Khamis, 11 Disember 2014

nama nama hari kiamat



Pengertian hari kiamat
Hari kiamat ialah hari yang dikeluarkan manusia dari kubur mereka dengan perintah Allah SWT untuk pembalasan. Maka sesiapa yang baik akan mendapat nikmat dan siapa yang jahat akan diazab
Allah SWT berfirman dalam surah al-maarij ( المعارج)ayat 43
Pada hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju ke padang mahsyar dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran ke tempat berhala-berhala yang mereka sembah dahulu 

Nama-nama hari kiamat
Hari kiamat disebut dengan pelbagai nama di dalam al-Quran.
1) hari kiamat
Allah SWT berfirman dalam surah al-Qiyamah    القيامة: Aku bersumpah dengan hari kiamat

2) al-qariah (القارعة)
hari yang menggemparkan. Apakah dia hari yang menggemparkan itu

3) hari perhitungan
Firman Allah SWT dalam surah sad ص: sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah SWT akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan jalan Allah itu

4) Hari pembalasan
Firman Allah SWT dalam surah infitar الانفطار : dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah ditempatkan di dalam neraka yang menjulang-julang. Mereka menderita dengan bakaran neraka itu pada hari pembalasan

5) al-tommah (hari bencana) الطامة
Firman Allah SWT dalam surah al-naziat النازعات  : maka apabila datang hari yang bencananya amat besar

6) al-waqiah     الواقعة
Firman Allah SWT dalam surah al--waqiah: apabila berlaku hari kiamat itu

7) al-Haqqah ( saat yang tetap berlaku) الحاقة
Firman Allahh SWT dalam surah al-Haqqah: saat yang tetap berlaku tiu, apakahhia sifat dan lkeadaan saat yang tetap berlaku itu

8) al-sokhah (suara jetiang yang dahsyat)  الصاخة
Firman Allah SWT dalam surah abasa: kemudian ingatlah keadaan yang berlaku apabila datang jeritan yang dahsyat

9) al-Ghashiah( huru hara yang meliputi) الغاشية 
Firman Allah SWT dalam surah al-Ghashiah: Sudah sampaikah kepada kamu wahai Muhammad perihal hari kiamat yang huru haranya meliputi 

Disalinsiar daripada buku RUKUN IMAN terjemahan ust dr abdul basit abd rahman sg durian

Sabtu, 15 November 2014

sikap ulama masa kini terhadap taklid

dalam menangani isu taklid, ada 3 golongan ulama iaitu:

1) mereka yang mewajibkan taklid kepada semua orang tanpa mengira samada mereka merupakan orang awam, yang biasa biasa atau golongan ulama. kesemuanya mestilah bertaklid. golongan pertama ini mengharamkan ijtihad samada secara menyeluruh atau bahagian tertentu sahaja. mereka juga berpendapat bahawa ijtihad dilarang dan telah pun terputus semenjak beberapa kurun yang lalu. mereka juga menjadikan taklid dan bermazhab dengan 4 mazhab yang sedia ada sebagai kewajipan agama dan kefarduan yang mesti dilakukan oleh setiap muslim samada mereka merupakan orang awam mahupun golongan ulama

2) golongan yang mewajibkan ijtihad dan mengharamkan taklid sekalipun melibatkan orang awam. antara ulama dalam kategori ini ialah Ibn Abd al-Bar, Ibn Taymiyyah, Ibn al-ayyim, al-San aniy, dan lain lain. golongan kedua ini mewajibkan setiap orang islam berpegang teguh dengan al-kitab dan al-sunnah dan mengambil sikap menolak dengan keras orang yang bertaklid kepada mazhab

3) golongan ini tidak mewajibkan taklid secara mutlak dan juga tidak mengharamkannya secara mutlak, sebaliknya taklid harus kepada sesetengah golongan tetapi haram kepada sesetengah golongan yang lain. inilah aliran yang dipegang leh imam hasan al-banna

# disalin daripada buku pembersihan jiwa menurut al-quran, al-sunnah dan amalan salafus salih dengan sedikit pengubahsuaian. kitab ini hasil buah tangan dr basri ibrahim, dr safri ali dan ustaz tarmizi taha setebal lebih 800 mukasurat.

Rabu, 17 September 2014

buku: bijak mengurus wang (hajah Rohani datuk Mohd Shahir)



buku ini mengandungi 8 bahagian. bermula dari bahagian 1, liku liku kewangan yang disusun mengikut peringkat umur dari tahuan 20an hingga 30an. sehingga 60an ke atas dan berakhir dengan pembahagian harta.

aku tertarik dengan pengalaman penulis yang pernah berhadapan masalah kewangan. penulis menceritakan bahawa beliau pernah mempunyai 6 kad kredit dengan hutang mencecah lebih 100k. suatu angka yg membuatkan aku cukup terkejut.

aku juga terpegun dengan pendedahan penulis tentang pembiayaan di sesetengah bank untuk melabur dalam saham amanah. pembiayaan apa sekali pun, yang untungnya ialah bank.

gaya bahasa yang digunakan cukup santai dan mudah nak faham. baca sambil santai, sambil sekali sekala menjeling ke tv tgk barca main pun takper. stay buleh faham apa yang penulis sampaikan.

penulis juga menekankan soal keberkatan harta meliputi pembiaaayn, pelaburan dan simpanan di dalam akaun yang islamic. termasuklah juga soal takaful dan insuran. selain itu, persoalan zakat dan infaq juga dimuatkan dalam satu bab yang dinamakan penyucian harta.

apa yang aku buleh nampak, penulis sentiasa menekankan soal keberkatan dan rezeki yang halal meliputi simpanan di bank islamic atau islamic window di mana mana bank. lagipun sekarang kat msia, soal perbankan islam dah cukup meluas. takder alasan lagi untuk muslimin menyimpan di dalam bank yang konvensional. begitu juga dalam masalah pelaburan, tak kira pelaburan dalam ekuiti, forex, atau amanah saham sekalipun hendaklah mengambil kira soal halal haram dan keberkatan

keseluruhannya, buku ini sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan maklumat dan ilmu tentang pengurusan wang. langkah menyediakan pelan menghadapi hari yang akan datang. yang paling penting, penekanan penulis terhadap soal halal haram dan keberkatan menjadikan buku ini cukup sesuai untuk mereka yang mengaku Allah tuhannya dan Nabi Muhammad Rasulnya....

poin paling penting....apabila kita berhadapan dengan sesuatu pelaburan yang tidak masuk akal, sehinggakan kita buleh goyang kaki di rumah, wang berkerja untuk kita sehingga berlipat kali ganda, ada sesuatu yang tidak kena...

tahniah buat hajjah rohani atas buku yang menarik. aku amik masa 2 hari untuk menghabiskan pembacaan. semoga penulis dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kerahmatan dariNYA untuk menghasilkan penulisan sebeginni di masa akan datang. juga utk kita semua....

Ahad, 14 September 2014

review : barcelona 2 athletic bilbao 0......

perlawanan ini merupakan perlawanan ketiga bagi barca. dan perlawanan sulung bagi aku tgk secara live dan full match untuk season ini. first match aku tengok selepas era gerardo martino

mula-mula aku tengok siapa jadi kapten. kalau iniesta jadi kapten maknanya kapten pertama xavi takder dalam padang.
 then aku perhati setiap pemain dalam posisi masing masing. aku perasan alves takder kat tepi kanan. ingantkan pemain brasil baru tu, rupanya montoya kat situ.
then aku tgk kat tengah aku rasa pelik bila melihat xavi takder. walaupun aku minat barca zaman lineker, namun aku hanya dapat melihat perlawanan siaran langung barca secara konsisten pada era puyol dan xavi di usia muda. masa tu pemain kesayangan barca ialah figo dan rivaldo. so ketiadaan puyol di belakang dan xavi sebagai maestro di tengah membuatkan aku rasa sedikit pelik
aku tgk bahagian depan, aku perasan messi dan pedro. bila aku tilik lagi, barulah aku nampak perkataan munir kat belakang baju. pemain muda berketurunan maghribi kalau tak silap, munir elhaddadi di depan.

secara keseluruhannya aku nampak jentera bilbao yang cukup tersusun, berdisiplin dan membuat garisan pertahanan yang sedikit tinggi. takleh nak kata parking bas la. barisan pemain tengah dan pertahanan juga agak rapat. mmg itulah system bola zaman sekarang

2 3 kali barca dapat peluang dan hantaran daripada messi dan rakitic, namun aku tgk munir tidak dapat membaca gerakan meraka. habis separuh pertama aku cakap kat dalam hati, kalau neymar tak masuk ni, payah nak dapatkan gol. kalau 100% nak harapkan messi, rasanya sukar. tiap kali messi dapat bola, akan ada beberapa player bilbao sekeliling. cuma messi bermain agak ke bawah. so peluang untuk messi cipta peluang tu agak luas.

bila jer neymar masuk, aku dapat lihat keserasian antara neymar dan messi dalam menggerakan serangan barca. cuma aku masih tertanya tanya, camana kalau the bites ada selepas ni. kalau semuanya menjadi ego dan besar kepala, alamat buruk buat barca. kalau semuanya bersatu dan bersungguh dalam satu pasukan, alamat buruk untuk pasukan lawan.

mathieu, rakitic, bravo
really pemain ini aku tak berapa kenal masa dok valencia. masa barca beli pun, ramai fans yang hentam sebab umurnya dah 30 dengan harga hampir 20 juta. teruk board kena hentam. gosip dengan david luiz, marquinho, thiago silva namun akhirnya nama jeremy mathiue yang muncul. dalam perlawanan ini, aku rasa sedikit lega melihat prestasi mathiu. bijak membaca permainan, tenang dan pastinya mampu mematikan bola tinggi.cuma aku tak pasti apakah mathiu mampu bermain kesemua perlawanan barca yang banyak melibatkan la liga, CL dan lain lain
nak harapkan vermaelen, masih injured. nak harapkan pique, bagi aku ok jer tapi pique agak yo yo skit. kadang kadang menjadi kadang kadang tidak.

rakitic agak berperanan. rajin dan mempunyai fizikal yang baik berbanding dengan xavi. at least tak terasa sangat dengan ketiadaan avi hernandez. xavi sebelum ini selalu dikatakan perlahan dan bertubuh kecil,, suatu kekurangan yang jelas bila lawan bermain secara fizikal. tapi rasanya kalau berdasarkan perlawanan ini, rakitici dapat menyajikan sesuatu yang sedikit berlainan berbanding dengan permainan xavi.

sementara bravo jarang diuji. kalau nak bandingkan dengan valdes rasanya masih terlalu awal. dalam perlawanan tadi, tak silap aku hanya ada 2 percubaan tepat ke arah gol oleh bilbao

elhaddadi dan ramirez
aku hanya sempat tengok ramirez selama lebih kurang 15 atau 10 minit jer.
berkenaan munir, aku rasa dia masih ketinggalan berbanding dengan trio amerika selatan barca. kerapkali dalam separuh masa pertama, messi dan rakitic melorongkan bola yang boleh menghasilkan jaringan, munir gagal menghidu peluang dan memintas bola tersebut. namun peluangnya masih terbuka jika dilihat usianya. mungkin dia bukanlah ronaldinho atau messi, tapi at least dia boleh menjadi etoo yang rajin dan mempunyai penyudah yang tajam. ada juga gosip berkenaan masa depan munir di barca. bagi aku dia boleh kekal jika mampu mengatsi trio depan barca. atau paling kurang mampu menjadi pembantu seperti pedro. kalau dilihat perlawanan tadi, rasanya macam tak kekal lama jer..

La Liga
aku masih ingat saat saat alexis sanchez menjaringkan gol cantik dari sudut sukar masa perlawanan penentuan kejuaraan dengan atletico tahun lepas di nou camp. tapi sayangnya godin menjaringkan gol penyamaan, sekaligus mengesahkan kejuaraan buat atletico. kalau barca menang perlawanan itu, rasanya luiz enrique masih di celta vigo dan alexis mungkin kekal di barca

la liga tahun lepas agak fight antara 3 pasukan teratas. aku tak boleh jangka sejauh mana kekuatan real dan atletico tahun ni walaupun mereka kehilangan pemain tonggak seperti xabi alonso, diego costa etc.
aku juga masih tak dapat nak agak pendekatan barca bila berhadapan dengan pasukan kuat seperti atletico dan real dalam la  liga termasuk juga pasukan pengacau seperti sociedad, bilbao, valencia etc.


champions league
sebagai peminat barca, aku inginkan champions league. CL ni macam mahkota kemuncak segala kejuaraan di eropah

tapi peluang dalam CL selalunya sukar dijangka. ditambah pula dengan team lain macam gergasi germany, bayern n dortmund. gergasi england seperti reds, mourinho chelsea, city, gunners walaupun rasa pelik tanpa kehadiran setan merah. gergasi seria A seperti juve etc, dan gergasi la liga lain real dan atletico. tak dilupakan PSG yang dilihat keseorangan mewakili perancis.

bagiku semua pasukan ada peluang untuk menjadi juara CL. tambahan lak, kalau pasukan kecil dan terlibat dalam banyak kejohanan, peluang untuk player injured, kena suspended or macam-macam masalah agak tinggi dan boleh menggangu persiapan pasukan.

xavi
aku mengenali pemain ini pada zaman kluivert lagi. ketika berumur 17 tahun sudah berada dalam kesebelasan utama barca. pemain paling banyak bermain utk barca. living legend. namun jika dilihat perlawanan tadi, rakitic mampu mengisi posisi xavi sebagai enjin tengah barca walau dengan cara berbeza

kisah nafsu yang tidak pernah kenyang



Arwah guruku pernah bercerita tentang seorang lelaki tua yang terbaring kesakitan di dalam wad. Lelaki berkenaan menderita bermacam macam penyakit. Tidur pun beraduh kesakitan, jaga pun mengeluh sakit. Masa orang suapkan makanan pun kalau terkasar dia akan mengerang kesakitan. Tetiba jer dia dengar berita percakapan orang sebelah katilnya bahawa ada orang di kampong tertentu nak jual tanah, lantas dia bertanya dengan pertanyaan bagaikan orang yang tidak pernah sakit….

“berapa harga satu lot tanah tu?”

“dah ada geran ker belum?”

“ tanah freehold ker camana tu?”

“luas berapa kaki persegi?”

Lelaki tua ini sepanjang hayatnya suka membeli tanah. Pantang ada jer orang nak jual tanah, dia akan beli(dia seorang yang berada). Ada tanah yang dipegangnya. Ada yang dijualnya bila bertemu dengan pembeli yang sanggup membeli dengan harga tertentu

Pengajaran cerita
Aku terkenangkan surah al-takathur. Surah yang aku kuliahkan di sebuah masjid selepas maghrib. Antara yang sempat aku ingat ialah hadis yang dinukilkan oleh Prof dr. wahbah al-Zuhailiy bahawa Nabi SAW pernah bersabda….mafhumnya lebih kurang…

Anak adam akan semakin tua, namun ada yang kekal muda iaitu angan-angan dan keinginan.

juga hadis Nabi SAW yang bermaksud....kalaulah anak adam ini mempunyai dua lembah emas, pastinya dia berkeinginan untuk mendapatkan lembah emas yang ketiga...
 
Walaupun kita terbaring di katil wad kerana sakit, nak makan pun dah tak selera. Nak buat apa pun sentiasa diganggu kesakitan. Namun nafsu tetap berkeinginan seolah-olah tidak pernah sakit. Seolah-olah pembaringan di katil hospital itu hanya sementara. Begitulah nafsu yang tidak pernah kenyang


Rabu, 10 September 2014

kisah iman Abdullah bin Huzafah al-Sahmi ra

Abdullah bin huzafah merupakan seorang sahabat nabi yang terlibat dalam peperangan menentang tentera rom pada zaman khalifah umar al-khattab. dalam satu peperangan, abdullah ditawan oleh tentera rom. lalu raja rom meminta sahabat nabi yang ditawan ini dibawa ke hadapannya.
kemudian raja rom menawarkan sebahagian dariapda hartanya untuk abdullah dengan syarat abdullah hendaklah berpaling daripada agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
lalu abdullah menegaskan bahawa kalaulah si raja rom ini memberikan seluruh hartanya, bahkan seluruh harta yang dimiliki oleh raja-raja arab, sesekali abdullah tidak akan meninggalkan agama islam ini walau untuk seketika
akibat penolakan ini, raja rom memerintahkan agar dibawa di depannya sebuah tempat azab yang dipenuhi minyak yang mendidih, lalu raja memerintahkan supaya dihumban ke dalam minyak yg panas mendidih itu seorang tawanan perang muslim. lalu tawanan perang itu meninggal dengan dagingnya yang masak dan kecut. raja melakukan perkara ini untuk mengugut dan menimbulkan rasa takut serta gerun terhadap abdullah
seterusnya raja memerintahkan agar abdullah dihumban ke dalam minyak panas ini, lalu abdullah menangis. para pengawal segera membawa abdullah mengadap raja. sangka mereka, abdullah telah berasa takut dan taktik mereka untuk menakutkannya menjadi.
kemudian, abdullah sekali lagi ditawarkan sebahagian harta dengan meninggalkan islam, abdullah tegas menolaknya.
raja merasa pelik lalu bertanya kenapa abdullah menangis
abdullah menjawab aku menangis kerana aku rasa sedih kerana nyawaku hanya satu dan ianya akan pergi sebentar lagi. aku ingin mempunyai banyak nyawak sebanyak rambutku ini, maka engkau buleh lemparkan aku berulangkali ke dalam minyak panas itu. aku ingin gunakan kesemuanya pada jalan Allah
raja rom tersentak mendengar jawapan abdullah. dia merasa kagum dengan kehebatan sahabat nabi di depannya. selama ini dia hanya mendengar tentang kehebatan seorang sahabat nabi.
raja rom seterusnya menawarkan pembebasan kepada abdullah dengan syarat abdullah mencium dahinya. abdullah bersetuju dengan terlebih dahulu mensyaratkan agar tawanan muslim seramai lebih kurang 80 orang dibebaskan. raja pun bersetuju lalu membebaskan abdullah dan tawanan perang yang lain setelah abdullah mencium dahinya.
apabila pulang ke madinah, berita ini tersebar dan sampai ke pengetahuan khalifah umar ra. lalu umar ra dengan gembira berkata bahawa menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk mencium dahi(kepala) abdullah huzafah dan aku akan memulakannya.....
begitulah kisah kehebatan iman seorang sahbat nabi saw

* kisah disallin daripada buku diari musafir jangan berhenti berlari tulisan ustaz zaharudin abdul rahman
ustaz zaharudin menyebut bahawa kisah ini diriwayatkan oelh al-zahabiy dalam siyar aklam al-nubala, al-isabah oleh ibn hajar, tarikh dimasyq oleh ibn asakir dan lain-lain

Jumaat, 15 Ogos 2014

buat yang bertanya pasal nikah, cerai dan rujuk

dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

akhir akhir ini ada pelbagai persoalan melibatkan cerai, nikah dan rujuk ditujukan kepada hamba. ada yang bertanya di ruangan komen, ada yang menghantar emel dan ada juga yang bertanya melalui sms dan telefon.hamba bukanlah seorang alim yang mampu menjawab persoalan saudara/ri. apa yang hamba paparlah sebagai panduan ringkas dalam bentuk kertas kerja dan sebagainya. hamba juga tidak mahu jawapan hamba nanti menimbulkan permasalah lain kepada anda kerana isu rumahtangga /munakahat cukup besar.melibatkan anak-anak, zuriat keturunan dan sebagainya. hamba bimbang kalau kalau jawapan hamba tidak tepat.
kebiasaannya apabila sebarang kes rumahtangga dirujuk kepada pejabat agama. pihak pejabat akan memanggil kedua-dua belah pihak samada melibatkan sesi kaunseling mahu pun kes yang dirujuk ke mahkamah syariah untuk mendapatkan pengesahan dan perincian. kalau setakat di blog ni, rasanya cukup sukar dan hamba tak berani menjawabnya....justeru itu hamba memohon supaya benda yang real sebegini dirujuk ke tempat sewajarnya. apa yang hamba paparkan adalah himpunan kertas kerja sebagai panduan ringkas sahaja...

Sabtu, 17 Mei 2014

kenangan tentang derma darah

seingat aku, kali pertama aku derma darah ialah masa tingkatan enam. aku masih ingat rombongan pihak kesihatan(bahagian tabung darah) datang ke sekolah aku bersama set makanan yang banyak. aku tengok pihak jururawat sibuk merebus telor, menjerang air dan menyediakan makanan. serta merta motivasi kami selaku pelajar tingkatan enam rasa nak derma darah. bukan apa, sebab nak makan la. he he he.

kami derma darah beramai-ramai.dan itulah pengalaman derma darah pertama aku. dapat derma darah (buku kecil), dapat makan nasi lemak, telor rebus 2 atau 3 biji seorang(siap minta extra lagi), kuih dan kek serta air milo yang diextrakan milo. semua benda extra.

bila aku ke mesir, berat badan semaking meningkat. purata 5 kg setahun. apa taknya musim sejuk 5 kali makan nasi n roti dalam sehari. aku tercari-cari gak di mana nak derma darah. nak ke hospital tawarkan diri rasa takut juga.maklumlah arab ni dia punya style agak kasar n ganaz skit. aku pernah tengok wad di hospital univ azhar tu satu katil ada 3 atau 4 orang kongsi. bila jer patient tu hilang rasa pening, terus jer balik rumah. mereka ni kalau rasa sembuh skit jer dah balik rumah.

suatu hari, masa balik dari kuliah, aku berjalan kaki merentas pasar besar atabah, aku nampak van derma darah dok parking di tepi jalan. ada kerusi untuk derma darah. aku tengok jururawat lelaki n perempuan bersama doktor dan 2 3 orang pegawai pun ada. masa tu van ni dah nak tutup sebab targetnya dah tercapai. hadiah n makanan pun dah habis diberikan kepada orang yang menderma.

aku tawarkan diri nak derma. masa tu kerusi derma darah kat luar van semuanya dah ditutup. yang ada 2 kerusi lagi di dalam van. aku masuk dalam van dan tawarkan diri untuk derma darah. aku nampak wajah pegawai tu kehairanan, maybe tak pernah lagi orang malaysia derma darah dengan dia. bila jer aku duduk di atas kerusi tu, aku perhatikan setiap cara dan budaya kerja mereka. walaupun arab ni kasar, tapi bila dengan kita orang luar, mereka berlembut.

masa pegawai lelaki tu nak cucuk jarum kat lengan aku, dia minta supaya aku jangan tengok. aku cakap takper, aku dah biasa dan aku nak tengok. aku tengok bagaimana dia masukkan jarum ke lengan aku dan seterunsya darah mengalir keluar ke dalam tabung plastik. kemudian doktor dan 2 3 orang pegawai lain datang, mereka mengucapkan terima kasih dan sepanjang mereka berada dalam unit darah, inilah kali pertama orang bukan warga tempatan menderma darah. mereka dah nak tutup sebenarnya tapi sebab aku tawarkan diri juga, mereka lakukannya. aku dapat lihat pegawai yang lain dah mula mengemas barang. van satu lagi (ada 2 van) dah pun bersiap dan kesemua pegawai bahagian darah yang lelaki sibuk melayan aku bercakap dengan mereka. aku nampak wajah mereka kehairanan. memang inilah kali pertama penderam darah bukan warga mesir katanya (tak tau la betul ker tak).

selesai jer, aku bangun. plan aku nak ke kedai kek n roti. nak makan manisan dan apa-apa jer. nak makan yang berat tu rasa masih kenyang. sebelum aku pergi, mereka cakap makanan dan minuman semuanya dah habis. mereka minta maaf banyak-banyak.mereka sebenarnya dah mengemasnak balik ke pejabat. aku tak kisah sangat sebab aku memang nak derma jer. soal makanan dan minuman kat mesir, kami tak berkira sangat sebab murah. roti eish 2 biji baru jer 10 sen. tambah kacang dan sayur tu dalam 25 sen. dah kenyang tu. namun ada seorang doktor memberikanku sebuah beg. beg ini katanya khas untuk aku. aku amik dan berlalu pergi ke kedai kek. memang aku nampak mereka memang appreciate aku hari tu.

aku masuk ke kedai kek. aku beli kek dan kuih-muih dalam seringgit jer(dah banyak tu) dan air tebu 25 sen. masa aku dok sebelah pakcik arab, pakcik tu tgk lengan aku ada plaster. dia tanya aku derma darah ker. aku jawab yer. pakcik tu ucapkan terima kasih banyak-banyak. kamu dah tolong rakyat mesir. ramai rakyatmesir memerlukan darah terutama para tentera. banyak kali dia ulang benda tu. aku kembang hidung jer hari tu.

balik ke rumahku di elmarg, aku tido jer sambil banyakkan minum air. beg yang diberi aku simpan. tak la guna sangat untuk travel sebab beg tu biasa jer. tak sampai 2 tahun beg tu rosak sebab buku dan kertas yang aku taruk dalam tu berat sampai terkoyak.

really 2 kali aku derma darah di mesir. kali yang kedua tu pegawai dia takder la cakap banyak sebab dia dah biasa ambil darah dengan pelajar asing di azhar univ. tapi aku tak kisah lah. yang penting aku dapat bagi sumbangan.

sampai aku dok UKM pun, kalau ada pusat darah negara buat derma darah di pusanika, aku derma kecuali ketika aku demam, makan ubat dan sebagainya. moga-moga apa yang aku buat dulu, sentiasa berada dalam buku catatan amal sebelah kanan.

kisah sebuah keikhlasan

pada zaman kegemilangan islam dahulu, umat islam banyak membuka negeri-negeri baru dan melancarkan dakwah ke seluruh pelusuk dunia.banyak kota yang telah dibuka satu demi satu. sampai di sebuah kota yg terakhir, tentera islam sukar membuka kota itu. ditambah pula dengan musim yang berubah menjadikannya tugas itu cukup sukar. namun tentera islam terpaksa bertahan.

ringkasnya pintu kota itu berjaya dibuka dan tentera islam dapat masuk ke dalam kota itu. selesai semuanya pihak pemerintah mengumumkan di hadapan tenteranya siapakah yang telah membuka pintu kota itu untuk diberikan ganjaran. tiada seorang pun di kalangan tentera yang mengaku membuka pintu kota itu. lalu pemerintah atau raja meminta pahlawan berkenaan yang telah membuka pintu kota itu supaya datang seorang diri berjumpanya.

kemudian pada waktu malam datanglah seorang pahlawan dengan baju perangnya mengadap raja. raja pun bertanyakan tentang siapakah yang telah membuka pintu kota itu. pahlawan itu mengenakan 3 syarat dan raja mesti menerimanya. oleh kerana tiada pilihan, raja bersetuju dengan syarat itu.  3 syarat itu ialah raja/baginda dilarang mengetahui namanya, dilarang melihat wajahnya,dan syarat ketiga kalaulah berita ini akhirnya pecah dan tersebar maka tuanku dilarang memberikan sebarang anugerah atau ganjaran kepada keluarganya. setelah baginda setuju menerima ketiga syarat itu, lalu pahlawan itu mengaku bahawa beliaulah yang telah membuka pintu kota itu. kemudian pahlawan yang lengkap memakai pakaian perang itu berlalu pergi tanpa diketahui siapakah dia dan bagaimanakah wajahnya.......

*cerita dipetik daripada dr zahazan, ketika beliau menafsirkan surah al-maun (tafsir al-quran)

Jumaat, 16 Mei 2014

poksu weil: antara memukat dan menjala

seingat aku, pernah sekali poksu weil menjelaskan kenapa beliau hanya mengajar di pondok sungai durian. beliau jarang sekali keluar berceramah di tempat lain selain daripada masjid al-Rahman sungai durian. ada juga sekali sekala tapi cukup jarang. beliau stay kat pondok jer....

poksu weil pernah sebut bahawa beliau ingin memukat. menahan pukat. tidak mahu menjala. lagak orang menahan pukat samada merintangi arus atau menyusuri arus, kalau ada ikan yang melanggar pukat, kenalah. berhasillah pukat yang ditahan. kalau xde ikan, hampalah. kadang kadang orang yang memukat dapat sampah, ranting kayu jer. ada juga kekadang sampah yang lekat lebih banyak daripada hasil yang diperoleh. tapi begitulah orang menahan pukat.

lagak orang menjala, sanggup keluar mencari lubuk ikan walaupun jauh di pedalaman. bahkan ada yang siap bawa khemah dan beras, tinggal di ulu legeh sehari dua mencari lubuk ikan. di mana lubuk keli, haruan di situlah jala ditebarkan. kalau beruntung dapat spesis macam kelah. orang menjala sama sekali mengelak tempat yang penuh dengan sampah, ranting kayu dan segala macam halangan. jala hanya ditebar ke tempat yang disyaki ada hasil sahaja....aku termenung mendengar kiasan ini.

aku teringat cerita dr abdul Basit sg durian tentang penceramah agama yang glamer. rata berceramah ke seluruh pelosok negeri. kebetulannya ada sebuah masjid kecil yang nak sangat supaya penceramah ini datang berceramah di masjid berkenaan. penceramah ini menolak kerana jadual terlalu padat. lalu pihak masjid meminta supaya beliau sendiri yang menetapkan jadual ceramahnya dan beliau bersetuju. lalu selepas tarikh dipilih, pihak masjid pun bersiap dengan segala kelengkapan yang ada. namun secara mengejut penceramah ini membatalkan ceramahnya.......kerana menerima jemputan daripada masjid yang lebih besar pada tarikh yang sama, yang telah dipersetujui sebelum ini......sekali lagi aku termenung seketika mendengar kisah dari dr abdul basit.

itulah sebabnya poksu weil hanya menahan pukat, tidak mahu menjala....

# poksu weil ialah TG hj ismail sulaiman, adik kepada TG hj abdul rahman sg durian pengasas pondok sg durian.

Sabtu, 1 Februari 2014

draf ceramah kanak-kanak (maulidurrasul)



makan nasi di kedai mama
  nasi kerabu berlaukkan hati
izinkan hamba membuka kata
  bicara tentang cinta nabi

para hadiri sekalian, sempena hari sambutan maulidurrasul ini, terlebih dahulu marilah kita berselawat ke atas junjungan kita nabi Muhammad SW:

(selawat) ................

tuan-tuan sekalian, taukah betapa besarnya pahala kita berselawat. ya...pahala selawat cukup besar.dalam satu hadis Nabi SAb bersabda:

sesiapa yang berselawa padaku sekali, Allah SWT akan berselawat ke atasnya 10 kali.

ya tuan, 10 kali, saya ulang lagi, 10 kali tuan, lumayankan. kalau nama kita disebut orang besar di hadapan orang ramai sekali pun sudah kembang hidung kita kanb. barangkali bukan setakat hidung yang kembang, kita pun akan rasa melayang, tak lalu makan berhari-hari. puncanya kerana nama kita dipuji orang di khalayk ramai. bagaimana kalau nama kita disebut-sebut oleh Allah SWT, 10 kali setiap kali kita berselawat? dipuji olehNYA dihapadan makhluk makhluk lain di alam ini. pastinya kita rasa gembira yang amat sangat mengalahkan dato nikah kahwin yang tidak mahu membasuh tangannya kerana bersalam dengan puspa wangi dalam filem musang berjanggut. tuan -tuan ingat tak cerita tu?

tuan tuan sekalian, soalnya bagaimanakah caranya untuk kita menyayangi dan mencintai Rasul kita selain daripada selawat? apakah perlu kita membina tugu peringatan cinta sebagaimana terbinanya Taj Mahal di India yang menjai lambang cinta agung Syah Jehan terhadap isterinya Mumtaz? atau perlukah kita menulis sepanduk WE LOVE MUHAMMAD kemudian kita arakkannya di sekitar jalan sambil berarak? apakah cukup dengan itu semua?

tuan tuan sekalian, nak berarak, beraraklah, nak bina bangunan monumental, binalah asalkan ianya tidak membazir. namun ada sesuatu yang lebih penting daripada itu, iaitu sama-samalh kita beramal dengan sunnah nabi dalam hidup kita. apakah yang dimaksudkan dengan sunnah nabi?

tuan tuan, sunnah nabi ertinya apa sahaqja yang nabi buat, nabi sebut dan ucap, akhlak nabi dan adapa sahaja yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW. sunnah nabi ni banyak. kita ambil yang mudah jer iaitu menuntut ilmu. sabda Nabi SAW

menuntut ilmu adalah satu kefarduan kepada seiap orang islam (hadis)

dalam konteks kita sebagai pelajar sekolah rendah, kita boleh beramal dengan hadis ini dengan cara sentiasa belajar bersungguh sungguh . kita juga hendaklah selalu hadir ke sekolah. kalau pihak sekolah merancang dan mengadakan aktiviti aktiviti tertentu seperti kelas tambahan, aktiviti sukan dan sebagainya, marilah kita sama sama hadir dan memeriahkannya.

akhir kata, marilah kita sama-sama merealisasikan cinta kita kepada Rasulullah SAW dengan menuntut ilmu dan hadir ke sekolah. jadikan ponteng sifar sebagai tanda cinta kita kepada Baginda SAW.

tuan -tuan yang saya hormati, sebelum saya mengundur diri, ingin sekali saya tanya kepada diri saya sendiri dan tuan-tuan, apakah kita benar-benar cinta kepada Rasulullah SAW? APAKAH KITA BENAR-BENAR SAYANG KEPADA NABI MUHAMMAD SAW? kalau jawapannya ya, marilah kita buktikan dengan amal kiata.

(selawat).....................
..............................

apa yang baik daripada Allah Taala, apa yang tidak baik daripada diri saya sendiri....

........
wassalam

Rabu, 29 Januari 2014

ikjaz tashriciy dalam pengharaman arak



BAB III

ICJAZ TASHRICIY DALAM PENGHARAMAN ARAK

3.1 Pendahuluan
Dalam bab lepas, arak diharamkan secara berperingkat. Tujuannya ialah untuk mendidik jiwa manusia secara beransur-ansur kerana arak menjadi suatu tabiat dan kebiasaan sehingga ia dihidangkan dalam majlis keraian, kenduri dan sebagainya. Arak juga disebut dan dipuji dalam syair-syair mereka. Justeru itu, Allah mengharamkan arak yang menjadi suatu kebiasaan orang arab secara berperingkat.

3.2 Pengertian Syarak
Syarak merupakan masdar dari perkataan Sharaca, sementara tashric masdar dari perkataan sharraca. Syariah pada penggunaan bahasa bermaksud jalan menuju ke air. Kemudian orang arab menggunakannya untuk menunjukkan kepada suatu jalan yang lurus. Seperti air yang menjadi punca kehidupan, begitulah juga jalan yang lurus tadi menjadi sumber petunjuk kepada jiwa dan menghidupkannya. Perkataan syariat kemudiannya digunakan untuk menunjukan kepada jalan ketuhanan[1]

3.3 Icjaz tasyriciy Dalam Pengharaman Arak
Icjaz tasyriciy bermaksud menetapkan lemahnya manusia secara keseluruhannya daripada membawakan sesuatu yang seumpama al-Quran dari segi hukum dan perundangan, samada hukum itu melibatkan perkara yang bersangkutan individu atau masyarakat dalam semua bidang.
Apabila membicarakan Icjaz tasyriciy dalam pengharaman arak, maksudnya ialah menetapkan lemahnya manusia daripada mencipta atau membawa suatu perundangan yang mampu menandingi undang-undang berkenaan arak.
Undang-undang Islam mempunyai sifat-sifat tertentu seperti seperti syumul, fleksibel dan kesesuaian dengan fitrah manusia.
Kesyumulan undang-undang Islam dapat dilihat dalam masalah arak yang mana Islam mengubati penyakit arak daripada akar umbinya. Islam mendidik jiwa manusia dengan cara menyebut bahawa arak membawa lebih banyak mudarat berbanding manfaat. Proses pendidikan ini menyediakan jiwa manusia kepada pengharaman secara mutlak. Kemudian Islam menyeru orang mukmin supaya jangan bersolat dalam keadaan mabuk, oleh itu para sahabat tidak lagi minum dalam keadaan hendak solat. Kemudian barulah Islam mengharamkan arak secara mutlak. Pemeringkatan ini nyata memberi kesan besar kepada masyarakat tentang arak
Seterusnya apabila arak diharamkan secara mutlak, Islam menyediakan peruntukan undang-undang yang mempunyai sifat mencegah. Apabila seorang yang sabit kesalahan arak dikenakan hukuman hudud di khalayak, pastinya ia akan memberi kesan kepada masyarakat yang menontonnya.

3.4 Perbandingan Undang-Undang Pencegahan Arak[2]
Sebenarnya suatu yang tidak adil untuk kita membandingkan undang-undang Allah dengan undang-undang manusia dalam semua segi kerana ia seolah-olah menjadi perbandingan di antara ciptaan Tuhan dengan ciptaan manusia. Namun kita hanya mengambil satu contoh realiti bagaimana Syarak mengubati suatu masalah yang mana masyarakat yang mendakwa paling bertamadun pada hari ini masih sukar untuk menanganinya secara berkesan.
Sesungguhnya Syarak mengubati penyakit ini hanya dengan 3 peringkat penurunan ayat al-Quran. Apa yang berlaku pada masyarakat bukan Islam ialah mereka masih berdepan dengan masalah ini lebih daripada 13 abad. Perkara ini masih menjadi poin penting kepada penggubal dan pembuat dasar yang mungkin boleh disifatkan sebagai paling bertamadun pada masa kini.
Di Amerika Syarikat pada tahun 1919, pihak berkuasa cuba mengubati masalah berkenaan arak dengan melaksanakan undang-undang yang digelar ACTE Volstead.[3] Ianya berkuatkuasa selama lebih kurang 13 tahun sebelum dimansuhkan kerana menemui kegagalan. Dalam kempen berkenaan arak, mereka menggunakan sepenuhnya media massa mereka seperti akhbar, televisyen, radio dan sebagainya. Belanja untuk kempen membasmi arak sahaja mencecah angka 65 juta dolar. Sebanyak 9 billion halaman akhbar, majalah dan risalah telah disebarkan untuk menerangkan kepada rakyat Amerika bahayanya arak. Walau bagaimanapun angka 65 juta dolar ini masih tidak mampu untuk menghilangkan arak daripada masyarakt Amerika Syarikat sehingga akhirnya kempen ini dibatalkan setelah ianya menemui kegagalan[4]
3.5 Kesimpulan
Sememangnya al-Quran penuh dengan mukjizat. Salah satu daripadanya berkenaan dengan undang-undang melibatkan arak. Kita dapat lihat bagaimana al-Quran berinteraksi dengan masyarakat arab dahulu semasa proses penurunannya dan kalau dibandingkan dengan penggubalan akta untuk mencegah atau menghalang penjualan arak yang pernah cuba dilaksanakan oleh penggubal-penggubal undang-undang, nyata ia jauh berbeza. Benarlah bahawa al-Quran sememangnya datang daripada Allah


[1] http://www.alukah.net/sharia/0/3963
[2] http://www.alukah.net/sharia/0/3963
[3] en.wikipedia.org/wiki/Volstead_Act

[4] elmargi.blogspot.com