BAB III
ICJAZ
TASHRICIY
DALAM PENGHARAMAN ARAK
3.1 Pendahuluan
Dalam
bab lepas, arak diharamkan secara berperingkat. Tujuannya ialah untuk mendidik
jiwa manusia secara beransur-ansur kerana arak menjadi suatu tabiat dan
kebiasaan sehingga ia dihidangkan dalam majlis keraian, kenduri dan sebagainya.
Arak juga disebut dan dipuji dalam syair-syair mereka. Justeru itu, Allah
mengharamkan arak yang menjadi suatu kebiasaan orang arab secara berperingkat.
3.2 Pengertian Syarak
Syarak
merupakan masdar dari perkataan Sharaca, sementara tashric masdar dari perkataan sharraca.
Syariah pada penggunaan bahasa bermaksud jalan menuju ke air. Kemudian orang
arab menggunakannya untuk menunjukkan kepada suatu jalan yang lurus. Seperti
air yang menjadi punca kehidupan, begitulah juga jalan yang lurus tadi menjadi
sumber petunjuk kepada jiwa dan menghidupkannya. Perkataan syariat kemudiannya
digunakan untuk menunjukan kepada jalan ketuhanan[1]
3.3 Icjaz tasyriciy
Dalam Pengharaman Arak
Icjaz tasyriciy
bermaksud menetapkan lemahnya manusia secara keseluruhannya daripada membawakan
sesuatu yang seumpama al-Quran dari segi hukum dan perundangan, samada hukum
itu melibatkan perkara yang bersangkutan individu atau masyarakat dalam semua
bidang.
Apabila membicarakan Icjaz tasyriciy dalam pengharaman arak,
maksudnya ialah menetapkan lemahnya manusia daripada mencipta atau membawa
suatu perundangan yang mampu menandingi undang-undang berkenaan arak.
Undang-undang Islam mempunyai sifat-sifat tertentu
seperti seperti syumul, fleksibel dan kesesuaian dengan fitrah manusia.
Kesyumulan undang-undang Islam dapat dilihat
dalam masalah arak yang mana Islam mengubati penyakit arak daripada akar
umbinya. Islam mendidik jiwa manusia dengan cara menyebut bahawa arak membawa
lebih banyak mudarat berbanding manfaat. Proses pendidikan ini menyediakan jiwa
manusia kepada pengharaman secara mutlak. Kemudian Islam menyeru orang mukmin
supaya jangan bersolat dalam keadaan mabuk, oleh itu para sahabat tidak lagi
minum dalam keadaan hendak solat. Kemudian barulah Islam mengharamkan arak
secara mutlak. Pemeringkatan ini nyata memberi kesan besar kepada masyarakat
tentang arak
Seterusnya apabila arak diharamkan secara mutlak, Islam
menyediakan peruntukan undang-undang yang mempunyai sifat mencegah. Apabila seorang
yang sabit kesalahan arak dikenakan hukuman hudud di khalayak, pastinya ia akan
memberi kesan kepada masyarakat yang menontonnya.
3.4 Perbandingan Undang-Undang
Pencegahan Arak[2]
Sebenarnya
suatu yang tidak adil untuk kita membandingkan undang-undang Allah dengan
undang-undang manusia dalam semua segi kerana ia seolah-olah menjadi
perbandingan di antara ciptaan Tuhan dengan ciptaan manusia. Namun kita hanya
mengambil satu contoh realiti bagaimana Syarak mengubati suatu masalah yang mana
masyarakat yang mendakwa paling bertamadun pada hari ini masih sukar untuk
menanganinya secara berkesan.
Sesungguhnya Syarak mengubati penyakit ini hanya
dengan 3 peringkat penurunan ayat al-Quran. Apa yang berlaku pada masyarakat
bukan Islam ialah mereka masih berdepan dengan masalah ini lebih daripada 13
abad. Perkara ini masih menjadi poin penting kepada penggubal dan pembuat dasar
yang mungkin boleh disifatkan sebagai paling bertamadun pada masa kini.
Di Amerika Syarikat pada tahun 1919, pihak berkuasa cuba
mengubati masalah berkenaan arak dengan melaksanakan undang-undang yang digelar
ACTE Volstead.[3]
Ianya berkuatkuasa selama lebih kurang 13 tahun sebelum dimansuhkan kerana
menemui kegagalan. Dalam kempen berkenaan arak, mereka menggunakan sepenuhnya
media massa mereka seperti akhbar, televisyen, radio dan sebagainya. Belanja
untuk kempen membasmi arak sahaja mencecah angka 65 juta dolar. Sebanyak 9
billion halaman akhbar, majalah dan risalah telah disebarkan untuk menerangkan
kepada rakyat Amerika bahayanya arak. Walau bagaimanapun angka 65 juta dolar
ini masih tidak mampu untuk menghilangkan arak daripada masyarakt Amerika
Syarikat sehingga akhirnya kempen ini dibatalkan setelah ianya menemui
kegagalan[4]
3.5
Kesimpulan
Sememangnya
al-Quran penuh dengan mukjizat. Salah satu daripadanya berkenaan dengan
undang-undang melibatkan arak. Kita dapat lihat bagaimana al-Quran berinteraksi
dengan masyarakat arab dahulu semasa proses penurunannya dan kalau dibandingkan
dengan penggubalan akta untuk mencegah atau menghalang penjualan arak yang
pernah cuba dilaksanakan oleh penggubal-penggubal undang-undang, nyata ia jauh
berbeza. Benarlah bahawa al-Quran sememangnya datang daripada Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan