Jumaat, 16 April 2010

dialog guru dan murid



Seorang guru bertanya kepada anak muridnya yang telah lama berguru dengannya:
Sejak bila engkau bersama aku?
Jawab anak muridnya :sejak 30 tahun lalu

GURU : apakah yang engkau dapat belajar daripadaku sepanjang tempoh 30 tahun itu?
MURID : ada 8 masalah

GURU (terkejut): terbuanglah sahaja umurku bersamamu. Engkau tidak dapat apa2 kecuali 8 masalah sahaja
MURID : wahai guruku, aku tidak pelajari yang lain dan aku tidak ingin berdusta

GURU : terangkanlah masalah yang 8 itu supaya aku dapat dengarinya.
MURID : aku memandang kepada makhluk ini, maka aku melihat masing2 mempunyai kekasih dan ingin bersama dengan kekasihnya hingga ke kubur. Namun apabila sampai ke kubur, berpisahlah dia dengan kekasihnya yang amat disayangi itu. Justeru itu, aku mengambil perbuatan baik menjadi kekasihku. Maka apabila kau masuk ke kubur, kekasihku akan masuk bersama denganku

GURU : benar sekali wahai hatim. Yang kedua pula bagaimana?
MURID : aku perhatikan firman Allah Taala:
Dan ada pun orang yang takut di hadapan kebesaran tuhanNYA dan menahan jiwanya dari keinginan yang rendah(hawa nafsu), maka sesungguhnya taman syurga tempat kediamannya.(al-Nazicat ayat 40-41)
Maka yakinlah aku bahawa firman Allah Taala itu benar. Lalu aku perjuangkan diriku menolak hawa nafsu itu, sehingga tetaplah aku dalam ketaatan kepada Allah Taala.

Yang ke-3, aku memandang kepada makhluk ini, maka aku melihat bahawa setiap orang ada padanya benda, dia cukup menghargai, menyayangi dan menjaga benda itu. Kemudian aku memerhatikan firman Allah Taala
Apa yang di sisi kamu itu hilang tetapi apa yang di sisi Allah itu kekal(al-Nahl 96)
Maka tiap kali jatuh ke tanganku sesuatu yang berharga dan bernilai, aku hadapkan dia kepada Allah, semoga kekal ia terpelihara di sisiNYA.

Yang ke-4, aku memandang kepada makhluk ini, maka aku melihat masing2 kembali kepada harta, kebangsawanan, kemuliaan dan keturunan. Lalu aku memandang kepada semua itu, namun nampaknya tidak ada apa2. kemudian aku perhatikan firman Allah Taala
Sesungguhnya yang paling mulia dari kamu di sisi Allah ialah yang paling kuat taqwanya (al-Hujurat 13)
Maka berbuat taqwalah aku, sehingga aku menjadi orang mulia di sisi Allah

Yang ke-5, aku memandang kepada makhluk ini, mereka tusuk-menusuk di antara satu sama ain, saling mengutuk. Asal ini semuanya ialah dengki. Kemudian aku perhatikan firman Allah Taala:
Kamilah yang membahagikan penghidupan di antara mereka dalam kehidupan di dunia ini (al-Zukhruf 32)
Maka aku tinggalkan dengki itu. Aku jauhkan diriku daripada orang ramai. Aku tahu bahawa pembahagian rezeki itu adalah dari sisi Allah Taala. Maka aku tinggalkan permusuhan orang ramai kepadaku

Yang ke-6, aku memandang kepada makhluk ini, berbuat kederhakaan satu sama lain, berperang satu sama lain. Maka kembalilah aku kepada firman Allah Taala:
Sesungguhnya syaotan itu musuh kamu. Sebab itu perlakukanlah dia sebagai musuh (fatir ayat 6)
Maka aku pandang syaitan itu satu2nya musuhku dan aku berhati dan berwaspada kepadanya dengan sungguh2, kerana Allah taala mengaku bahawa syaitan itu musuhku. Dan aku tinggalkan permusuhan makhluk dengan lainnya.

Yang ke-7, aku memandang kepada makhluk ini, maka aku melihat masing2 mencari sepotong daripada dunia ini. Lalu ia menghinakan diri padanya dan ia masuk pada yang tidak halal daripadanya. Kemudian aku perhatikan firman Allah taala:
Dan tidak adalah dari yang merangkak di bumi ini melainkan rezekinya dijamin oleh Allah SWT (Hud ayat 6)
Maka tahulah aku bahawa aku ini salah satu dari yang merangkak2, yang rezekinya dijamin oleh Allah SWT. Oleh itu aku kerjakan apa yang menjadi hak Allah ataasku dan aku tinggalkan apa yang menjadi hakku pada sisinya.

Yang ke-8, aku memandang pada makhluk ini, maka aku lihat masing2 mereka bersandar kepada makhluk. Yang ini kepada bendanya, yang itu kepada perniagaannya, yang itu kepada perusahaannya dan yang itu lagi kepada kesihatan badannya. Masing2 makhluk itu bersandar kepada makhluk sepertinya. Lalu aku kembali kepada firman Allah SWT:
Dan barangsiapa menyandarkan dirinya kepada Allah SWT, maka Allah mencukupkan keperluanya (al-Talaq ayat 3)
Maka aku menyandarkan diriku kepada Allah SWT, dan Allah mencukupkan keperluanku

GURU : wahai muridku! Kiranya Allah memberikan taufik kepadamu! Aku telah memperhatikan segala ilmu pengetahuan taurat, injil, zabur dan al-Quran, maka aku peroleh bahawa segala macam kebajikan dan keigamaan berkisar di atas 8 masalah tersebut. Sesiapa yang memakainya bererti dia telah memakai 4 kitab tersebut


* al-Ghazali, Ihya’ ulum al-din, kelebihan ilmu, bab keenam tentang bahaya ilmu pengetahuan, penjelasan tanda2 ulama akhirat dan ulama jahat.
* guru tersebut ialah Syaqiq al-Balakhi dan anak muridnya ialah Hatim al-Asom. Demikianlah pembacaanku daripada Ihya’
* picture di atas di ambil dari laman http://skkgb.wordpress.com/

syarat seorang penafsir al-Quran(mufassir)

syarat seorang penafsir al-Quran(mufassir)

1) iktikad yang benar lagi sahih. ini kerana akidah(iktikad) menjadi asas penting dan membentuk hala tuju bagi seorang penafsir al-Quran. jika seorang penafsir al_Quran mempunyai akidah yang tidak betul, pastinya penafsir berkenaan akan menafsirkan ayat-ayat al-Quran supaya sentiasa selari dan selaras dengan akidah yang dianutinya

2) bukan mengikut nafsu. tafsiran terhadap al-Quran tidak boleh dilakukan dengan mengikut hawa nafsu si penafsir al-Quran. jika al-Quran ditafsir mengikut hawa nafsu atau selera penafsir, pastinya penafsir berkenaan akan menafsirkan ayat-ayat yang boleh menegakkan fahaman/mazhab mereka seperti yang telah dilakukan oleh golongan muktazilah, Qadariyyah, Jabariyyah dan sebagainya. mereka juga boleh mengelirukan manusia khasnya orang awam dengan tafsiran mereka yang kelihatan lunak dan menarik

3) memulakan penafsiran dengan cara tafsiran ayat al-Quran dengan ayat al-Quran yang lain. ada sesetengah ayat al-Quran yang menyebut sesuatu perkara secara ringkas di sesebuah surah, namun menyebutnya kembali secara terperinci di surah yang lain. oleh itu ayat-ayat ini saling menafsirkan dan seorang penafsir hendaklah mendahulukan teknik atau kaedah menafsirkan sesebuah ayat dengan ayat yang lain.

4) menafsirkan al-Quran dengan sunnah Nabi Muhammad SAW. ini kerana sunnah merupakan syarah atau penerangan kepada al-Quran itu sendiri. di dalam al-Quran ada ayat yang menyebut bahawa sunnah merupakan penerang terhadap al-Quran

5) jika tidak didapati penerangan atau tafsiran sesuatu ayat daripada sunnah hendaklah merujuknya kepada kata-kata sahabat. sahabat merupakan orang yang sempat berjumpa dengan nabi Muhammad SAW dan beriman dengan baginda SAW. mereka merupakan orang yang paling tahu tentang al-Quran kerana al-Quran diturunkan pada masa hidup mereka selain tempoh atau faktor pendampingan mereka dengan Rasulullah SAW. mereka juga sempat menyaksikan atau menjadi saksi sebab diturunkan sesuatu ayat.

6) jika tidak didapati tafsiran sesuatu ayat daripada al-Quran atau sunnah, juga tidak didapati daripada kata-kata sahabat, hendaklah dirujuk kepada kata-kata tabiin(orang yang sempat berjumpa dengan sahabat). contoh2 tabiin ialah seperti Mujahid, Said bin Jabir(Jubair), ikrimah maula Ibn abbas, ata' bin abi rabah, hasan basri, masruq al-ajda', said al-Musayyib, al-rabi' bin anas, qatadah, al-Dahhak dan sebagainya

7) seseorang penafsir hendaklah mengetahui ilmu bahasa arab dan cabang2nya. al-Quran diturunkan dalam bahasa arab. justeru itu, pemahaman terhadap al-Quran tidak dapat diketahui kecuali seseorang penafsir itu mengetahui makna dan maksud setiap lafaz. kata Mujahid, tidak halal bagi seseorang yang mengaku beriman kepada Allah dan Hari akhirat bercakap dan berbicara tentang kitab Allah(al-Quran) jika dia tidak mengetahui bahasa arab. di antara ilmu bahasa arab yang wajib diketahui oleh penafsir al-Quran ialah ilmu nahu, soraf, balaghah merangkumi ilmu ma'ani, bayan, badi',ilmu isytiqaq dan sebagainya

8) mengetahui ilmu yang berkaitan dengan al-Quran seperti ilmu Qiraat, ilmu tauhid, ilmu usul tafsir, usul fiqh dan sebagainya

* Mannac al-Qattan, mabahith fi ulum al-Quran terbitan maktabat al-macarif li al-Nasyr wa al-Tauzic, Riyad, cetakan tahun 2000

Selasa, 6 April 2010

santai....helah melepaskan diri


pada suatu hari, pak jang pergi berjalan berziarah ke rumah kawan lamanya. mereka sudah lama tidak bertemu. rumah kawannya mempunyai serambi yang agak besar dan selesa. sebelah tepinya mempunyai dinding tiang larik, so angin yang bertiup dari kiri dan kanan dapat dirasakan dengan baik dan nyaman sekali. menjadi kebiasaanlah kepada kawannya untuk menyambut tetamu di beranda besar itu kecualilah jika ada hal yang penting, barulah perbualan dan pembiacaraan berlangsung di dalam rumah.

hari tu, pak jang berjalan sambil membawa buah tangan,berupa buah limau mandarin. setelah dipersilakan naik, pak jang duduk berbual di serambi berhampiran dinding sambil bersila dan membuka menongkat kedua tangannya ke belakang. bila jer pak jang meletakkan tangannya ke belakang, dia berasa ada sesuatu cecair panas, berlendir dan melekit2 kat tangannya. pada masa tu, kawannya ada kat depan. berbual-bual dan berborak pasal cerita lama, maklumlah lama tak jumpa. pak jang berfikir, apa kebendanya benda ni, melekit2 dan panas kat tangan aku. dia nak tarik tangannya dan nak cium tapi dia takut kawannya mendapat malu. so dia buat ntanhapaapantah jer la. then dia ternampak sekelompok ayam bermain2 di bawah rumah dan di sekitar tangga. baru dia perasan, ni mesti kawan dia banyak bela ayam, dah sah mesti tangan aku kena najis ayam. kalau yang berketul tu takper la juga, ni mesti kena jenis yang menghampar punya. bak tahi serati. takpun jenis besar lebar cam peta rusia. so pk punya pk pak jang dapat satu idea.

lalu berceritalah pak jang perihal anaknya satu persatu yang ramai tu sambil membuat gaya. Sambil meletakkan tapak tangannya yang terkena najis ayam di atas lantai di sebelah kanannya, dia pun berkata "anak ambo hak nombor satu tu, besar panjang dah" sambil membuat gaya besar panjang, pak jang pun meletak tapak tangannya kat depan dan mengheret ke sebelah kanan membuat gaya besar panjang. " hok tu dah kerja gali telaga minyak, telaga minyak ni kena gali dalam2, kalu tohor takdok minyak" kata pak jang sambil mengheret tapak tangannya menunjukkan gaya dalam. "hok number dua pulak lo ni buat kerja S.O, sekali dia ukur nak sukat tanah, ada la kena heret tali ngukur tu sampai 2 3 rantai" kata pak jang lagi sambil mengheret tapak tangannya di atas lantai tu panjang2. kemudian pak jang mengesot beralih kedudukan ke sebelah kirinya. lalu dia berkata lagi" hak nombor tiga tu lo ni dok sekolah bukit jalil, katanya nak wakil negara bahagian lompat jauh. sekali dia lompat tu..pyunggggg..jauhnya sampai 15 kaki"sambil mengesot tapak tangannya lagi kat atas lantai tu. " hok bombor 4 ni baru nak amik PMR. tak tau la guane, aja ati biar nya mengaji tinggi biar boleh jadi engineer buat bangunan tinggi2 macam klcc pun takper"kata pak jang sambil mengesot tapak tangannya kat atas lantai sambil membuat gaya bangunan tinggi. masa tu pak jang rasa tangannya dah kering. takder kesan melekit atau panas2 lembap dah kat tangan. lalu dia pun cuba nak menghidu kot2 ada lagi bau tahi ayam kat tapak tangannya. " hok bongsu ni tak tau lagi nak kemana, cadang nak hantar sekolah sains, biar buleh jadi angkasawan, biar mengaji tinggi, buleh naik tingggiiiiii sampai ke bulan" masa tu barulah pak jang mengangkat tappak tangannya dari lantai, masa dia sebut tinggiiiiiii tu, dia membawa tangannya melalui muka dan hidungnya sambil cuba menghidu bau kot2 ada lagi bau tahi ayam. bila jer tangan dia melalui hidungnya, dia sempat menghidu dan bau tu dah berkurangan.

so cepat2 dia minta diri nak balik. belum jer isteri kawan tu nak hidangkan air, cepat2 pak jang memohon mengundur diri. sambil bersalam erat, dia mengusap2 belakang kawannya sambil tersenyum..."ambo minta diri dulu, ambo lorat, ada urusan".

* pak jang dalam citer di atas hanyalah rekaan. takder apa2 moral dalam citer ni. hanya semata2 citer. yang baik amik teladan, yang buruk jadikan sempadan

Isteri2 rasulullah SAW(ummahat al-mukminin)

isteri Nabi Muhammad SAW semuanya 11 orang. namun ketika rasulullah SAW wafat, baginda meninggalkan 9 orang isteri

1) Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza Bin Qusai bin Kilab.
digelar al-Tahirah(yang bersih)kerana pada zaman jahiliyyah, khadijah dikenali sebagai seorang yang tidak terpengaruh dan terikut-ikut dengan gelombang buruk adan adat jahiliyyah
sebelum berkahwin dengan nabi kita, khadijah berkahwin dengan Abu Halah. beliau memperoleh seorang anak perempuan bernama Hindun. setelah Abu Halah meninggal, beliau berkahwin dengan Utaid bin Abid dari Bani Makhzum. dengan Utaid, khadijah memperoleh 2 orang anak, seorang laki-laki dan seorang perempuan. setelah Utaid meninggal, Khadilah berkahwin dengan Rasulullah SAW dan beroleh 6 orang anak.

a) putera pertama Rasulullah diberi nama Qasim, daripada nama inilah nabi kita memperoleh laqab(gelaran) abu Qasim yang bermaksud ayah Qasim. sayangnya Qasim meninggal ketika kecil.
b) Zainab
c) Ruqayah
d) Ummu Kalthom
e) Fatimah
f) Abdullah. Abdullah merupakan anak yang dilahirkan sesudah Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi rasul. juga meninggal waktu kecil

2) Saudah Binti Zam'ah.
Rasulullah berkahwin dengan Saudah beberapa hari setelah meninggalnya Khadijah. umurnya juga lebih kurang dengan Khadijah. beliau hidup panjang, meninggal ketika di akhir pemerintahan Umar al-Khattab

3) Aisyah Abu Bakar al-Siddiq
isteri yang paling muda dinikahi Rasulullah SAW dan satu2nya isteri yang dinikahi baginda sebagai anak dara. wafat dalam tahun 57 hijrah dalam usia 60 tahun.

4) Hafsah Umar al-Khattab
seibu sebapa dengan sahabat terkenal Abdullah bin Umar.

5) Zainab binti Khuzaimah
beliau meninggal ketika hayat Rasulullah SAW dan hidup bersama baginda hanya selama 8 bulan. Zainab dan Khadijah merupakan isteri nabi SAW yang meninggal ketika hayat baginda SAW

6) Ummu Salmah Binti Abu Umaiyah

7) Zainah Binti Jahsy

8) Juwairiyah Binti Harith
Juwairiyah merupakan anak kepada ketua kabilah Bani Mustalaq, Harith yang kalah ketika berperang dengan Rasulullah SAW.

9) Ummu Habibah(Ramlah) binti Abi Sufyan
anak kepada Abu Sufyan, Pemimpin Qurasiy yang memerangi Rasulullah SAW ketika dia masih musyrik

10) Safiyyah binti Huyyai bin Akhtab
berketurunan Bani Nadir, salah satu suku yahudi yang terbesar. berketurunan Nabi Harun a.s

11) Maimunah binti Harith
berketurunan kabilah Qais Ailan

* tafsir al-Azhar, Hamka

Khamis, 1 April 2010

ECL Quarter Final.....arsenal 2 barcelona 2


2-2. gitula keputusan arsenal ngan barcelona kat emirates stadium. aku tak tidur malam ni. cadang nak tidur kul 10 atau 930 tapi entah nape xcited sangat nak tgk bola malam ni sampai takleh tido. last2 aku tunggu jer sampai 245, match baru mula. memula tgk, nampak dominasi barcelona sampai kan possession bola untuk barca 70%. berdozen peluang tak masuk, ada yang wide ball. yang banyaknya kena tangan, lengan, tubuh n kaki almunia jer. bila mula jer second half dapat sebijik goal dari zlatan, tunggu skit lagi dapat gol kedua, pastu la barca mula slowkan rentak perlawanan. biasanya kalau barca slow pun, ball possesion masih dia pegang. ini tak, arsenal banyak running bola. counter attack barca pun slow. tak tau laa taktikal untuk ke nou camp kot. apa pun, keputusannya seri 2-2. aku kena tunggu subuh baru buleh tido.zzzzzzzz