Isnin, 31 Ogos 2026

Everton Musim 2026/27

 Everton Musim 2026/27

Musim 2026/27 hadir sebagai satu musim yang cukup penting buat Everton selepas menamatkan musim lepas di pertengahan liga. Sayangnya tahun lepas tak layak ke eropah. Kalau layak, akan dapat pendapatan tambahan. Takperla, itu musim lepas punya citer. Tahun ni Everton memasuki musim kedua di Hill Dickinson Stadium (HDS) dengan sasaran yang lebih tinggi.

 

Under David Moyes ni (period kedua), Everton cuba membina pasukan yang lebih kompetitif melalui beberapa pembelian. Namun persoalan utama ialah sama ada penambahan pemain tersebut cukup untuk membawa Everton daripada pasukan pertengahan liga kepada pasukan yang mampu mencabar tempat ke Eropah.

 

Antara nama baru yang dibawa masuk ialah Hayden Hackney, pemain tengah yang sebelum ini beraksi bersama Middlesbrough. Hackney datang dengan reputasi sebagai salah seorang pemain tengah muda terbaik dan dinobatkan sebagai pemain terbaik Championship pada musim sebelum ni. Kehadirannya memberikan Moyes lebih banyak pilihan kat tengah. Nama Hackney ni ambo tak pernah dengar sebelum ni. Jarang amik tahu pasal Championship kecuali pasukan yang dapat promotion ke EPL je.

 

Christian Norgaard pula dibawa masuk dari Arsenal. Norgard ni dah ada pengalaman dalam EPL. Harapnya boleh memainkan peranan sebagai pemain tengah bertahan seperti Idrissa Gueye yang dah berundur.

 

Then Merlin Rohl (tak pasti nak sebut camana word Rohl tu). belum ni jadi loanee je, skang dah permanent. Harapnya menjadi kat midfiled tu

 

Everton juga dapatkan Tyrique George dari Chelsea. Ambo tak biasa dengar nama player ni. Masa menang first match dengan Istana Kristal 2-0 tu nampak macam boleh pergi jauh. Kita tgk la camana, bimbang kot tak konsisten je. Selain itu, Brennan Johnson turut menjadi antara nama besar yang dikaitkan dengan pembentukan skuad baru Everton. Setakat ni, Everton dah spending kira-kira 60j menurut laporan The Times. Harap semua player tu menjadi la

 

Sementara transfer keluar pulak, nama yang paling menonjol ialah Idrissa Gana Gueye dan Seamus Coleman. Gueye ke Saudi. Coleman juga dah berundur dan rasanya setakat ni masih berstatus takder kelab. Tapi berbaloi la Coleman datang dengan fee transfer yg cukup murah, then habiskan masa berbelas tahun kat Goodison Park sebelum ke Hill Dickinson. Ada juga player muda lain yang keluar, tapi tak sebesar nama 2 ni. Setakat ni jendela perpindahan tak tutup lagi. Dah ada gossip Ilman Ndiaye nak keluar. Kalau takder Ilman tu, macam susah juga nak cari pengganti dalam keadaan masa dah suntuk ni.

 

Kelebihan terbesar Everton berbanding musim lepas ialah Moyes cuba tambah depth pasukan dengan dapatkan pemain yang lebih serasi dengan system beliau. Sebelum ni ramai player yg dah sedia ada, maybe nak blend dgn taktikal beliau tu susah skit. Walaupun Everton takderla gameplay macam Barcelona, tapi Moyes memahami bola sepak Liga Perdana dan terkenal dengan pendekatan yang pragmatik, disiplin serta menekankan kekuatan fizikal pasukan.

 

Everton juga mempunyai gabungan player berpengalaman dan player muda. Kat barisan belakang contohnya, gandingan Tarkowski dan  Branthwaite semestinya ditagih. Cuma Tarkoswki dah sedikit berumur, kena ada player lain macam Jake Brien tu kot2 cedera Panjang.

 

Perpindahan ke HDS juga boleh memberi kelebihan besar terutama dari sudut kewangan. Everton memulakan era baru di stadium tersebut dengan kapasiti dan kemudahan moden yang mampu memberikan pengalaman lebih baik kepada penyokong. Faktor suasana di tempat sendiri mungkin memainkan peranan penting dalam usaha Everton mengumpul mata.

 

 

Walaupun banyak perkara positif, Everton masih mempunyai beberapa kelemahan. Cabaran paling jelas ialah kualiti serangan. Musim lalu Everton hanya mempunyai Beto sebagai penjaring terbanyak liga dengan sembilan gol. Ini menunjukkan Everton masih memerlukan penyerang yang mampu menghasilkan gol secara konsisten.

 

Thierno Barry mempunyai potensi, tetapi tekanan untuk menjadi penjaring utama agak besar. Everton juga perlu memastikan Iliman Ndiaye kekal kerana kreativiti dan sumbangannya amat penting dalam sistem serangan pasukan.

 

Masalah lain ialah posisi bek kanan. Laporan semasa menunjukkan Everton masih mencari pemain di posisi tersebut dan Moyes sendiri mengakui bahawa skuadnya masih memerlukan beberapa tambahan.

 

Squad depth area pertahanan juga menjadi persoalan. Everton tidak boleh terlalu bergantung kepada Tarkowski dan Branthwaite sepanjang musim kerana kecederaan atau penggantungan boleh menyebabkan masalah besar. Setakat ni dah ada berita Jake o briean maybe akan keluar

 

Persaingan untuk tempat ke Eropah semakin sengit. Gunners, Citizens, The Reds, The Blues, Red Devils, Claret, Magpies termasukla Spurs semuanya mempunyai sumber kewangan serta skuad yang besar. Everton perlu mengatasi beberapa pasukan lain yang turut menyasarkan kedudukan tujuh teratas.

 

Bagi ambo, sasaran paling realistik Everton ialah tempat ke-7 hingga ke-10. Jika pemain baharu cepat menyesuaikan diri dan Everton berjaya mendapatkan seorang penyerang serta bek kanan berkualiti sebelum jendela perpindahan ditutup, peluang untuk mencabar tempat Eropah adalah lebih besar. Everton sebenarnya takder la jauh sangat daripada kelompok tersebut. Musim lalu dok tempat ke 10. Takder la teruk sangat sebab sebelum ni asyik fight supaya tak jatuh liga je. Kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace pula memberikan permulaan yang sangat baik. Namun, satu perlawanan tidak boleh dijadikan ukuran keseluruhan musim.

Jika Everton mampu menyelesaikan kelemahan tersebut, mengekalkan pemain utama dan mengelakkan kecederaan serius, tempat di kelompok tujuh atau lapan teratas bukan sesuatu yang mustahil. Tetapi jika masalah menjaringkan gol dan kedalaman skuad tidak diselesaikan, Everton berkemungkinan sekali lagi berakhir di pertengahan liga.

 

Buat masa ini, kemenangan pembukaan ke atas Crystal Palace memberikan sebab untuk penyokong Everton optimistik. Musim 2026/27 mungkin belum menjadikan Everton pencabar Liga Juara-Juara, tetapi ia boleh menjadi musim yang membawa The Toffees selangkah lebih dekat kepada bola sepak Eropah.

 

 

Tiada ulasan: