Selasa, 8 April 2025

Istiqamah dalam solat

Istiqamah Dalam solat

solat adalah tiang agama. Jika tiangnya kukuh, maka seluruh binaan akan kukuh. Tetapi jika tiangnya rapuh, maka runtuhlah segalanya. Ramai antara kita mampu bersolat, tetapi tidak semua mampu istiqamah dengan solat.


Istiqamah bermaksud konsisten. Bukan buat sekali dua, tapi tetap teguh walaupun diuji. Solat lima waktu bukan pilihan – ia kewajipan. Walau sibuk, letih, atau gembira, solat mesti didahulukan.

Antara tanda seseorang itu istiqamah dalam solat ialah Solat tepat pada waktunya  

Solat tepat pada waktu iaitu menunaikan solat sebaik sahaja masuk waktunya tanpa berlengah. Ia menunjukkan keutamaan kita kepada Allah melebihi urusan lain.

Allah berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 103:  
"Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman pada waktu-waktu yang ditentukan."

Orang yang solat tepat waktu:
1. Tanda dia mengutamakan Allah  
2. Hatinya lebih tenang dan berdisiplin  
3. Mendapat keberkatan masa dan rezeki  
4. Termasuk dalam golongan yang dicintai Allah  


Semoga Allah kuatkan hati kita untuk istiqamah, bukan sahaja di bulan Ramadan, tetapi sepanjang hayat kita.

arwah ayah pernah bertanya kepada almarhum tuan guru hj salleh, anak tok kenali cara2 nak jaga solat. arwah tuan guru jawab cubalah selalu berada dalam keadaan berwuduk dan bersih pada pakaian. seolah-olah apabila datang panggilan solat, kita dah bersedia untuk solat


Tiada ulasan: