Selasa, 30 November 2010

La liga....barcelona 5 real madrid 0


lega....aku bimbang gak pasal match ni. kannya apa, faktor maurinho. bagiku maurinho seorang pakar taktikal yang boleh dipuji. dia pernah berada di spain, england, italy, portugal(tentunya) dan banyak pengalaman ttg bolasepak di serata liga utama eropah. aku ingat lagi masa porto tewaskan monaco 3-0 di final tu, nampak taktikalnya cukup hebat. begitu juga masa dengan chelsea n internazionale, khasnya masa parking bus tu agak mantap. faktor maurinho yang aku bimbang.

bila jer barca lead 2-0 just lepas 20 minit, aku keluar lepak kat kedai sekali dengan bebudak2 tgk bola(jam 4.30pg), sajer nak tgk camana madrid nak main dalam keadaan mereka ketinggalan dengan barca yang sememangnya mempunyai kelbihan dari segi individu dan berpasukan. kalau takat parking bus cam inter vs barca semi final tahun lepas, aku tak nak tgk sangat. bila jer david villa dapat 2 gol, aku tgk madrid dah tenggelam punca. aku leh balik bersiap untuk solat subuh. yg pasti bila barca dapat gol awal jer, madrid terpaksa buka permainan dan barca mula dominate the game dengan perlawanan yang terbuka, suatu yang jarang maurinho lakukan.
sila ke http://www.fcbarcelona.com/web/english/index.html

Ahad, 28 November 2010

syarat sah solat (2)....mengadap kiblat

di antara syarat sah solat mengadap kiblat. maksud mengadap kiblat ialah mengadap kaabah. bagi orang yang bersolat di dalam masjid haram atau yang nampak kaabah di depan mata hendaklah memastikan dia bersolat mengadap kaabah dengan yakin. sementara orang yang berada di sebalik bukit atau seperti kita di malaysia yang jauh daripada kiblat bolehlah mengadap dengan ijtihad seperti melihat arah matahari dan sebagainya.

dalilnya (maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid al-haram(kaabah) dan di mana sahaja kamu berada mak hadapkanlah muka kamu ke arahnya-al-baqarah ayat 50)

dalil daripada hadith riwayat bukhari dan muslim (rasulullah SAW bersabda kepada orang yang diajarnya cara2 untuk bersolat,"apabila engkja hendak bersolat, berwuduklah dengan sempurna, kemudian mengadaplah ke kiblat dan bertakbirlah)

kita tidak bersolat dengan menyembah kaabah. yang kita sembah ialah Allah SWT. kaabah hanyalah menjadi suatu titik persamaan atau titik yang menjadi arah untuk kita bersolat. walau di mana umat islam berada, di kutub utara, kutub selatan, timur dan barat, arah solat mereka ialah kaabah. jikalau runtuh kaabah sekalipun arah kita bersolat tetap mengarah kepada tapak kaabah tersebut.

Sabtu, 27 November 2010

kuliah maghrib....rukun 1: niat

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ada sesetengah kitab mengatakan bahawa rukun solat ada 14 perkara dengan meletakkan tamakninah sebagai rukun yang ke 14, rukun yang tersendiri. namun bagi silibus pendidikan islam di sekolah rendah dan dalam kebanyakan kitab yang kita biasa pelajari, ulama menetapkan bahawa rukun solat ada 13 perkara sahaja.

rukun pertama ialah niat. niat ialah menyehaja ia akan suatu hal keadaannya disertakan dengan awal perbuatan(petikan dari musalli). maksudnya kita berazam/mengqasad/ melakukan solat di awal atau permulaan untuk solat iaitu takbiratul ihram. tempat niat ialah di dalam hati. apa yang disebut di mulut dengan usalli.....semua tu bukanlah merupakan niat tetapi lafaz niat.

niat solat terbahagi kepada tiga bahagian iaitu qasad, taarud dan taayun. ketiga3 bahagian ini hendaklah dihadirkan di dalam hati semasa berniat solat.
1) qasad
hendaklah seseorang yang nak melakukan solat mengqasad di dalam hatinya hendak mengerjakan solat. atau dengan kata lain menyatakan tujuan untuk bersolat. dalam lafaz niat biasanya disebut usalli(sahaja aku) untuk membezakan orang yang solat dalam keadaan tak sedar atau tersolat (ada ker tersolat?). ringkasnya perkataan SAHAJA di dalam lafaz niat untuk menunjukkan kehendak hati nak bersolat

2) taarrud
menyebut di dalam hati samada fardu atau sunat.

3) taayyun
menentukan solat samada zohor, asar, maghrib, isyak atau subuh.

ketiga-tiga bahagian ini hendaklah dihadirkan/dilintaskan di dalam hati semasa takbiratul ihram

dalam bab niat ini, kita boleh bahagikan solat kepada 4 bahagian.
1) solat jumaat dan solat qasar
kita hendaklah berniat qasad, taarud, taaayyun dan ditambah satu lagi iaitu jika solat jumaat, hendaklah berniat samada imam atau makmum kerana jumaat tidak sah dilakukan seorang diri. begitu juga solat qasar, kita hendaklah berniat qasad, taarud dan taayyun serta ditambah niat qasar. contoh lafaz niat ialah sahaja aku solat fardu jumaat mengikut imam/ menjadi imam... sahaja aku solat merupakan bahagian qasad. fardu merupakan bahagian taarrud. jumaaat merupakan taayun. sementara kena tambah mengikut imam atau menjadi imam kerana di dalam solat jumaat kena tambah benda tu

2) solat fardu selain jumaat dan qasar
hendaklah berniat qasad, taarrud dan taayyun. contoh lafaz niat ialah sahaja aku sembahyang fardu zohor. sahaja aku sembahyang merupakan bahagian qasad. fardu merupakan bahagian taarud dan zohor merupakan bahagian taayyun

3) solat sunat yang mempunyai sebab dan waktu
contoh solat sunat yang mempunyai sebab ialah solat sunat gerhana matahari/bulan. sementara contoh solat sunat yang mempunyai waktu ialah solat sunat duha dan sebagainya. solat ini memerlukan kita berniat qasad dan taayyun sahaja. contoh lafaz niat ialah aku sembahyang gerhana matahari atau aku sembahyang duha. lafaz aku sembahyang merupakan qasad, lafaz gerhana matahari atau duha merupakan taayin

4) solat sunat mutlak
solat jenis ini memerlukan kita mengqasadkan solat sahaja. contoh lafaz niat ialah aku solat...

musannif (pengarang) mengatakan sunat untuk kita melafazkan niat dengan lidahnya. ini menjadi pertikaian di kalangan ulama. apakah dalil yang mengatakan sunat untuk kita menyebut usalli...dengan lidah? dari segi perbincangan ilmiah, mengikut dr abdul basit sungai durian mengatakan bahawa tidak terdapat dalil daripada quran, hadis dan sebagainya bahawa sunat untuk kita melafazkan niat dengan lidah. cuma sesetengah ulama mutaakhirin mengatakan sunat untuk kita lafazkan niat kerana ia membantu hati kita untuk berniat. perbicangan ini agak panjang dan aku tidak menyebutnya di hadapan orang kampung di surau secara terperinci, aku sebut terpulanglah kepada seseorang untuk berpegang dengan pendapat untuk melafazkan niat atau tidak perlu melafazkan niat di mulut. yang pastinya kena berniat dan tempat niat di dalam hati.begitulah juga dalam masalah menyebut bilangan rakaat, menyebut ada' atau qada' di dalam niat dan menyandarkan ibadat kita kepada Allah SWT seperti menyebut kerana Allah SWT.

ada juga pendapat2 lain dalam masalah niat. ada pendapat yang tidak bersetuju untuk melafazkan perkataan usalli(sahaja aku) kerana perbuatan solat merupakan ibadat yang dilakukan secara sedar, bukan secara tidak sengaja atau tersolat. oleh itu, tidak perlu menyebut usalli. begitu juga dengan bilangan rakaat tidak perlu disebutkan di dalam hati kerana bilangan rakaat telah ditentukan oleh Allah SWT dan tidak boleh diubah. begitu juga masalah menyandarkan niat kerana Allah Taala kerana sememangnya ibadat yang kita buat semestinya kerana Allah Taala.

* sebahagian daripada isi kuliah maghrib(munyat musalli) di surau.

Isnin, 22 November 2010

dalam kenangan.....kartini, ujang, lanun..sireh, tembakau

dengan namaNYA Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

gambar diambil dari http://www.kedai-buku.com/components/com_virtuemart/shop_image/product/PTS_Kartini_Kemb_49b02d1d152f8.jpg


dalam semiggu sejak cuti sekolah ni, sempat aku flash back pasal majalah lama. aku terpandangkan majalah ujang, gila-gila, lanun n pastinya koleksi seperti kartini, kartini kembali, aku dia dan volkswagen, life stundent(sireh) n banyak lagi. sempat jugak aku surfing pasal kartunis2 yang pernah hadir dalam hidupku n sedikit sebanyak mewarnakan zaman remajaku.

dulu aku cukup minat kartunis ujang. karyanya pasal aku budak minang, aca, IBM dan sebagainya memberikan kesan yang mendalam padaku. then bila muncul din beramboi dengan majalah ujang dan seterusnya lanun n varia lawak timbul pula kartunis2 baru macam sireh (life student dengan watak zeti dan sapa dah heronya aku tak ingat), tembakau dengan karya agungnya kartini, aie dengan sahak dan blues untuk aku..aku hidup dalam blues, petai dengan hikayat pendekar dari gunung terkelendat (asyik nak solve problem jer, then terkena diri sendiri ha ha), ubi dengan kak zurina (aku, dia volkswagen) n ramai lagi. karya2 sebegini mewarnai zaman remajaku termasuklah komik jit fatt, pendekar tanpar nama, penjejak awan n badai, guo jing dengan hikayat wira penembak helang n sebagainya. aku dah terputus sanad dengan semua ni bila aku ke kaherah. balik jer dari kaherah sempat aku beli koleksi kartini dengan tinta emasnya (apa yang kita paling nak, itulah yang kita takkan dapat) dan ( in dreams i walk with you). begitu juga koleksi zeti life student dan kak zurina aku dia volkswagen. walaupun koleksi kak zurina dan zeti aku tak sempat habiskan, tapi sekurangnya2 terubat ingatanku pada zaman2 yang pernah aku lalui.

aku sempat beli kartini kembali karya terbaru tembakau dalam tahun 2006. tapi really kartini kembali tak sehebat kartini yang lebih hidup dan dekat dengan jiwaku. kartini kembali agak kabur, lebih kepada penceritaan ariyon. tapi tak tau la kot2 ada sambungan. yang pasti kata2 emas kartini tu sinonim sangat dengan hidup ariyon

pasal kak zurina dan zeti, aku tak pasti, dengar2 kabar kartunis ubi dan sireh stay dalam alam kartun dengan caranya sendiri. aku pernah terbaca masalah hakcipta dan pattern yang menjadi sebab terundurnya ujang dari arus perdana sebagai seorang kartunis yang melahirkan ramai kartunis yang lain. aku tak leh nak citer pasal benda tu sebab aku pun bukannya pakar dalam bidang legal ni, namun yang pasti pengunduran kartunis ujang menjadikan dunia kartun di tanah air agak sepi. setahu aku, kartunis2 muda yang lahir di majalah ujang dan lanun tidak dapat menafikan sumbangan ujan gdalam karier mereka. betul ker? aku pun tak tau la

pasal kartunis tembakau lak, juga sepi. tak tau di mana n bagaimana khabar mereka sekarang(ada blog pasal mereka tapi aku tak surf sangat). yang pasti watak kartini sebagai seorang remaja perempuan yang bertudung agak cantik dan menjadi ikon kartun pada masa tu. sebelum tembakau, kartun muslimah bertudung biasanya terdapat dalam komik keluaran arqam, pendekar mata hati dan sebgainya. kemunculan kartini di tengah2 lawak antarabangsa dalam majalah ujang meletakkannya berada di tengah arus perdana. kesannya mula dapat dilihat pada t-shirt, skaff dan sebagainya. daripada dok cetak band rock yang berambut panjang dan menjadi ikon gay, homoseksual dan sebagainya lebih baik cetak kartini or ariyon di t-shirt(just pendapat aku la). yang pasti, semua kenangan tu masih segar di minda aku.

gambar dari https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVnFFXg2IF0sKSSYuKE9sYUmIhyphenhyphenZTPFjYQgevt8YJ0b-vvDV40RbaKvQmHjyVnNk2Cc6OW49i3smBb6YsRDLp-XsMlmwvGX9oYP1Yc4FZ6A3_mtQEXCVd96tppMJ-69d2wlWXf5dVISZIu/s1600-h/kartini1l.jpg

kekadang bila aku tgk balik buku2 lama aku, or surfing pasal kartini n kartunis2 dulu teringatkan zaman2 kegemilangan majalah ujang, gila2 n varia lawak. walaupun benda ni sebagai sampingan, sebagai bahan tambah, namun bila terkenagkan semuanya terasa dunia ni penuh warna warni. kehidupan kita sebagai seorang manusia biasa yang dibekalkan dengan emosi dan perasaan merasakan dunia ni indah. semoga keindahan itu tidak melalaikan kita daripada tanggungjawab sebenar kita.

Jumaat, 19 November 2010

hadis...mimpi orang yang saleh

1) dari anas bin malik ra katanya, Rasulullah SAW pernah bersabda: mimpi baik orang mukmin yang saleh adalah satu daripada 46 tanda-tanda kenabian.
(hadis bukhari)

2) dari abu hurairah ra katanya, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, tiada lagi yang tertinggal dari kenabian kecuali khabar yang baik. lalu sahabat bertanya apakah itu khabar yang baik wahai Rasulullah? Nabi SAW bersabda, mimpi yang baik.
(bukhari)

Isnin, 15 November 2010

harga sebuah kenangan....kita milikNYA


kekadang....bila kita memikirkan semula kenangan lepas, bersama suasana yang kita hargai..sesekali terlintas di dalam hati kita untuk mengulangi semula detik2 manis itu. namun apalah yang ada pada sebuah impian

kekadang..bila kita mengenang semula orang2 yang pernah berada di sekeliilng kita. yang kesetiaannya telah teruji dan terbukti. yang banyak susah dan letih berkorban untuk kita..ingin sekali rasanya mahu mengulangi semula saat2 manis itu. namun apalah yang ada pada sebuah impian....
apalah yang ada pada sebuah keduniaan
apalah yang ada pada sebuah kenangan


back to bangi baru ni mengharukan jiwaku, bila aku lihat ustaz2ku dah berusia. dah nampak garis2 kedut di wajah mereka. sementara yang bersara dah xder di bilik yg dulunya aku dok lepak bersama mereka. aku lihat kawanku2 ada yang dah berPHD. dah siap ada bilik kat UKM. yang lain2 lak dengar khabarnya on de way. aku...entahlaa. aku lihat rumah sewa kenanganku bersama isteri (masa memula kawin) kini dah siap sepenuhnya. tuan rumah yang dulunya bersama kapcai buruknya keliling kampung sambil menghambat kambingnya pulang kandang dah tiada. dah meninggal. rasa terlalu lama teras jernang aku tinggalkan. sempat aku jalan kaki dari taman sentosa ke masjid salihin, bersebelahan hotel bajet bangi lanai. tengok mufah maju dah semakin maju. banyak orang2 tua yang kukenal dulu dah tiada. sementara pembangunan fizikal di BBB khasnya Teras jernang semakin menghambat.namun apalah yang ada pada sebuah kenangan. apa yang mampu kubuat hanyalah berda semoga segala dosaku2 di BBB diampungkanNYA.

teringat apa yang disebut oleh buya hamka, kita(adam) dihantar ke dunia ni tidak keseorangan. adam bersama hawa, itu pasti. namun ada satu lagi makhluk yang terusir dan diusir sama dari syurga iaitu iblis. terusir dan diusir bersama laungan sumpahnya untuk memperdaya anak adam dan seluruh keturunannya sehingga kiamat. adam, hawa dan iblis sama2 terundur dari syurga, terundur dari Tuhan....dan suatu hari akan kembali mengadapNYA. justeru itu, semasa hayat yang masih ada di dunia ini, rebutlah peluang untuk beramal soleh.semoga ianya menjadi bekalan paling ampuh untuk berjumpaNYA(berserta kerahmatan dan kasih sayangNYA kita harapkan)

Ahad, 7 November 2010

back to bangi 5-7/11/2010



masjid al-solihin. tempat aku selalu bersolat. kekadang masa takder air kami mandi, siap bawa motor parking kat tepi tandas besar dia. kali ni aku tengok semuanya dah berubah. really masa aku kat sana, AJKnya sama dengan nazir orang lain. kali ni aku tengok AJK surau teras jernang sebiji beramai-ramai pakat pindah ke masjid lak. he he. berrubah kaler la katakan


sahabatku fakhrudin deraman(qq). lepasan maahad tahfiz syubra, mesir. skang ngajar kat cheras baharu. tq atas pertolongan anda semasa aku beradd di sana. tu makan kat rawsyah, restoran arab di maluri(kalau tak silap). qq ni bank tempat aku berhutang kalau takder duit masa kat bangi dulu.

tuan hasan tuan lah. pakar rujuk fiqh al-fikrah.net. orang kuat TM, lepasan michigan US. kami bersarapan bersama di subang jaya, first time dapat tengok rakan2 tenet. apa pun semoga thtl dikurniakan kesihatan dan kekuatan dalam meneruskan dakwah islam

prof madya dato dr hailaini muji tahir. guruku di tanah bangi. sempat aku amik gambar. khidmatnya masih diperlukan UKM. semoga segala yang ustaz curahkan pada saya berada dalam pengkalan data malaikat di sebelah kanan kita.
semoga segala dosa yang aku pernah wat semasa berada di sana, semoga segala kesilapan yang aku lakukan di sana, semoga semuanya diampunkanNYA. aku tak nak jadi gagak pulang ke benua, pergi HITAM pulang pun HITAM.