Jumaat, 22 Mei 2026

Kelebihan Ibadah Korban

 Kelebihan Ibadah Korban

Aisyah ra meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

(Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya. Sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada reda Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban- al-Tirmiziy)

 

Ada sedikit perbasahan tentang status hadis ni.  Namun makna umum tentang hadis ni ttg kelebihan melakukan ibadah korban disokong oleh nas-nas lain.

 

Hadith ini menerangkan antara ibadat yang afdal, dituntut untuk kita buat pada Aidil Adha adalah dengan melakukan ibadah korban. Then haiwan korban tu akan datang pada hari kiamat sepertimana ia di dunia tanpa sebarang kekurangan padanya. Setiap anggota tu ada ganjaran pahala untuk kita. So daging, bulu, tanduk semuanya tu menjadi ibadah dan ada ganjaran untuk kita kelak. Ulama menyebut lagi berdasarkan nas bahawa haiwan korban itu akan jadi tunggangan kita ketika melintasi titian sirat. Camana titian sirat?, Camana keadaan kat sana tu?, Biarlah dulu. Benda camni bukan untuk tanggapan pancaindera kita kat dunia ni

 

Kat akhir hadith ini ada perintah agar kita membersihkan jiwa atau diri kita dengan cara melaksanakan ibadah korban. Ini kerana padanya disediakan ganjaran dan pahala yang cukup besar oleh Allah SWT.

 

Ibadah korban merupakan salah satu syiar agung dalam Islam yang dilakukan pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik. Ibadah ini dilakukan dengan menyembelih haiwan ternakan seperti lembu, kambing atau unta sebagai tanda ketaatan kepada Allah SWT. Amalan ini bukan sahaja mempunyai nilai ibadah yang besar, malah membawa pelbagai kelebihan kepada individu dan masyarakat.

 

Antara kelebihannya ialah ia menjadi bukti ketakwaan dan ketaatan seorang hamba kepada Allah SWT. Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim as yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail as kerana mematuhi perintah Allah menjadi contoh agung dalam sejarah Islam. Walaupun akhirnya Allah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas, peristiwa tersebut mengajar umat Islam tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan kepatuhan yang tinggi terhadap perintahNya.

 

Selain itu, ibadah korban juga memupuk sifat pemurah dan kasih sayang sesama manusia. Daging korban akan diagihkan kepada ahli keluarga, jiran tetangga, fakir miskin dan golongan yang memerlukan. Melalui pengagihan ini, golongan miskin dapat merasai nikmat makanan yang enak dan bergembira bersama masyarakat pada hari perayaan. Keadaan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin.

 

Kelebihan lain ialah ibadah korban mendidik umat Islam supaya sanggup berkorban demi agama dan masyarakat. Pengorbanan bukan hanya melibatkan harta benda, tetapi juga masa, tenaga dan kepentingan diri sendiri. Orang yang melakukan korban akan belajar bahawa harta yang dimiliki hanyalah pinjaman daripada Allah SWT dan sebahagiannya perlu dikongsi dengan orang lain. Sikap ini dapat melahirkan masyarakat yang prihatin dan saling membantu.

 

Antara soalan yang sering ditanya pasal korban adalah mengenai korban untuk si mati. “Ustaz, boleh ker saya nak buat korban untuk mak saya yang dah meninggal dunia?”. Ni soalan glamer kalua berbincang pasal bab korban.

 

Dalam masalah korban untuk si mati, ulama membahagikan kepada 2 bahagian. Samada si mati pernah berwasiat atau takder cakap apa2.

 

Jika si mati berwasiat supaya melakukan korban untuknya, maka ulama bersepakat bahawa benda tu takder masalah. Insya allah pahala tu sampai kepada si mati

 

Sebaliknya jika si mati takder cakap apa2, tetiba anak cucunya nak melakukan korban untuk si mati, maka sesetengah ulama mengatakan bahawa ianya tak sampai. Namun ada juga ulama yang mengatakan boleh jer kita nak buat korban kepada si mati walaupun dia takder wasiatkan kita, takder pesan apa2 kat kita. Ok je. So terpulangla. Yang penting jika mampu, cukup syarat2 lain, cubalah lakukan ibadat korban.

 

Kesimpulannya, ibadah korban mempunyai banyak kelebihan sama ada dari sudut rohani, sosial mahupun pendidikan akhlak. Ibadah ini mengajar umat Islam tentang erti ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan sebenar. Oleh itu, setiap Muslim yang berkemampuan sewajarnya merebut peluang untuk melaksanakan ibadah korban agar memperoleh ganjaran pahala serta dapat membantu golongan yang memerlukan. Dengan menghayati hikmah korban, umat Islam akan menjadi masyarakat yang lebih bersatu, penyayang dan bertakwa kepada Allah SWT.

 

Tiada ulasan: