2.5 Keistimewaan Tafsir Hamka
Berbahasa Melayu. Tafsir al-Azhar dianggap sebagai tafsir berbahasa melayu yang paling lengkap. Justeru itu, ia dapat dibaca oleh mereka yang tiada pengetahuan dalam bahasa arab
Selain itu, gaya penyampaiannya cukup mudah, seperti cara orang berceramah. Kadang-kadang diselitkan dengan cerita samada melibatkan dirinya dan ahli keluarganya. Kadang-kadang cerita melibatkan pergolakan politik di Indonesia. Ditambah dengan penggunaan ayat dan gaya bahasa yang mudah, tafsirnya merupakan tafsir yang cukup sesuai untuk dibaca oleh umat Islam di semua peringkat.[1]
Tafsir al-Azhar juga mempunyai kepelbagaian disiplin ilmu yang menunjukkan betapa luas ilmu pengarangnya. Ia memuatkan ilmu seperti sejarah, antropologi, sosiologi, tasauf, ilmu kalam, sastera, psikologi dan sebagainya. [2]
Hamka juga turut mengkritik dan memuji karya-karya tafsir sebelumnya seperti dalam masalah akidah dan syariah. Beliau turut memberi kredit kepada tafsir-tafsir tertentu dalam masalah tertentu.
Syeikh Mahmoud Syaltut(1893-1963) berkata ketika ingin menganugerahkan anugerah Doktor Kehormat kepada Hamka: “Sesungguhnya tatkala al-Azhar memutuskan hendak memberikan penghargaan itu (doktor kehormat), ialah karena dia telah mengetahui betapa perjuangan tuan selama ini di dalam usaha menegakkan kesatuan kaum Muslimin di Asia Timur, dan bagaimana pula tuan telah memancangkan tonggak-tonggak untuk kekokohan Islam.”[3]
Abu Syakirin menegaskan “Tafsir al-Azhar merupakan karya Hamka yang memperlihatkan keluasan pengetahuan beliau, hampir mencakupi semua disiplin ilmu penuh berinformasi.”[4]
Menurut Mohd Shauqi Md Zahir “Tafsir Al-Azhar karangan Hamka merupakan kitab tafsir Al-Quran yang lengkap dalam bahasa Melayu yang boleh dianggap sebagai yang terbaik pernah dihasilkan untuk masyarakat Melayu Muslim.”[5]
[2] eprints.um.edu.my/.../MANHAJ_TAFSIR_A2.doc.
[3] Prof. Dr. Hamka, Tafsir al-Azhar. Surabaya: Yayasan Latimojong, 1984, juzu’ 1, h. 1.
[4] Abu Syakirin, Metodologi Hamka dalam Pentafsiran al-Quran. (abusyakirin.wordpress.com) diakses pada (08/03/2011).
[5] Mohd Syauqi Bin Md Zahir Al-Kulimi, Studi Mengenai Tafsir Al-Azhar (Kertas kerja Seminar Tafsir al-Quran, 7 Ogos 2010, Islamic Renaisance Front – IIUM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan