Rabu, 9 April 2025

istiqamah 3

 Itiqamah adalah konsep yang sangat penting dalam Islam, yang bermaksud kekal konsisten dalam kebaikan dan berpegang teguh pada prinsip yang benar tanpa berpaling atau tergoyah, walaupun dalam keadaan yang penuh ujian atau cabaran. 

Dalam konteks agama, istiqamah bermakna terus-menerus melakukan amal soleh, beribadah, dan mengikuti ajaran Islam dengan penuh kesungguhan dan keteguhan hati.

Istiqamah dalam Al-Qur'an:


Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Fussilat (41:30):
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka istiqamah, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tidak (pula) bersedih hati."


Ayat ini menunjukkan bahawa mereka yang tetap istiqamah dalam keimanan dan amal soleh, Allah akan memberikan ketenangan dan perlindungan kepada mereka, serta menghindarkan mereka dari rasa takut dan kesedihan.

Istiqamah dalam Hadis:


Rasulullah SAW bersabda:  
"Jika kamu memohon kepada Allah, hendaklah kamu memohon dengan penuh keyakinan dan tidak ragu-ragu. Sesungguhnya setiap doa yang kamu panjatkan, jika dengan istiqamah dan kesungguhan, pasti Allah akan menjawabnya."  
(Hadis Riwayat Muslim)

Cara untuk Istiqamah:

 1. Menjaga Kualiti Ibadah: Memastikan setiap amalan yang kita lakukan ikhlas kerana Allah, dan berusaha meningkatkan kualiti ibadah.


2. Menerima Ujian dengan Sabar: Istiqamah bukan hanya ketika senang, tetapi juga ketika diuji dengan kesulitan. Bersabar dan terus bertahan dalam berbuat kebaikan.


3. Berdoa dan Memohon Pertolongan Allah: Memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dalam kebaikan dan tetap berada di jalan yang benar.


4. Meningkatkan Ilmu Agama: Dengan pengetahuan yang mendalam tentang agama, kita akan lebih yakin dan teguh dalam beristiqamah.


5. Mengelakkan Diri dari Godaan: Berusaha menghindari godaan yang dapat menggoyahkan keimanan dan niat kita untuk terus istiqamah.

Istiqamah itu bukanlah perkara yang mudah, tetapi dengan niat yang tulus dan usaha yang berterusan, seseorang dapat menjadi lebih kuat dalam menjalani kehidupan beragama. Terus beristiqamah dalam segala hal yang kita lakukan, terutama dalam ibadah, adalah kunci untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Selasa, 8 April 2025

Istiqamah dalam solat

Istiqamah Dalam solat

solat adalah tiang agama. Jika tiangnya kukuh, maka seluruh binaan akan kukuh. Tetapi jika tiangnya rapuh, maka runtuhlah segalanya. Ramai antara kita mampu bersolat, tetapi tidak semua mampu istiqamah dengan solat.


Istiqamah bermaksud konsisten. Bukan buat sekali dua, tapi tetap teguh walaupun diuji. Solat lima waktu bukan pilihan – ia kewajipan. Walau sibuk, letih, atau gembira, solat mesti didahulukan.

Antara tanda seseorang itu istiqamah dalam solat ialah Solat tepat pada waktunya  

Solat tepat pada waktu iaitu menunaikan solat sebaik sahaja masuk waktunya tanpa berlengah. Ia menunjukkan keutamaan kita kepada Allah melebihi urusan lain.

Allah berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 103:  
"Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman pada waktu-waktu yang ditentukan."

Orang yang solat tepat waktu:
1. Tanda dia mengutamakan Allah  
2. Hatinya lebih tenang dan berdisiplin  
3. Mendapat keberkatan masa dan rezeki  
4. Termasuk dalam golongan yang dicintai Allah  


Semoga Allah kuatkan hati kita untuk istiqamah, bukan sahaja di bulan Ramadan, tetapi sepanjang hayat kita.

arwah ayah pernah bertanya kepada almarhum tuan guru hj salleh, anak tok kenali cara2 nak jaga solat. arwah tuan guru jawab cubalah selalu berada dalam keadaan berwuduk dan bersih pada pakaian. seolah-olah apabila datang panggilan solat, kita dah bersedia untuk solat


Isnin, 7 April 2025

Istiqamah pasca ramadan

Pasca Ramadan: Menjaga Api Iman yang Menyala

Ramadan mengajar kita menahan nafsu, melawan keinginan, dan menyuburkan jiwa dengan amal ibadah. Namun, selepas berlalunya Ramadan, ramai yang kembali kepada rutin lama — solat mula ditinggal, al-Quran diletak kembali ke rak, dan masjid kembali sepi.

Inilah saatnya ujian sebenar bermula. Adakah kita hanya hamba Ramadan, atau hamba Tuhan sepanjang masa?


Antara cara mengekalkan istiqamah selepas Ramadan:

1. Jaga solat lima waktu tepat pada waktunya – solat itu tiang agama. Jika solat terjaga, amal lain lebih mudah terjaga.  belum ni kita dapat hadir dan istiqamah masa solat tarawih, insya allah moga konsistensi kita dapat dikekalkan dengan selalu hadir ke masjid. jangan sampai imam buat iklan orang2 yang hilang selepas ramadan


2. Konsisten dengan bacaan Quran – walau satu muka sehari, biarlah tetap. Al-Quran penawar hati. 

 
3. Amalkan puasa sunat – puasa enam Syawal, Isnin & Khamis. Ia menghidupkan semangat Ramadan.  


4. Sentiasa hadir majlis ilmu – ilmu yang berterusan akan menjaga kita dari kelalaian.

 

 5. Berdoa agar dikekalkan hidayah – istiqamah itu hadiah dari Allah. Doalah agar hati kita tidak dibolak-balikkan.

Penutup

Istiqamah bukan tentang sempurna, tapi tentang terus mencuba. Kalau jatuh, bangun semula. Allah tak lihat hasil, tapi usaha yang ikhlas. Ramadan mungkin sudah pergi, tapi Tuhan Ramadan sentiasa ada.

Selasa, 5 November 2024

Sembang2 Tentang Mimpi

 BINGKISAN SEBELUM TIDUR

Sembang2 Tentang Mimpi

1) Senior ambo kat Kaherah dulu pernah bercerita bahawa datuknya bermimpi melihat dia  (senior ambo tu) berada dalam laut (atau kolam, ambo lupa) separas lutut atau betis. Datuknya yg merupakan seorang guru pondok berpendapat kemungkinan suatu hari nanti cucunya ini akan menjadi orang yang terkenal. Senior ambo ni dibesarkan oleh datuknya, sempat bersekolah rendah di Kuala Krai sebelum ke Pasir Mas then Kaherah. Beliau sekarang merupakan seorang pendakwah selebriti

 2) Ada seorang lagi senior ambo bercerita bahawa beliau bermimpi berada dekat dengan seorang perempuan yang sedang melipat kain. Setelah beliau bertanya kepada beberapa orang Alim, mereka berpendapat bahawa kemungkinan jodoh beliau dengan orang dekat. Sementara melipat kain tu pula maybe isterinya seorang yang mempunyai kepandaian dalam menjahit n etc. Beberapa tahun kemudian, beliau tamat pengajian. Pulang ke Malaysia dan bertemu jodoh dengan wanita sekampung dengannya. isterinya mempunyai kepandaian dalam jahitan

 

3) Kejadian yg berlaku pada diri ambo sendiri masa beberapa bulan terakhir di Kaherah. 2 kali ambo bermimpi. Rasanya jarak  antara 2 mimpi tu tak  sampai sebulan.

 Mimpi yg pertama menjadi jawapan kepada mimpi di Tanah Haram 5 tahun sebelumnya. Sementara mimpi yg kedua pula, ambo bermimpi seolah2 bangun daripada tidur dan berada dalam Masjid Arrahman Sg Durian. Nampak jelas bentuk2 tiang dan dinding masjid tu. Dulu ada bahagian dinding masjid tu ada bata2 berlubang, Ada pelajar pondok yg simpan kitab kat lubang Tu.

 Masa bangun tu rasa tak sedap hati. Mimpi pertama tu  ambo rasa macam susah nak percaya. Apabila bermimpi kali kedua dalam  masa yg singkat, ada semacam lintasan dalam hati bahawa dah sampai masanya untuk ambo berundur. Jadi semacam petanda utk ambo tinggalkan Kaherah sedangkan ambo baru sahaja memulakan langkah kedua menongkah arus gelombang Al Azhar tu.

 Memula tu ambo buat tak kisah, tapi perasaan dan lintasan tu sering berlaku. Ambo tak beritahu sesiapa, sesekali rasa macam tak percaya tapi kalau dah 2 kali bermimpi dengan petanda hampir sama tu rasa sedikit gelisah. Tak lama kemudian, sampai emel kecemasan meminta ambo pulang segera. Hari ni sampai emel, 72 jam kemudiannya ambo dah berlepas tinggalkan Kaherah

 

Disclaimer:

1) Mimpi tidak boleh menjadi hujjah Syarak. Tidak sesekali menghalalkan yang haram atau sebaliknya. Juga tidak boleh membina atau menjadi dalil / sandaran hukum. Mimpi hanya sekadar mubasshirat (maybe kita terjemah sebagai berita atau khabar atau petunjuk2 gembira). Ada perbincangan tentang mimpi ni

 

2) Ada hadis2 nabi berkenaan mimpi. Ada juga ulama yg menulis kitab khas pasal mimpi. Utk rujukan mudah, Imam Nawawiy menulis satu bab dalam kitabnya Riyadussalihin ttg mimpi. 

3) Masjid Arrahman Pondok Sg Durian tu dah direnovate, dinding yg ambo sebut tu dah takder

 

Sabtu, 6 Julai 2024

Santai2

 كتبت وقد أيقنت يوم كتابتي

بان يدي تفني وتبقى كتابتها

فإن كتبت خيرا استجزي به

وان كتبت شرا عليها حسابها


Aku tulis, dan aku tahu sejak dahulu lagi


Bahawa Pena ini akhirnya patah, namun catatannya tetap kekal


Jika aku menulis sesuatu yg baik, aku Mohon pahala daripadanya


Jika benda buruk yg aku tulis, buruk jual padanya


# disalin siar daripada tulisan Dr Abdul hayei, pengarang Kitab tafsir pedoman muttaqin