakan solat. orang yang menunaikan solat secara tetap tidak mudah berasa keluh kesah apabila ditimpa bala bencana. sebaliknya apabila beroleh nikmat kesenangan akan sentiasa bersyukur dan menafkahkan rezeki pemberian Allah pada jalan kebajikan. ada dalam suatu hadis riwayat muslim bahawa di antara tanda2 kiamat itu ialah ilmu tercabut dengan cara ulama dimatikan,kebakhilan berleluasa dan terjadi banyak pembunuhan. semua manusia sayangkan harta benda, namun janganlah perasaan sayang pada harta itu menjadikan kita bakhil, apatah lagi kalau sampai tak mahu membayar zakat.

pada zaman sahabat dahulu, ada harta yang batin seperti emas dan perak. orang lain tidak tahu berapa banyak simpanan emas dan perak yang kita ada. ada juga yang dipanggil harta zahir seperti lembu dan kambing. kalau harta zahir biasanya pihak kerajaan akan menghantar pegawainya untuk memeriksa lembu dan kambing kita, seterusnya membantu penternak mengeluarkan zakat. sebaliknya tentang harta batin, kitalah yang akan mengira harta batin dan mengeluarkan zakat kita. oleh itu, belajarlah tentang zakat supaya kita tahu tentang zakat.

selain itu, ada ayat lain yang menerangkan kepada kita apabila kita ditimpa musibah, bolehlah kita mengucapkan InnaliLLahi wa inna ilaihi rajiun. biasanya lafaz ni kita ucapkan masa menerima berita kematian jer. namun kita boleh juga mengucapkan apabila ditimpa musibah, sesuatu yang kita tidak suka seperti kemalangan, kehilangan duit dan sebagainya


bacalah serta ikutilah(wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah sembahyang dengan tekun, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah lebih besar(faedahnya dan kesannya), dan ingatlah Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(45:29)

kenapa orang yang menunaikan solat tapi solatnya tidak mencegah pelakunya daripada perbuatan keji dan munkar? sesetengah ulama apabila ditanya benda ni menjawab solat yang mencegah perbuatan yang munkar ialah solat yang berkesan. solat yang berkesan ialah solat yang ditunaikan cukup dan sempurna rukunnya, syaratnya, serta memelihara solat dan dengan penuh khusyuk. itulah solat yang sempurna, yang akan menjadi benteng menahan diri pelakunya daripada mengerjakan maksiat.

* sebahagian daripada kuliah maghribku tentang kitab musalli

Tiada ulasan: