Isnin, 17 Januari 2011

pesan ulama...tentang sifat besar diri

hendaklah kita melihat diri kita dengan penuh kehinaan di sisi Allah SWT dan melihat orang lain sebagai penuh mulia daripada diri kita di sisi Allah SWT.

jika kita lihat seorang kanak-kanak yang kecil hendaklah kita berkata di dalam hari kita (maybe boleh diterjemah/ditafsirkan sebagai bisikan hati) bahawa kanak2 tersebut tidak melakukan maksiat kepada Allah kerana mereka masih kanak2 sedangkan aku sudah dewasa penuh dengan kemaksiatan kepada Allah

jika kita melihat orang yang tua daripada kita, hendaklah kita merenungkan diri kita bahawa orang tua ini terlebih dahulu berbuat ibadat kepada Allah. justeru itu, orang tua ini lebih mulia daripadaku

jika kita melihat orang yang alim maka hendaklah kita merenungkan diri kita bahawa orang alim tersebut diberi ilmu oleh Allah samada ilmu yang kita ketahui dan ilmu yang kita tidak ketahui. justeru itu, hendaklah kita mendidik hati kita, membisikkan di dalam hati kita bahawa orang alim itu terlebih mulia daripada kita di sisi Allah

jika kita melihat orang yang jahil hendaklah kita merenungkan di dalam diri kita bahawa orang ini berbuat maksiat kepada Allah dalam keadaan jahil dan aku berbuat maksiat kepada Allah dengan ilmu dan pengetahuanku. justeru itu, hendaklah kita merenungkan bahawa kita terlebih jahat dan lebih berbuat salah daripada si jahil tadi kerana kita melakukan maksiat dalam keadaan sedar. selain itu, kita juga tidak mengetahui bagaimana kesudahan hidup kita dan si jahil itu. mungkin si jahil itu sebelum matinya sempat bertaubat dan diampunkanNYA sedangkan aku mati dalam keadaan berbuat maksiat dan tidak sempat bertaubat

jika kita melihat mereka yang non-muslim maka bisikkanlah di dalam hati kita bahawa orang ini aku tidak tahu, semoga orang ini memeluk islam. beristiqamah dengan islam dan mendapat kebahagiaan dan diampun Allah segala dosanya

*dipetik daripada hidayat al-salikin karya abdul samad falembaniy. kitab ni dah ada cd daripada us abdul basit sg durian

Tiada ulasan: