Ahad, 22 Jun 2025

Samuel Umtiti, kereta kebal Barca yang terundur

 

SEMBANG-SEMBANG SANTAI

 

Samuel Umtiti, kereta kebal Barca yang terundur

Kalau anda seorang fan Barca atau France, atau biasa tgk La Liga, anda akan biasa dengar nama Samuel Umtiti. Bekas pemain pertahanan Barcelona yang pernah memenangi La Liga, Copa Del Rey, Supercopa de Espana dan Piala Dunia 2018 (Bersama France). Beliau juga antara tonggak skuad France yang memenangi kejuaraan dunia bawah 20 tahun 2013 bersama Paul Pogba, Lucas Digne n etc.

 

Umtiti datang ke camp Nou Dari kelab Peranchis, Lyon dengan tanda harga 25j ketika berumur 22 tahun. Ketibaanya disambut dengan harapan yang menggunung kerana barca baru je menang UCL dgn trio MSN bawah Lucho tahun sebelumnya. Ada penganalisis dan pundits yang sebut bahawa pembelian ni berbaloi kerana Umtiti masih muda dan dapat bermain di beberapa posisi pertahanan.

 

Beliau juga agak tenang,bijak membaca permainan dan sangat sesuai dengan gaya tiki-taka Barcelona yang mementingkan penguasaan bola dan high line yang tinggi. Namun kerana silap membuat keputusan, kariernya agak tragik. Dari puncak kegemilangan ke titik paling rendah sebagai seorang yang pernah Bersama gergasi Barcelona

 

Musim pertama umtiti di barca boleh dikira bagus. Beliau pantas menyesuaikan diri, membentuk gandingan kukuh bersama Gerard Pique. Dalam musim pertamanya, dia mempamerkan prestasi meyakinkan, dengan hantaran yang tepat dan aksi bertahan yang tenang.

 

Barca berada di kedudukan kedua liga. Statistik menunjukkan bahawa apabila Umtiti bermain, Barca mencatat 80% kemenangan. Apabila Umtiti tidak diturunkan samada cedera atau suspended, rekod kemenangan Barca hanyalah 47%.

 

Masuk 2018, beberapa minggu sebelum World Cup France, beliau mengalami kecederaan serius di lutut. Para Doktor di Barca mencadangkan pembedahan segera namun korbannya ialah Piala Dunia. Beliau berkeras ingin beraksi bersama Peranchis dalam kejohanan terulung dunia di tanahairnya sendiri. Beliau sanggup bermain dengan suntikan pain killer. Nasihat dan pandangan doctor diketepikan demi kepentingan negara

 

Ya, dia berjaya menggapai impian setiap player. Menang WC2018 di tanahair sendiri. Namun harganya cukup mahal. Lututnya yang sudah pun bermasalah semakin parah.

 

Balik ke barca, Umtiti lepas WC2018 dah tak sama dgn Umtiti sebelumnya. Prestasinya merudum ditambah dengan kecederaan yang berulang. Beberapa Siri pembedahan, semuanya gagal mengembalikannya ke prestasi asal.

 

Media2 spain mula mengkritik Umtiti. Terdapat juga gossip bahawa pegawai2 khasnya pasukan perubatan Barca kecewa dengan pendirian beliau untuk bersama France masa WC dulu

 

Tahun 2021, pandemic melanda. Barca menghadapi masalah kewangan yang serius. Barca meletakkan Umtiti dalam senarai pemain yang seharusnya berundur namun sekali lagi , Umtiti enggan. Beliau menegaskan bahawa masa depannya hanya di Camp Nou. Akhirnya peminat boo kepada Umtiti masa beliau memanaskan badan sejurus sebelum perlawanan. Daripada pemain yang disayangi berubah kepada pemain yang mula dibenci

 

Tahun 2022, Umtiti ke Lecce yang bermain dalam Serie A. Beliau menjadi tonggak Lecce untuk kekal di Serie A. Prestasinya dipuji dan beliau kembali ke Camp Nou untuk musim seterusnya.

 

Barca akhirnya berpisah secara rasmi dengan Umtiti pada Jun 2023. Beliau menyertai Lille di ligue 1. Beliau bermain beberapa perlawanan namun kecederaan masih menghantuinya. Sejak Februari, beliau masih lagi tidak terlibat dalam perlawanaan kerena isu kecederaan

 

Umtiti menjadi contoh keputusan dan keinginan jangka pendek yang menjejaskan keseluruhan kariernya. Beliau terperangkap antara kesetiaan kepada negara dan komitmen professional dengan kelab. Kita mungkin tidak dapat lagi melihat pemain yang pernah digelar kereta kebal Barca ini di pentas tertinggi lagi

 

# Artikel ditulis dan diringkaskan daripada beberapa buah artikel yang tersiar di internet. Antaranya New York Times, fox, ESPN n etc

 

 

 

 

 

Isnin, 16 Jun 2025

Kritikan Terhadap Buku Punished by Rewards oleh Alfie Kohn

 

Kritikan Terhadap Buku Punished by Rewards oleh Alfie Kohn

 

Buku Punished by Rewards: The Trouble with Gold Stars, Incentive Plans, A's, Praise, and Other Bribes merupakan karya terkenal Alfie Kohn yang mengkritik penggunaan ganjaran sebagai alat untuk mengawal tingkah laku manusia, khususnya dalam pendidikan, tempat kerja, dan keibubapaan. Walaupun buku ini mendapat pujian kerana mencetuskan perdebatan penting, ia juga menerima banyak kritikan dari kalangan ahli akademik, pendidik, dan ahli psikologi.

 

1)      Interpretasi kajian yang terlalu selektif dan agak bias

Kohn menggunakan pelbagai kajian psikologi untuk menyokong hujahnya bahawa ganjaran merosakkan motivasi intrinsik. Namun, ramai pengkritik berpendapat bahawa beliau memilih bukti secara selektif dan tidak mengakui hasil kajian yang menunjukkan bahawa ganjaran boleh berkesan dalam keadaan tertentu. Contohnya dalam banyak kajian behaviorisme, ganjaran telah terbukti meningkatkan pembelajaran dan tingkah laku positif — terutamanya dalam konteks pendidikan khas, pembentukan tabiat asas, atau pembelajaran awal.

 

2)           Pendekatan yang terlalu hitam putih (Dichotomous Thinking)

Kohn sering menggambarkan ganjaran sebagai sesuatu yang sepenuhnya buruk, tanpa mempertimbangkan nuansa atau konteks penggunaannya. Ini menjadikan hujahnya kelihatan terlalu ekstrem. Pengkritik juga berpandangan bahawa dalam dunia realiti, motivasi manusia adalah kompleks — dan gabungan motivasi intrinsik dan ekstrinsik boleh berlaku serentak. Menolak ganjaran sepenuhnya dianggap tidak seimbang.

 

3)           Tidak Praktikal untuk Pelaksanaan di Dunia Sebenar

Idea-idea dalam Punished by Rewards dilihat sukar untuk dilaksanakan dalam persekitaran pendidikan sebenar. Guru seringkali perlu menghadapi bilangan pelajar yang ramai, kekangan masa, dan tekanan sistem pendidikan yang menilai pelajar berdasarkan markah dan peperiksaan.

Contoh: Menyuruh guru menghentikan semua bentuk ganjaran atau pemarkahan tanpa memberi alternatif praktikal dianggap tidak membantu secara langsung dalam pengurusan kelas.

 

4)           Mengabaikan Perbezaan Individual dan Konteks Sosial

Kohn seolah-olah menganggap bahawa semua pelajar, pekerja, atau kanak-kanak bertindak balas terhadap ganjaran dengan cara yang sama. Namun, individu mempunyai latar belakang, keperluan, dan respons yang berbeza terhadap ganjaran.

Kritikan: Apa yang merosakkan motivasi intrinsik bagi seorang pelajar mungkin menjadi dorongan penting bagi pelajar lain yang kurang keyakinan diri atau berasal dari latar belakang kurang berkemampuan.

 

5)           Kekurangan Strategi Alternatif yang Konkret

Walaupun Kohn mengkritik penggunaan ganjaran secara besar-besaran, beliau tidak menawarkan panduan yang terperinci atau langkah demi langkah tentang pendekatan alternatif yang berkesan dalam bilik darjah atau rumah.

Contoh: Menyuruh guru “fokus kepada pembelajaran bermakna” atau “wujudkan persekitaran berasaskan kerjasama” adalah nasihat yang baik, tetapi ramai pendidik mahukan teknik yang boleh terus diaplikasikan.

 

Kesimpulan

Buku Punished by Rewards memainkan peranan penting dalam mencabar norma pendidikan dan psikologi tradisional, tetapi pendekatannya sering dianggap terlalu idealistik, tidak seimbang, dan kurang sesuai untuk realiti pelaksanaan di lapangan. Ia membuka perbincangan penting, tetapi tidak memberikan penyelesaian yang praktikal untuk semua situasi.

 

#artikel daripada chatGPT dengan sedikit ubahsuai

 

Selasa, 3 Jun 2025

Kisah tentang orang elMenoufia

 BINGKISAN SEBELUM TIDUR

 

Kisah tentang orang elMenoufia

 

Ada satu muhafazah (negeri) di Mesir iaitu elMenoufia. Terletak di utara Kaherah,  atas sikit daripada negeri Qalyubiyyah. Bersempadan dengan Syarqiyyah (Zaqaziq) dan Gharbiyyah (Tanta). Jarak dengan Kaherah rasanya tak sampai 100km. Kalau naik tramco (bas kecil) atau kereta sewa tambangnya kalua tak silap sekitar 2 pound mesir jer

 

Ibu negeri Menoufia ni Shibin elKoum. Kalaulah Menoufia ni diumpamakan Kelantan, maka Syibin elKoum umpama Kota Bharu. Kat Shibin tu ada sebahagian pelajar kita belajar kat situ (zaman ambo dulu la).

 

Negeri Menoufia ni antara negeri yang mempunyai antara tanah paling subur di Mesir. Sungai Nil yang mengalir membelah 2 kawasan hilir mesir selepas Kaherah. Satu menghala ke Dumyat (timur laut) dan satu lagi menghala ke Rosetta (barat laut). Kawasan antara 2 Sungai Nil di bahagian hilir ni membentuk Delta Nil. So Menufia terletak di tengah2 Delta Nil.

 

Orang menoufia pula disebut elMenoufiy. Dalam tulisan ni ambo tulis Menoufiy je merujuk kepada mana2 individu dari Menoufia. Ditulis tanpa alif dan lam

 

المنوفي لا يلوفي

ولو أكلته لحم الكتوفي

Maksud lebih kurang: Menoufiy tidak setia, tidak memenuhi janjinya, walaupun diberi makan daripada makanan yang lazat dan mewah

 

Ambo pernah dengar senior sebut kata2 tu. Mula tu, ambo ingatkan serius. Ambo juga biasa dengar gurauan orang2 tempatan Mesir terhadap orang yang berasal dari Menoufia ni. Sekali dengar macam ada unsur2 orang tempatan pun benci atau tak suka terhadap geng Menoufiy. Dalam kepala ambo, orang Menoufiy ni kedekut, tangkai jering, payoh bbaso, begitulah yg ada dalam kepala ambo.

 

Kebetulan Presiden Mesir masa zaman kami ialah Muhammad Husni Mubarak. So apabila terdengar kata2 sebegitu, ambo ingatkan orang2 tempatan tak suka Menoufiy sebab tak suka Mubarak. Atau paling kurang sentimen politik membenci presiden Mubarak Dan Sadat.

 

Ada kawan kami bercerita dia pernah bergaduh (perang mulut) dengan polis Mesir (polis pangkat rendah, tiada senjata api). So kawan ni sempat tanya polis tu berasal dari mana. Apabila polis tu cakap dia Menoufiy, kawan kami terus je sebut pepatah atau kata2 tu, polis tu ketawa jer.

 

Apabila kita dah lama berada kat sana, barulah kita faham rupa2nya kata2 tu lebih kepada gurauan terhadap Menoufiy. Humor biasa yang tidak serius. Mungkin juga suatu pengiktirafan tidak langsung terhadap Menoufiy sebab ramai pemimpin dan bijak pandai berasa dari Menoufia

 

Realiti sebenar Menoufia banyak melahirkan tokoh2 dan orang2 hebat di mesir. Presiden Anwar Sadat, Presiden Husniy Mubarak, Adli Mansour (Presiden sementara Mesir selepas kejatuhan Moursi), Mustafa Mahmoud (ahli falsafah), Amin Howeidi (ahli politik dan penulis) merupakan anak2 Menoufiy. Menoufia juga mempunyai kadar celik huruf yang agak tinggi di Mesir

 


Bagaimana timbul kata2 tu

 

Kisahnya bermula era Mamluk lagi. Ada seorang pembesar Mamluk yg bergaduh dan membunuh pembesar lain. Peristiwa tu disaksikan oleh seorang lelaki Menoufia. So pembesar Mamluk berasa bimbang kalau2 lelaki Menoufia ni akan membocorkan rahsia jenayahnya. Lalu pembesar Mamluk ni berbuat baik terhadap lelaki Menoufia tu. Bagi makanan yg lazat dan mewah sokmo dengan harapan apabila naik mahkamah, lelaki Menoufia ni akan berpihak kepadanya.

 

Apabila tiba hari perbicaraan di hadapan Qadi, Menoufiy ni bercerita perkara sebenar dari A sampai Z. Lalu pembesar Mamluk terkejut dengan pengakuan Menoufiy tadi di depan Qadi.

 

Pembesar Mamluk berteriak, “Bukankah kita dah ada perjanjian?”.

Lalu Menoufiy tadi menjawab tentang kesalahan saksi palsu dan hukuman masuk neraka untuk orang yang menjadi saksi palsu. Pembesar Mamluk tadi mengucapkan kata2nya yang menjadi terkenal, frasa yang menjadi bahan gurauan sehingga ke hari ni

 

المنوفي لا يلوفي

ولو أكلته لحم الكتوفي